Mikael: Bab 26

834 59 1
                                    

BANGUN aje dari tidur aku dah tak nampak kelibat Mikael dan Qabil. Lepas solat subuh tadi aku terlelap sebab terlalu mengantuk sangat. Mengandungkan anak kedua kali ini buat aku rasa cepat letih.

Seusai mandi, aku membuka langkah keluar dari bilik. Terkedek-kedek juga aku melangkah menuruni anak tangga mencari suami dan anak aku. Elok aje aku memijak anak tangga terakhir aku dengar celoteh Qabil yang sedang bising pada daddynya.

"Qabil nak cook cake macam Qabil tengok kat tv semalam. Ini daddy buat cheese tart!"

"Sama je. Mummy suka sweets juga." Pujuk Mikael. Suaranya nampak pasrah.

Aku menjenguk perlahan. Tak mahulah dua beranak itu perasan akan kehadiran aku.

"Daddy tamau tolong tak apa. Qabil boleh cook sendiri." Qabil buat muka merajuk. Dia mula mengembungkan pipinya membuatkan aku yang melihat rasa terhibur. Gelabah muka Mikael hendak memujuk.

Haih Qabil. Turun mummy nampaknya. Haha.

"Daddy minta maaf. Kita buat kek macam mana yang Qabil nak okey? Daddy tolong Qabil cook tau," pujuk Mikael dengan lembut.

Qabil pandang Mikael. "Sungguh daddy nak tolong Qabil? Daddy bukan nak tukar menu macam tadi?" Muka Qabil macam tak percaya masa dia menyoal Mikael.

"Sungguh, daddy nak tolong Qabil cook. Kali ini daddy janji akan ikut macam mana Qabil nak. Jangan merajuk eh?" Bersungguh Mikael tak mahu Qabil merajuk.

"Daddy bernasib baik sebab Qabil cayang daddy. Okey, kita cook sama-sama sebab mummy." Qabil mengangguk setuju.

Mikael menghela nafas lega dan mengukirkan senyuman.

"Jom," jawapan Mikael membuatkan aku ketawa kecil.

Hmm, malaslah aku nak menganggu dua beranak itu. Jadi, aku akan berlakon yang aku ni tak tahu menahu tentang apa yang mereka lakukan.

Aku melangkah masuk ke dalam bilik semula lalu mencapai buku novel di rak yang tersedia dalam bilik. Aku melabuhkan punggung di atas katil. Aku mula membaca novel.

Setelah tamat senaskah buku novel yang dibacaku, pintu bilik diketuk dari luar. Aku baru je nak ambil buku yang kedua tapi niat terbatal dan aku menapak mendekati dedaun pintu. Aku buka pintu.

Aku nampak Mikael dan Qabil tersenyum.

"Buat apa kat bawah? Bising semacam." Tegurku. Kenalah acah-acah supaya usaha dia orang berdua tak menjadi sia-sia.

"Daddy dan Qabil cook sweets untuk mummy. Jom?" Gamit Qabil seraya menarik tanganku.

"Jom, kitten." Mikael sauk pinggangku. Aku ikut ajelah dua beranak itu ke tingkat bawah. Tiba aje di ruang makan, aku nampak manisan sudah tersedia di atas meja.

Terkejut jugalah sebab kek yang mereka buat nampak sedap juga sekali dengan cheese tart. Kecur liur aku.

"Ini daddy buat sebab dia degil, mummy. Daddy tak mahu cook macam yang Qabil mahu." Qabil mula mengadu padaku membuatkan aku tergelak kecil.

"Daddy tolongkan lepas tu?" Mikael menyerabaikan rambut Qabil.

"Ey, daddy. Tak hencem Qabil." Rungut Qabil. Dia mengambil sebiji cheese tart dan mendekatiku.

"Mummy, aaaa." Aku buka saja mulut dan Qabil suapkan padaku. Aku kunyah dan telan sementara memandang Mikael dan Qabil memerhatikan aku dengan muka teruja.

"Sedap, cheese tart ni." Pujianku membuatkan Mikael menayangkan muka bangga.

