SHAQIR pulang bersama-sama Putera, Kei dan Tristin. Dia berbual girang dengan kawan-kawannya namun senyumannya pudar apabila dia melihat kelibat abangnya.
"Shaq!" Kawan-kawannya menyeru tatkala melihat Shaqir meluru ke abangnya. Dia tidak pedulikan jalan. Membuta saja dia melintas hingga hampir dilanggar-
Shaqir merasakan dia dalam pelukan seseorang. Shaqir membuka mata dan dia mendongak melihat abangnya sedang memeluk tubuhnya. "Kau bodoh ke?!" Jerkahan garang abangnya membuatkan Shaqir meleraikan pelukan.
"Kenapa abang Qabil tak balik langsung rumah? Mummy dan daddy rindukan Abang Qabil!" Bentak Shaqir marah.
"Aku sibuk, Shaq."
"Sibuk apa?! Kejadian tu dah setahun berlalu, Abang Qabil! Tak adil kalau Abang Qabil menghukum mummy dan daddy selama ni!"
"Suka hati akulah. Macam kau cakap, aku dah besar. Aku boleh buat apa je yang aku nak. Kau tak ada hak mak tegur-tegur aku." Bicara sinis Qabil membuatkan air muka Shaqir bertukar dingin.
"Shaq benci Abang Qabil." Senada Shaqir ucapkan ayat itu membuatkan Qabil tersengih sinis.
"Baguslah. Kau anggap aku ni orang luar terus pun tak apa." Sejurus itu, Qabil melangkah meninggalkan Shaqir sendiri. Shaqir memerhatikan abangnya dari jauh.
"Kau ni membuta lari." Akhirnya Putera, Kei dan Tristin berjaya mengejar Shaqir.
"Dah lah. Aku nak balik." Tidak seperti selalu Shaqir dingin berjalan ke arah bertentangan dengan abangnya.
Ketiga-tiga kawannya menjadi pelik. "Tadi bukannya abang kau?" Tanya Tristin hairan.
"Aku tak kenal dia." Jawapan dingin itu membuatkan ketiga-tiganya mengunci mulut. Jika Shaqir tidak mahu bercerita mereka tidak punya hak untuk memaksa.
+++
DIA duduk termenung di atas buaian sambil merenung rumput yang meliuk ditiup angin.
"Kau tenung macam nak tembus tanah tu." Teguran suara garau itu membuatkan dia mendongak memandang seraut wajah matang itu.
"Hmm... Tas rindu Abang Khai." Kata-kata ringkas milik Tasneem cukup menyiat hati Qabil. Qabil menghela nafas lalu dia melabuhkan punggung di atas buaian bersebelahan dengan Tasneem.
"Aku akan jaga kau." Putusnya.
Tasneem menoleh memandang Qabil. "Sungguh?"
"Ya. Aku bersungguh ni. Sampai kau kahwin aku janji aku akan jaga kau. Aku buat untuk Khai memandangkan dia sayangkan kau."
Tasneem mengetap bibir.
"Abang Qabil, tahu tak mana mayat dia? Tasneem nak tengok kali terakhir..."
"Too bad. Aku pun tak tahu dia hidup atau mati." Bicara Qabil bagaikan menyiat hati Tasneem.
Jadi benarlah dia tidak lagi akan melihat wajah ceria dan senyuman manis milik Khairi? Tidak lagi dia dapat menerima layanan lembut dari lelaki itu.
Air mata Tasneem gugur jua.
Qabil rasa serba salah. "Aku minta maaf, Tas. Aku gagal lindungi dia tapi aku janji aku akan lindungi kau. Aku sayang kau, Tasneem." Ucap Qabil sambil mengusap lembut rambut Tasneem.
Menggogoi gadis itu menangis. Hati Qabil juga pedih melihatnya.
+++
SEMENJAK kejadian itu berlaku, Qabil tidak lagi mahu pulang ke rumah. Bahkan, dia memutuskan hubungan secara langsung dengan kami. Nombor telefon dan alamat rumahnya langsung tidak diketahui sama ada aku atau Mikael.
YOU ARE READING
MIKAEL: Overprotective Husband
RomanceApa perasaan kau bila suami kau terlalu overprotective sedangkan perkara yang normal boleh dianggap abnormal? pasti sakit kepala kan? "Abang. Saya rasa tak selesa bahagian perut-." - Nada Hania "What?! Isteri abang dah nak bersalin? Abang akan call...