DOKTOR telah menyatakan bahawa aku mengalami keguguran akibat jatuh di bilik mandi pagi tadi. Sepasang mataku mengerling ke arah Mikael yang berdiri disampingku bersama-sama wajah garang dan bengis. Aku tahu dia sedang marah sekarang ini lagi-lagi angkara kedegilan aku yang menyebabkan anak kami tiada.
“Ab-abang…” seruku lembut.
Sepasang matanya tertumpu kepadaku. Tajam..
“Boleh jaga? Begini Kitten kata boleh jaga anak kita? Sebab Kitten kita hilang anak sulung kita!” jerkahan Mikael membuatkan bahuku terhinjut. Air mata tak semena-mena gugur akhirnya.
“Maaf.” Ucapku perlahan.
Mikael ketawa sinis.
“Kitten ingat dengan perkataan ‘maaf’ tu Kitten boleh kembalikan anak kita? Andai semudah itu abang akan terima maaf Kitten.”
Aku menelan liur.
Aku tak tahu hendak kata apa lagi memandangkan Mikael sedang marah. Mikael memang lembut dan penyayang. Tapi andai dia dilanda rasa amarah tiada apa yang boleh menenangkan hati dia.
Aku tunduk bermain dengan jari sendiri.
Mikael menghela nafas kasar.
“Kita balik rumah mama.” Ujarnya seraya keluar dari bilik rawatan yang dihuniku. Balik ke rumah mama. Ma-maksudnya?
+++
KAMI tiba di rumah mama dan papa. Aku mati-mati fikir yang mama dan papa juga akan memarahi aku sama seperti Mikael. Mujurlah mereka menyambut kedatangan aku dengan senyuman manis. Mama mengusap lembut belakang tubuhku untuk memujukku sementara Mikael pula berbual perkara serius dengan papanya.
“Saya memang tak sengaja ma.” Aduku perlahan.
“Ya, Nada. Mama faham sangat. Mustahil menantu mama yang cantik ni nak gugurkan kandungan dia sendiri lagi-lagi bila Nada sangat cintakan Mikael.” Tutur mama dengan suara yang memujuk.
Lagilah hatiku disapa perasaan sayu. Sudahlah semasa di dalam kereta Mikael sedikit pun tidak mahu mengerling wajahku seolah-olah aku ini beban kepadanya. Aku minta maaf dan keizinan Mikael untuk menghantar aku pulang ke rumah keluarga aku tapi Mikael enggan mungkin kerana dia tak mahu mencetuskan masalah besar lagi-lagi bergaduh dengan abang aku.
Mikael mendekatiku bersama-sama papa yang berjalan di belakangnya. Aku tidak dipandangnya. Langsung.
“Mama, El tinggalkan isteri El untuk berpantang dengan mama. El tak rasa El boleh jaga dia sendiri.”
“Abang. Sa-saya minta maaf. Tolonglah jangan tinggalkan saya.” Rayuku.
Mikael menghela nafas.
“Duduk dengan mama sampai amarah abang reda. Abang takut sebab marah aje abang ringan mulut nak lafaz sesuatu yang tak sepatutnya.”
“Abang!” seruku tapi Mikael terus keluar dari rumah tanpa mempedulikan aku.
Sudah tentunya aku menangis selepas itu. Manakan tidak, aku merasakan Mikael tidak menyayangiku. Tangisan aku itu membuatkan mama memeluk tubuhku. Papa juga mendekatiku lalu rambutku diusapnya lembut.
“Tak apa. Dia tinggalkan Nada sekejap saja untuk tenangkan diri.” Pujuk papa.
“Nada tak sengaja gugurkan anak kami…” ujarku lirih.
“Ya, papa tahu. Nada tak sengaja. Dah jangan menangis.” Pujuknya dengan penuh kasih. Mama memeluk erat tubuhku.
“Kesian menantu mama ni.”
+++
MALAM. Aku masih menjenguk ke luar tingkap. Manalah tahu Mikael lembut hati datang hendak memujuk aku. Tapi apakan daya bila kelibat suami aku langsung tidak kelihatan. Hatiku terasa amat sayu.
Aku kembali duduk di atas katil milikku.
Mikael tak sayang aku.
Air mata yang bertakung ditubir mata akhirnya banjir jua. Aku teresak sendkrian memikirkan nasibku kelak. Entah silap hari bulan Mikael menceraikan aku kerana aku tidak lagi mempunyai kelayakan untuk menjadi isterinya.
“Sampai bila nak menangis?” suara garau yang menegurku membuatkan aku mengangkat wajah. Aku hilang kata tatkala melihat Mikael berdiri di dedaun pintu masuk ke dalam rumah. Mikael melangkah mendekatiku seusai dedaun pintu ditutupnya.
“Abang!” aku lekas saja turun dari katil lalu tubuhnya dipeluk dengan erat. Usah ditanya betapa teruknya aku menangis. Aku sendiri tak tahu betapa teruk kerana aku menangis sehingga serak suara aku. Mikael membalas pelukanku lalu belakang tubuhku diusapnya dengan penuh kasih sayang.
“Kenapa menangis lagi?”
“Sa-saya ingat abang masih marah pada saya. Ab-abang nak singkirkan saya dari hidup abang sebab saya tak pandai jaga anak kita.” Tuturku dengan nada sayu. Mikael sengkeh lembut kepala aku.
“Ingat abang ni jahat sangat sampai tergamak nak buat macam tu pada isteri abang. Lagipun, Kitten tak sengaja.”
“Abang….”
“Dah. Tak naklah menangis. Kitten tu baru je gugur. Nanti risau berlebih-lebihan boleh menyebabkan stress. Abang tak nak isteri abang kena kemurungan. Cumanya, lepas ni tolong dengar cakap abang ya?”
Aku mengangguk dengan pantas.
“Maafkan saya, abang.”
“Tak apa. Abang maafkan.”
Mikael menyeka lembut air mataku yang masih lagi bersisa di pipi. Senyuman Mikael benar-benar membuatkan hati aku tenang dan lega. Mujurlah Mikael marah tidak lama. Syukur sangat!
Aku janji lepas ni aku akan dengar cakap Mikael.
YOU ARE READING
MIKAEL: Overprotective Husband
RomanceApa perasaan kau bila suami kau terlalu overprotective sedangkan perkara yang normal boleh dianggap abnormal? pasti sakit kepala kan? "Abang. Saya rasa tak selesa bahagian perut-." - Nada Hania "What?! Isteri abang dah nak bersalin? Abang akan call...