Mikael: Bab 25

1.3K 129 0
                                    

Tiga tahun kemudian...

"MUMMY!" Qabil dengan kaki pendeknya berlari lincah mendekati aku. Dia menarik baju aku dengan harapan aku membantunya.

Aku sedang membaca buku pun melayankan aje kerenah comelnya itu. Menolak mestilah tak sampai hati.

Qabil masuk dalam baju oversize aku.

Aku nampak kelibat Mikael yang datang mencari sesuatu. Kemudian, matanya memandangku lalu dia melangkah mendekatiku.

"Kitten nampak Qabil tak?" Soal Mikael.

Aku tunjuk dengan mata je. Nanti kalau buka mulut Qabil mesti merajuk. Dia tak mahu berkawan dengan aku dan percayakan aku dah.

Mikael gelak sebab dia perasan mata aku tu. Lagi-lagi perut aku besar pula sedangkan aku baru je mengandung sebulan lebih.

"Hmm... Manalah Qabil ni. Pandainya dia menyorok. Puas daddy cari tak jumpa-jumpa." Mikael mula buat dramanya.

Aku tengok aje.

Buku yang dibaca tadi terus tidak menarik. Aku nak lihat bagaimana drama Mikael dapat menambat Qabil untuk keluar.

"Hm. Bawah meja ni pun tak ada. Bilik pun tak ada. Daddy cari dekat mummy pun tak ada. Hebatnya Qabil ni. Okeylah, daddy give up." Mikael angkat tangan.

Qabil keluar.

"Nape daddy give up pat ngat? Cari la lama kit." Komen Qabil tak puas hati. Tapi kaki kecilnya tetap melangkah mendekati Mikael.

Mikael ketawa lalu dia menyambar tubuh Qabil dan dibawa masuk ke dalam pelukan.

Mengekek si kecil itu.

Aku tersengih melihat reaksi dua beranak itu.

"Mana ada daddy give up lagi. Daddy saja je nak tengok Qabil nak keluar ke tak. Tak sangka Qabil keluar."

"Abil pun aje je tengok daddy ujur te tak." Qabil putar jawapan Mikael membuatkan Mikael mencium geram pipi tembam yang memerah itu.

Qabil mengekek.

Anak kami yang cerdik. Putera sulung aku dan Mikael.

Qabil meleraikan pelukan Mikael dan dia mendekati aku. Qabil sembamkan wajahnya pada perut aku.

"Dalam perut mummy tu ada baby dan tak lama lagi mummy akan lahirkan baby macam dia lahirkan Qabil. Jadi Qabil kena belajar jadi abang. Qabil tak boleh manja-manja sangat." Pesan Mikael dengan lembut.

Qabil mengangguk.

"Tapi mummy dan daddy akan tetap sayang Abil kan?"

"Mestilah sayang. Qabil kan prince mummy." Ucapku seraya meneluk tubuh kecilnya.

Qabil ketawa suka.

"Ya. Qabil kan hero daddy. Mummy pula cinta daddy. Dua-dua daddy sayang sampai mati." Tukas Mikael seraya memeluk kami berdua.

Dia kan besar juga.

Tenggelam kami berdua dalam pelukannya. Tapi aku dan Qabil tak menolak. Pelukan Mikael hangat.

Kasih sayang Mikael adalah sesuatu yang tak ternilai dalam hidup aku.

+++

SEJUJURNYA, Qabil tak banyak kerenah. Mudah dijaga dan dibesarkan. Aku dan Mikael suka sangat dan sayang sangat pada Qabil.

Apa yang aku lagi suka. Aku biar aje Mikael jaga Qabil 80% dan sebahagian 20% lagi aku yang jaga. 20% tu apa? Kasih sayang semestinya.

Mikael nak anak nombor dua. Jadi kami usaha dan termakbul doa. Aku mengandung sebulan lebih.

Qabil pun boleh terima dengan baik lepas Mikael beritahu yang dia bakal jadi abang. Dia teruja lagi.

