Mikael: Bab 3

3.2K 230 3
                                    

HUJAN. Aku berehat di bawah gazebo sementara menunggu suamiku datang untuk mengambilku pulang. Dua orang rakan sekerjaku juga datang melabuhkan punggung disebelahku.

Kau tak balik lagi, Nada? Lambat pula suami kau ambil. Tegur rakan sekerjaku.

Dia mesej aku yang dia ada mesyuarat. Itu yang dia datang ambil aku lambat sikit. Tukasku dengan nada bersahaja.

Suami kau tu hensem. Mana kau jumpa dia? Dia ada abang? soal salah seorang lagi.

Haih. Ini soalan yang membuatkan aku menyampah. Rasa mahu saja melempar kasut tepat pada dahi rakan sekerjaku. Puji-puji melambung sangat. Nampak dah yang dia berkenan pada suami aku.

Jawablah Nada. Kau selalu mengelak kalau aku tanya soalan macam ini. Rungut orang yang sama lagi.

Aku menghela nafas.

Aku berjumpa suami aku masa kami belajar di universiti yang sama. Dia pendiam tapi itulah sejuk je mata memandang. Dia tak mengurat aku pun. Aku yang mengurat dia. Actually, suami aku tu tak sukakan aku. Maknanya, sebelum kami kahwin. Selepas kami kahwin dia terus berubah 180 darjah. Ceritaku.

Muka kedua-dua rakan sekerjaku seakan-akan tidak percaya.

Kau orang nak percaya atau tak nak percaya itu terpulanglah. Apa yang penting aku dah cerita jadi jangan menyerabutkan kepala otak aku lagi. Aku rimas!

Aku perasan salah seorang rakan sekerjaku itu mahu bertutur sesuatu. Tapi tidak berkesempatan tatkala kereta Mikael mula kelihatan. Suamiku keluar dari kereta bersama-sama sekaki payung lalu dia mendekatiku.

Sorry sayang. Abang ada menyurat tadi. Lepas tu kereta rosak. Ini pun abang pinjam kereta Adwa sebab abang nak cepat ambil sayang. Tuturnya dengan tulus.

Aku tersenyum.

Tak apa. Bukannya selalu abang ambil saya lambat. Saya faham. Balasku lembut.

Mikael tersenyum.

Mikael menarik lembut tanganku lalu pinggangku dipeluknya dengan kemas lalu dia memimpin aku menuju ke arah kereta. Dua orang rakan sekerjaku itu melopong melihat cara layanan Mikael terhadapku.

Mahu layanan begini? Carilah suami sendiri. Apa yang pasti bukan suami aku sebab memang mintak kaki kalau cuba-cuba nak caras suami aku.

Mikael menutup perlahan-lahan dedaun kereta bahagian penumpang hadapan sebelum dia meloloskan diri ke dalam perut kereta juga.

Siapa dua orang tu?

Kawan sekerja. Balasku.

Oh. Ingat kawan baik.

Abang nak tumpangkan dia orang ke kalau dia orang kawan baik saya? soalku semula sambil menjungkit kening kiriku.

Mikael ketawa lalu pipi kananku dicubit.

Abang tegurku.

Abang tak minatlah nak tumpangkan orang yang tak ada kaitan dengan abang. Selain mama, Ai dan kakak ipar abang, Kitten yang paling berharga. Empat wanita ni je yang abang akan tumpangkan atau membantu tanpa rasa ragu-ragu. Ujarnya seraya menukar gear sebelum memandu kereta keluar dari pekarangan tempat kerjaku.

Aku mencium sekilas pipi Mikael mengundang ketawanya.

Mikael ni perangai dia macam baby. Selalu sangat gelak sampaikan aku tak faham kenapa dia gelak. Tapi aku lebih suka Mikael yang ceria kerana Mikael yang ceria merupakan sebab aku jatuh cinta padanya. Percayalah kalau suami aku marah dia memang benar-benar garang.

Bos Kitten mengurat Kitten lagi ke? soal Mikael ingin tahu.

Aku hanya menggeleng untuk menafikan.

MIKAEL: Overprotective Husband Where stories live. Discover now