Setahun kemudian...
QABIL tersentak dari lamunan tatkala merasakan sesuatu yang sejuk menyentuh pipinya. Qabil menoleh memandang ke arah Khairi yang sedang mengukirkan senyuman. "Stress muka? Minum air ni. Sejuk dari peti," tutur Khairi seraya melabuhkan punggung bersebelahan abangnya.
"Mummy tanya aku lagi tentang sambung belajar," adu Qabil tatkala dia menerima air yang dihulurkan Khairi.
Khairi ketawa kecil.
"Pergi ajelah. Kau ni sukalah overthinking."
"Tapi, aku tak sedap hati nak tinggal kau dengan yang lain. Tak apa aku tak sambung belajar asalkan aku dapat tengok kau dan yang lain depan mata aku." Jawapan Qabil mengundang helaan nafas Khairi.
"Kau dah ada rezeki nak sambung belajar, Qabil. Pergi ajelah. Setakat nak melawat kau tu tak ada hal pun. Aku boleh heret mummy, daddy dan Shaq melawat kau. Tasneem pun aku bawa tau." Khairi tersenyum.
"Tapi..."
"Kau tak percayakan aku, Qabil? Kau nampak aku ni tak boleh jaga keluarga kita masa kau tak ada? Aku akan jaga Tasneem juga." Qabil mengetap bibir.
Dia baru hendak membalas bicara adiknya itu tiba-tiba saja kelibat kecil Tasneem datang ke arah mereka. "Abang Khai!" Tasneem menjerit girang sebelum tubuh Khairi dipeluk erat.
"Ya? Muka happy ni kenapa?" Tanya Khairi dengan lembut.
"Tadi kan Tasneem dengar kawan-kawan cerita pasal 'crush'. Dia orang kata dia orang nak kahwin dengan 'crush'. Abang Khai nak tahu tak siapa 'crush' Tasneem?" Soalan polos itu membuatkan Khairi ketawa suka.
"Siapa tu? Abang Khai kenal ke?"
Tasneem mengangguk.
"Abang Khai kenal sebab 'crush' Tasneem tu Abang Khai. Tasneem nak kahwin dengan Abang Khai bila Tasneem besar nanti." Penuh tekat bicara gadis muda itu membuatkan Khairi mengulum senyuman.
Qabil menjentik dahi Tasneem. Kuat.
"Ey, sakitlah!" Marah Tasneem dengan berang. Beria-ia dia mahu memukul Qabil.
"Kau ni tak padan dengan ketot ada hati nak mengurat Khai. Tak sedar agaknya kalau kau dah besar nanti dia tu lagi tua dari kau. Takkan nak kahwin dengan orang tua?"
"Abang Qabil tu lagi tua. Mesti macam atuk!" Tasneem membalas seraya menjelirkan lidah.
"Apa kau kata? Aku ni tak setua tu lagi eh!"
"Habis Abang Qabil kata Abang Khai tua tak apa pulak? Abang Qabil lupa kut Abang Khai tu muda lagi dari Abang Qabil. Abang Qabil tu abang. Abang Khai tu adik!"
Khairi tersengih sahaja melihat pergaduhan yang sering kali terjadi di depan matanya itu.
Mula-mula gelabah juga dia bila dua ketul itu bercanggah pendapat. Tapi lama-kelamaan itu menjadi suatu kebiasaan. Bagi Khairi, pergaduhan itu membuktikan bahawa Qabil dan Tasneem rapat.
Telefon Khairi bergetar menandakan seseorang menghantar mesej padanya. Khairi membelek telefon bimbitnya.
"Siapa, Khai?" Tanya Qabil semasa melihat Khairi menaip sesuatu.
"Uh, Yati..."
"Ishhh." Qabil buat muka tak suka apabila dia mendengar jawapan Khairi. Tasneem terkebil-kebil.
"Siapa tu?" Soal Tasneem polos.
Khairi tersenyum. "Tak ada sesiapa pun. Dah lewat petang ni. Abang Khai hantar Tasneem balik okey?"
YOU ARE READING
MIKAEL: Overprotective Husband
Roman d'amourApa perasaan kau bila suami kau terlalu overprotective sedangkan perkara yang normal boleh dianggap abnormal? pasti sakit kepala kan? "Abang. Saya rasa tak selesa bahagian perut-." - Nada Hania "What?! Isteri abang dah nak bersalin? Abang akan call...