Aku harap Qabil boleh jadi abang yang baik.

Aku pakai baju.

Aku tengok cermin. Lama. Aku belek tubuh sendiri depan pantulan cermin. Baru sebulan lebih jadi perut belum nampak lagi.

Selalunya dah masuk tiga bulan baru nampak. Qabil dulu pun tak lah besar sangat.

Pintu bilik kedengaran dikuak. Aku menoleh ke belakang memandang Mikael yang melangkah masuk ke dalam bilik dengan sengihan.

"Eh dia masuk bilik sengih-sengih. Tadi halau saya masuk bilik." Saja aku buat nada merajuk.

"Abang nak buat surprise untuk kitten. Bukannya saja-saja abang halau kitten. Qabil pun bersemangat tau nak tolong abang tadi. Kitten apa tahu." Dia jual nama Qabil. Sajalah tu nak bagi aku lembut hati.

"Seronok berdua tak nak ajak saya. Kita buat sama-sama. Patutnya ajak saya sekali." Tukasku seraya memuncungkan bibir.

Mikael menekup pipiku lalu dia menciumku dengan lembut.

"Sorry. Jangan merajuk okies? Abang nak bagi hadiah special. Qabil mesti akan marah abang kalau surprise ni tak jadi. Penat-penat dia usaha. Takkan kitten tak nak tengok usaha dia?"

Aku mengangguk.

"Jom." Mikael menggamit aku dengan menarik tangan. Aku ikutkan aje.

"Mana budak kecil tu?" Soalku.

"Dia tunggu kitten sampai tertidur." Balas Mikael dengan sengihan. Aku ketawa kecil.

Qabil...

Pintu bilik dikuak. Aku melopong.

Mikael menarik aku masuk bersama-samanya. Sebuah bilik berpantang.

"Abang buat dengan Qabil. Kami hias cantik-cantik supaya mummy yang cute ni selesa nak berpantang nanti." Kata Mikael.

Aku terus peluk Mikael. Wajah disembamkan pada dadanya membuatkan ketawa Mikael meletus. Tanpa ragu-ragu dia membalas pelukanku.

"Terima kasih abang." Ucapku dengan senyuman gembira.

Mikael membalas dengan tenang.

"Sama-sama kasih, kitten." Balasnya dengan lembut.

Sepasang mataku mencari kelibat si kecil itu. Mana dia tidur agaknya?

"Mummy!" Aku memusingkan tubuh memandang Qabil yang terkedek-kedek berlari ke arah aku. Kaki aku dipeluk.

"Antik tak?" Soalnya dengan suara mamai.

Aku meleraikan pelukan dengan Mikael lalu aku mendukung tubuh kecilnya. Tangan tembam Qabil melingkar erat pada batang leherku. Pipinya berlaga dengan pipiku.

"Cantik. Terima kasih, sayang." Ucapku seraya mencium pipinya.

Qabil ketawa suka.

Dia sambung tidur lepas dia sembamkan wajah pada leherku.

Aku tersengih.

"Biar abang dukungkan. Kitten tu tengah pregnant." Mikael ambil Qabil dari aku. Sebelah tangan aje dah cukup untuk dia dukung anak sulung kami.

Kuat betul.

Aku nak dukung pun kena guna dua belah tangan aku.

Aku mengusap perut aku.

"Qabil dan anak kita gembira sebab abang jadi daddy mereka." Kataku bersam-sama sengihan.

"Mummy dia gembira tak abang jadi suami?"

Aku mengangguk.

Sekali lagi aku peluk Mikael. "Gembira sangat. Kitten rasa macam mimpi dan kitten tak mahu bangun dari mimpi tu." Ujarku

Aku rasa hembusan hangat Mikael menyapa ubun-ubunku. Sesekali bibir basahnya menyinggah pada dahiku.

Sungguh.

Aku bersyukur kerana Iman Mikael suamiku.

MIKAEL: Overprotective Husband Where stories live. Discover now