Mikael: Bab 2

3.3K 262 7
                                    

HIDUNGKU dicubit lembut. Namun perlahan-lahan ditepisku kerana aku berasa lenaku yang nyenyak sedang diganggu.

“Kitten…” Suara garau Mikael menyapa halwa telingaku. Perlahan-lahan aku membuka mataku untuk menatap seraut wajah kacak Mikael itu. Mikael mengukirkan senyuman manisnya padaku.

“Morning beautiful.”

“Morning, abang.” Balasku dengan santai saja. Mikael mencium dahiku penuh kasih sayang.

“Bangun-bangun.” Mikael membantu tubuhku supaya bangkit membuatkan aku terpaksa juga bangun meskipun aku malas.

“Awal abang bangun.”

“Hari ni abang dah susun jadual. Abang akan hantar Kitten pergi kerja.” Tekadnya..

“Kenapa hari ni nak hantar? Selalunya abang biar je saya pergj kerja sendiri. Saya tahu abang susah nak percaya tapi tak baiklah abang fikir negetif pada isteri abang srndiri. Saya boleh jaga diri.”

“Ini bukan isu Kitten pandai jaga diri atau tak. Ini isu bos Kitten. Abang tak boleh biarkan dia terus menggoda isteri abang. Bayangkan Kitten tergoda dengan dia dan Kitten tinggalkan abang?  Abang tak boleh hidup tanpa Kitten.” Tutur Mikael seraya memeluk tubuhku tatkala dia mendekatiku.

Aku ketawa kecil.

“Abang ni. Bos saya dah bagitahu yang dia tak ada hati pada saya. Lagipun cita rasa dia bukannya perempuan macam  saya. Cita rasa dia perempuan yang annoying dan naif. Macam abang.” Tukasku sambil mencuit hidung mancung Mikael.

Biru terus muka Mikael.

Aku tahan saja ketawa.

“Nauzubillah. Abang bukan gay. Abang tak mahu jadi macam kaum nabi Luth. Allah murka!” pantas Mikael membalas. Mukanya cuak sangat.

“Saya kata dia minat perempuan yang ada ciri-ciri macam abang. Bukannya dia minat abang.” Aku membetulkan tanggapan Mikael. Suami aku ini bahaya sikit. Polos dia bukan polos biasa-biasa.

Aku tak betulkan salah faham ni memang sahih Mikael trauma nak jumpa Leo. Tak pasal-pasal Leo pula yang blur.

“Tak kisahlah dia minat abang atau perangai abang. Abang awal-awal lagi dah blacklist dia.” Kata Mikael dengan wajah  bersungguh.

Aku menggeleng saja.

Angkat bendera putih memandangkan Mikael tak ada sebarang niat hendak mengalah.

***

MIKAEL menghantar aku sampai ke dedaun pintu. Kebetulan pula Leo baru saja muncul semasa aku hendak bersalaman dengan Mikael.

“Eh, Nada. Suami you ke?” soal Leo.

Aku mengukirkan senyuman.

“Ya, bos.” Takkan aku nak salam suami orang pula. Aku ni bukan perampas okey! Ta-tapi aku pernah cuba cantas Mikael semasa dia ada hati pada Ulya. Itu tak dikira sebab Ulya tak ada perasaan pada Mikael.

“Bos isteri aku?”

“Ya. Nama I, Nick Leo. You boleh panggil I Leo.”

“Tak kisahlah nama kau Leo ke Leon ke Lolo ke apa ke. Aku nak pesan kalau kau nak ajak isteri aku teman makan jangan ajak dia keluar seorang. Kau ajaklah perempuan lain keluar sekali.” Ujar Mikael dengan wajah serius.

Aku yang terkejut mendengar bicaranya.

Mikael memang tak main-main bila dia tak bagi Leo cantas aku.

Pekerja yang lalu-lalang hanya memandang kami seolah-olah kami sedang melakonkan sebuah drama. Aku harap dia orang tak kata aku perempuan murah sebab main kayu tiga. Aku nampak aje pakaian macam terdedah sikit tapi aku setia orangnya.

“Siapa nama you?” Leo menyoal suamiku.

“Mikael. Iman Mikael.”

“Macam inilah Encik Mikael. I bukan tak pernah ajak yang lain makan dengan I dan Nada. Banyak kali I ajak tapi masalahnya mereka akan kenakan Nada. I tak nak secretary I cedera sebab cemburu pekerja yang lain. You sanggup ke tengok isteri you cedera, Encik Mikael?” soal Leo.

Mikael seakan-akan terkelu.

“Suami mana je sanggup tengok isteri cedera sebab lelaki lain? Mestilah tak sanggup.”

“Habis kalau saya cedera sebab abang tak apa lah?” soalku dengan nada menyindir.

“Mana ada. Abang takkan sanggup tengok isteri abang cedera disebabkan abang atau orang lain.” Nafi Mikael pantas.

Aku mengukir senyum.

“Well. I tak ada niat nak mengurat isteri you, Encik Mikael. Untuk makluman you sekali lagi. I tak minat perempuan macam isteri you. I minat perempuan yang perangai lebih kurang macam you.”

“Kitten. Abang balik dululah. Abang tak sanggup hadap dia ni lagi. Bertaubatlah wahai sahabat.” Ucap Mikael seraya berlalu pergi meninggalkan kami berdua tatkala aku menyalami tangannya.

Aku ketawa kecil.

Leo juga tersenyum.

“I memang akan cari perempuan perangai macam suami you. Dia ada adik ke?” soal Leo padaku.

“Ada. Adik perempuan.”

“Nice.” Gumam Leo seraya mengukirkan sengihan senget sebelum dia membuka langkah masuk ke dalam syarikatnya itu.

Ni-nice?

Jangan cakap Leo bersungguh nak mengurat adik Mikael? Aku tak tahulah Mikael akan bagi reaksi apa kalau dia tahu niat Leo.

Gamaknya Mikael mungkin naik hantu. Ehe. Comel.

Tak sabar aku nak tengok reaksi Mikael.

MIKAEL: Overprotective Husband Where stories live. Discover now