Mikael: Bab 14

1.4K 138 3
                                    

SUAMI aku ni romantis dia memang tak boleh bawa bincang berbeza sangat dengan zaman aku mengurat dia dulu. Dia punya nak menjauhkan diri tu memang persis haiwan liar yang tidak biasa disentuh orang. Namun, lepas dijinakkan memang dialah juaranya. Nakal dia, manja dia, rajuk dia dan amarah dia. Semua tu buat aku tahu satu asbab iaitu dia cintakan aku.

Terkejut aku bila hidung aku tiba-tiba saja dicubit. Mikael ketawa suka melihat reaksi aku. Dia menompang dagu sambil menatap seraut wajahku.

“Termenung pun cantik.” Pujinya dengan sengihan lebar.

Aku mencium sekilas batang hidung Mikael.

Kitten, esok abang akan mulakan rutin yang baru untuk Kitten.” Bicara Mikael itu membuatkan aku terkebil-kebil.

“Rutin baru? Apa maksud abang?”

“Abang akan bawa Kitten tinggal dengan papa dan mama sampai abang habis kerja. Balik aje abang datang ambil kitten di rumah mereka. Cara tu aje buat abang tak risau.” Bicara Mikael membuatkan rahang aku terasa longgar.

Sampai macam tu sekali dia risaukan aku.

Faham. Kecuaian dan kedegilan aku telah menyebabkan kami berdua keguguran anak yang pertama. Maka, kali ini aku seharusnya mengikuti arahan Mikael tanpa sebarang bantahan. Aku tak mahu melihat Mikael kecewa lagi.

Cukuplah sekali saja.

“Okey.” Aku menjawab dengan senyuman.

Mikael tersenyum gembira sebelum tubuhku dipeluknya dengan erat. Aku ketawa suka. Mikael yang penyayang dan suami aku yang hensem. Aku akan buat apa-apa aje demi buat dia tersenyum selalu.

+++

SAMA seperti apa yang dijanjikan Mikael semalam. Aku keluar pada waktu yang sama Mikael keluar pergi bekerja. Dia membawa aku ke rumah papa dan mamanya sebelum dia pergi ke sekolah. Manakan tidak. Mikael mengajar di sekolah yang berdekatan saja dengan rumah keluarganya.

Itulah sebabnya dia boleh timbul idea hendak tinggalkan aku sementara di rumah itu.

“Papa dan mama dah tahu ke idea abang ni?” Soalku ingin tahu. Manalah tahu dia sengaja buat idea mengejut. Tiba-tiba aje aku datang terjah rumah papa dan mama.

“Mestilah papa dan mama dah tahu. Lagi-lagi tentang kandungan kitten. Mereka pun sama naik risau jadi mereka yang cadangkan abang tinggalkan kitten di rumah mereka sementara abang pergi bekerja. Erm, lebih kurang macam abang nak tinggalkan isteri abang yang cantik ni di taska.”

Aku mengembungkan pipi.

“Taska? Abang ingat saya ni budak kecil ke?” Soalku dengan nada tak puas hati.

Aku memeluk tubuhku.

Mikael ketawa kecil.

Rambutku diusap dengan penuh kasih sebelum pelipisku dicium sayang. Dia rapatkan sikit bibirnya dengan telingaku. “Isteri abang ni lebih comel dari budak kecil. Buat abang sentiasa geram saja nak gigit.” Bisiknya.

“Eh, bunyi siren polis. Takut.”

Mikael ketawa lagi kuat.

Seronok sangatlah dia.

Mikael memarkirkan kereta di pekarangan rumah keluarganya. Aku turum. Mikael juga turun. Papa dan mama sudah berada di dedaun pintu menunggu kami. Tubuhku terus saja dipeluk mama sebaik saja sampai aje disitu.

“Cantiknya menantu mama ni.” Puji mama dengan senyuman.

Aku tersenyum.

Mikael menyalam papa dan mamanya. “Iman tinggalkan kitten dengan papa dan mama tau. Nanti balik Iman tuntut semula kesayangan Iman. Bye, kitten. Bye baby.” Ucap Mikael seraya mengusap perut kempisku sebelum dia meloloskan diri ke dalam kereta.

MIKAEL: Overprotective Husband Where stories live. Discover now