Mikael: Bab 1

4K 271 20
                                    

MEJAKU diketuk dengan lembut. Aku mengangkat wajah memandang seraut wajah bosku yang menayangkan senyuman manisnya itu. Nick Leo nama bosku dan aku pula pembantu peribadinya.

“Bo-bos!”

“Termenung apa, Nada? Jom temankan I makan.” Gamitnya.

Aku lekas saja bangun lalu mengikuti langkahnya dengan pantas. Bukan sehari dua aku bekerja dengan Leo. Tapi aku sudah bekerja dengannya semenjak aku habis belajar di universiti.

Uniknya bos aku ni dia jenis yang tak suka berjalan jauh dan tak cerewet. Teguran dia juga lembut saja. Apa yang aku tak boleh dengan dia ni ialah dia ini jenis yang hyper bila makan makanan manis. Terutamanya, lolipop.

Kami singgah di sebuah restoran berdekatan dengan syarikat. Well, menjimatkan masa.

“You nak makan apa order saja. I belanja.” Tutur Leo.

“Ta-tapi, bos…” kerap-kerap bos belanja aku bila aku keluar makan dengan dia. Aku segan juga.

“Tak apa. Janganlah risau. I ikhlas.” Ujarnya dengan senyuman.

“Then, saya ambil menu yang sama dengan bos.” Balasku. Leo ketawa kecil lalu dia memesan pada pelayan tersebut menu yang dimahukannya.

Aku merenung wajah Leo.

Kacak.

Tiba-tiba…

Ting!

Mesej masuk.

Aku membuka mesej tersebut. Tak sangka pula Mikael menghantar mesej padaku semasa aku sedang keluar makan dengan bos aku.

+Sayang abang buat apa tu?

-keluar makan dengan bos.

Aku jawab dengan jujur sajalah. Lagipun, tak ada apa yang aku hendak sembunyikan dari Mikael.

+berdua or ramai?

Aku menghela nafas. Sudah dapat jangkakan soalan ini akan ditanya oleh suamiku.

-berdua. Why? Bos saya bukan nak buat bukan-bukan pun dengan-

Tak sempat aku hendak habis menaip ayatku tiba-tiba saja telefonku menjerit minta diangkat.

“Siapa call?” soal Leo dengan lembut.

“Hu-husband…” balasku seraya menayang sengihan.

“Jawab saja. Tak baik biarkan suami menunggu.” Bidas Leo dengan nada cukup ringkas. Dia menayangkan senyuman pada pelayan yang sedang menghidangkan minuman untuk kami.

Ikon hijau ditekanku.

“Ass-.”

“Kitten pergi restoran mana? Ramai orang tak? Bos tu ada pegang-pegang Kitten tak? Dia hensem ke abang hensem lagi? Dia dah kahwin ke belum?” bertalu-talu soalan yang diajukan oleh Mikael tanpa sempat aku hendak memberi salam.

Aku ketawa kecil.

“Abang…” seruku dengan lembut.

“No. Tak perlu gunakan nada menggoda Kitten. Abang takkan teperdaya. Sekarang abang nak Kitten jawab soaaln abang.”

“Kami makan di restoran terbuka.” Lembut saja bicaraku.

“Ramai orang tak?”

“Ramai.”

Aku tergelak apabila Mikael menukar panggilan kami kepada panggilan video. Kening kiri Leo terjungkit naik. Aku rasa dia hairan melihatku tetapi dia tidak mengajukan sebarang soalan memandangkan dia tahu aku sedang berbual dengan suamiku.

MIKAEL: Overprotective Husband Where stories live. Discover now