"Abang buat dengan rasa cinta pada Kitten."

Qabil mengembungkan pipi. "Mummy rasa kek yang Qabil buat ni pula." Qabil suap aku sepotong kek. Aku makan saja.

"Emmm, sedapnya. Pandai anak mummy buat. Nanti besar bolehlah buka bakeri sendiri." Pujiku seraya menggosok rambutnya.

Qabil menayangkan muka bangga.

"Suap daddy sekali. Jealous tau," rungut Mikael seraya memuncungkan bibir. Qabil suap Mikael. "Cedap en?" Tanya Qabil sambil tayang muka bangga.

"Sedappp. Ini sebab daddy tolong Qabil."

"Ceh. Daddy tolong pun masa crack telur dan bake," Bidas Qabil seraya mencebik. Ketawa Mikael meletus. "Bolehlah, janji daddy tolong."

Aku ketawa juga.

"Jom makan," aku menggamit mereka berdua. Tak sangka usaha mereka menjadi sungguh. Bukan saja cantik malahan sedap manisan yang mereka buatkan untuk aku.

+++

SELEPAS makan bersama-sama, Qabil sudah terlena di atas ribaku. Aku mengusap lembut rambutnya. Betul kata orang tua-tua. Anak memang akan cepat membesar.

"Sedih bila tengok Qabil besar cepat sangat." Aku menggumam perlahan. Mikael dengar dan dia menyandarkan kepalaku pada dadanya.

"Abang pun tak mahu anak kita besar tapi lumrah kehidupan, kitten. Sekurang-kurangnya, kita dapat melihat Qabil membesar depan mata dia. Kita ada ahli baru dalam ni," tutur Mikael seraya memegang perutku.

Aku ketawa kecil.

"Ya..."

Keluarga yang aku impi untuk bina dengan Mikael jadi kenyataan. Aku dapat Mikael sebagai suami dan aku ada anak-anak dengan Mikael.

"Hei, kenapa ni?" Mikael tekup pipi aku. Dia nampak risau.

"Ke-kenapa apa?" Aku tanya semula.

"Kenapa kitten menangis? Abang ada cakap sesuatu yang mengguris hati Kitten ke? Abang minta maaf kalau abang ada buat macam tu."

Aku menggeleng. Aku pun tak perasan yang aku menangis.

"Tak. Saya cumanya rasa sangat bersyukur. Saya dapat abang sebagai suami saya dan ada anak dengan abang. Keluarga yang saya impi nak bina dengan abang tercapai. Sejak kecil saya tak rasa kasih sayang parents jadi saya cuma ada abang-abang saya dan Zach. Lepas saya kenal abang, saya nak sangat jadi isteri abang dan bina keluarga sendiri. Saya tak nak anak-anak kita rasa apa yang saya rasa. Saya nak tunjukkan kepada mereka kasih sayang sebagai seorang ibu..."

Mikael mengusap rambutku.

"Kitten sentiasa jadi mummy yang ideal untuk Qabil dan unborn baby. Kitten juga jadi kesayangan abang." Tuturnya dengan lembut.

"Abang sayang ke saya?"

"Mestilah abang sayang. Siapa aje tak sayang stray cat macam kitten ni kan?" Seloroh Mikael.

"Eyyy, abang!" Aku menampar geram dadanya. Mikael ketawa suka. Dia cium dahiku.

"I loves you so much, kitten. Abang takkan boleh hidup tanpa kitten disisi abang. You are my world. Our kids are my live. Tanpa kitten dan anak-anak kita dunia abang kosong. So, never thought of leaving me yeah? Im gonna gone crazy if you do." Pesannya dengan muka simpati.

Aku tergelak kecil.

"Saya takkan tinggalkan abang. Tak akan," nafiku dengan bersungguh membuatkan Mikael tersenyum.

Aku cium sekilas pipinya. Mikael terus tarik aku dalam pelukan hangat. Aku takkan sesekali tinggalkan Mikael.

Hanya ajal aje yang mampu pisahkan kami.

MIKAEL: Overprotective Husband Where stories live. Discover now