Mikael: Bab 20

1.4K 151 3
                                    

HARI ini Mikael membawa aku berjalan-jalan di taman. Aku yang memujuknya dengan cara manja supaya dia bersetuju dengan permintaan aku. Jika tidak memang jadi angan-angan ajelah aku nak merasa udara segar di luar.

"Nasib kitten baik sebab abang ni jenis cepat cair. Kalau nak diikutkan hati degil abang ni memang dah lama abang nak kurung aje kitten dalam rumah. Biar tak ada orang yang boleh tengok kitten melainkan abang." Omel Mikael.

Aku tersengih sahaja mendengar bicaranya.

Mikael kata kalau diikutkan hati degilnya. Masalahnya, dia sanggup juga lepaskan aku di luar dengan syarat temani aku. Jadi bagi aku dia melebihkan aku berbanding dengan perasaan cemburunya.

Mikael ni dalam diri dia semua jenis over ada. Overprotective, Overthinking, Overexcited, over-

Mikael sentuh kepalaku.

"Kitten jangan sesekali tinggalkan abang tau." Pesannya.

Aku mengangguk.

"Abang pun jangan sesekali tinggalkan saya. Saya tak boleh hidup tanpa abang." Bidasku pula.

"Abang tinggalkan kitten? Gamaknya, abang matilah masa tu baru boleh tinggalkan kitten. Selagi abang hidup memang abang takkan jejakkan kaki selangkah pun menjauh dari kitten." Tutur Mikael.

Aku senyum.

Petang-petang begini memang ramai orang yang datang untuk melakukan senaman, berkelah, memancing dan sebagainya. Aku? Biasalah jalan-jalan ambil angin.

Aku nampak seorang badut yang membuat belon untuk kanak-kanak. Maka, aku menarik tangan Mikael supaya mengikuti aku menuju ke arah badut itu. Kanak-kanak yang lainnya sudah mendapat belon pilihan mereka.

"Kitten..."

Aku menoleh memandang Mikael yang tampak cuak. "Kenapa abang?" soalku hairan.

"Abang takut badut." Bisiknya. Mataku membulat. Mikael meletakkan jari telunjuknya pada bibir menyuruhku diam. "Abang duduk jauh sikit tunggu kitten. Lepas dapat belon datang balik dekat abang, okey?"

Aku mengangguk.

Aku mendekati badut itu.

"Nak belon satu!"

Dia buat bunga dan bagi padaku. Aku hulurkan sekeping not lima ringgit. Si badut tu buat bahasa isyarat menyatakan bahawa aku ni cantik. Aku ketawa saja. Tiba-tiba terasa lenganku ditarik Mikael dengan lembut.

"Eh, badut. Kau jangan nak mengurat isteri aku. Kau ingat kau tu badut dan aku takut pada kau senang-senang aje kau boleh rampas isteri aku eh? Langkah muka aku ni dulu!" tutur Mikael dengan garang. Tanpa sempat badut itu membalas terus dia menarik aku pergi.

"Beraninya, abang" pujiku.

Kaki Mikael dah menggeletar. Lembik macam jeli.

"Abang...?" aku terus tahan dia dari rebah.

"Kitten tahu tak betapa kecutnya jantung abang tadi tengok badut depan-depan?" soal Mikael padaku.

"Dah tu, kenapa abang pergi serang badut tu?"

"Mestilah abang serang sebab dia dah kacau isteri abang."

"Dia bukan kacau saya. Dia puji saya cantik."

"Puji kitten cantik maknanya cuba nak mengurat kitten. Kalau cuba nak mengurat kitten maksudnya mengacau kitten. Maksudnya-." Aku tekup mulut Mikael.

"Maksudnya, orang cuba nak rampas saya dari abang?" aku cuba meneka.

Mikael mengangguk.

Aku mengukirkan senyuman lalu tubuhnya dipelukku dengan begitu erat. "Saya tak nak sesiapa pun melainkan abang. Tak kiralah anak tengku atau anak raja sekali pun. Kalau lelaki tu bukan abang memang saya takkan layan." Tuturku.

Mikael tersenyum.

"Good kitty..."

+++

MIKAEL bergolek di atas katil seusai solat isyak. Baju bayi sudah bersusun di dalam almari kerana kami tidak menjangkakan jantina bayi. Mikael membeli kedua-dua jenis baju. Andai anak sulung kami ini lelaki maka baju perempuan itu boleh disimpan untuk bakal adik-adiknya.

"Abang tak sabar nak tunggu baby kita."

Aku mengangguk.

"Kenapa abang tak mahu tahu terus aje jantina?"

"Sebab abang anggap anak kita ni surprise dan hadiah yang paling istimewa untuk abang. Berharga, kitten." Aku mengangguk faham.

Bukan aku tak perasan setiap malam Mikael akan mencari nama-nama yang mempunyai makna yang elok serta sedap didengar. Biasalah kali pertama hendak menjadi seorang ayah bukan mudah.

Banyak lagi perkara yang Mikael perlu pelajari.

"Nanti masa berpantang biar abang tolong jagakan kitten. Kita tak perlu panggil mama dan papa sebab abang tak terdesak pun nak makan kitten. Abang tak berapa gatal." Aku pula yang rasa segan bila dengar dia kata begitu. Yelah, aku kan gatal. Pantang ada masa dan ruang laju je aku ajak Mikael bersama.

"Abang nak temankan kitten masa kitten bersalin nanti."

Aku pula yang naik risau dengan bicaranya itu.

"Saya bukannya tak bagi abang temankan. Tapi saya takut abang menangis. Nanti elok saya nak bersalin normal semua doktor kena pujuk abang pula. Abangkan manja?" kataku padanya dengan senyuman manis.

Mikael ketawa.

"Abang takkan menangis. Abang cumanya nak tengok sendiri macam mana isteri abang melahirkan anak abang. Bila abang tengok dengan mata abang sendiri hati abang ni takkan pernah tergerak untuk mengkhianati kitten sebab abang tahu melahirkan anak untuk abang itu perit." Tukasnya.

"Yalah abang." Malas dah aku hendak membantah.

Mikael sudah berdegil. Aku biarkan saja.

"Abang janji jangan menangis, menjerit atau pengsan. Malu saya nanti." Pesanku lagi.

Abang janji.

Aku tersenyum.

"Meh peluk." Gamitku seraya membuka pelukan seluas-luasnya. Mikael terus saja masuk tanpa ragu-ragu. Mikael mencium manja pipi.

"Love you, kitten." Ucapnya, telus.

Aku?

Terus tersenyum kerana merasakan rama-rama berterbangan sakan di dalam perutku. Penangan seorang Iman Mikael untukku bukan biasa-biasa ya.

MIKAEL: Overprotective Husband Where stories live. Discover now