RAMBUTKU disisir rapi menggunakan jari jemari kekarnya. Aku hanya membiarkan sentuhan lembut suamiku itu. Sesekali bibir basahnya mencium dahiku dengan penuh kasih sayang.
“Baring pun cantik.” Omelnya sambil memeluk tubuhku dengan begitu erat.
Hampir setiap jam jugalah Mikael memuji aku dengan kata-kata romantis. Aku tak tahulah apa niatnya tetapi Mikael terlalu comel. Aku hanya layankan saja kerenahnya meskipun ada kalanya kerenahnya itu tidak masuk akal.
Aku membuka mata memandang Mikael.
“Tidurlah.” Kataku dengan lembut.
“Kenapa nak tidur. Nanti Kitten muntah-muntah lagi macam mana? Abang tak nak tidur.” Katanya.
Aku menekup wajahnya menggunakam tanganku.
“Saya okey. Saya janji kalau saya nak muntah saya kejutkan abang.” Kataku dengan lembut.
Aku mula berasa tidak sedap badan kira-kira seminggu yang lalu. Permulaannya, aku memang sering muntah sehinggakan Mikael mula naik angin pada bos aku. Katanya bos aku bagi aku keracunan makanan. Disebabkan pergaduhan jugalah aku tidak bekerja. Baru Mikael tahu aku memang muntah bukan disebabkan makanan. Tapi alahan.
Mikael fikir aku akan mati sebab aku sakit. Suami aku ni walaupun hensem tapi bodoh juga.
Dia tak fikir ke yang isteri dia ni perempuan? Isteri dia ni boleh mengandung?
Sampai sekarang Mikael tak tahu aku mengandung. Mikael hanya fikir aku muntah sebab alahan aku terhadap sejenis makanan. Orang di sekeliling aku nampaknya seakan-akan tahu bahawa aku sedang mengandung. Mikael saja yang masih lagi keliru.
Biasalah.
Dia mana pernah jadi ayah lagi.
Mikael mengalihkan tanganku yang sedang menekup pipinya lalu dibawa pada bibirnya dan dicium penuh kasih.
Aku tersenyum.
“Abang risau?”
“Mana tak risau? Isteri abang yang biasanya mengancam jadi kurus kering macam ikan bilis.” Gumam Mikael sambil menyentuh pergelangan tanganku.
I-ikan bilis?!
“Excuse me, abang. Nama timangan saya ni kitten tau. Abang tahu makna kitten tu apa? Anak kucing tau. Kucing yang menggoda.” Kataku.
“Ya, abang tahu kitten tu anak kucing. Tapi ni dah macam kucing jalanan yang tak makan setahun.” Suka hati aje dia kata aku ni kucing jalanan.
Sabar Kitten. Tak baik marah suami.
“Esok abang kerja kan?” aku menukar topik perbualan kami. Jika berterusan memang penamatnya nanti Mikael kena halau tidur luarlah. Aku ini bukannya penyabar sangat pun.
“Ya. Abang minta-.”
“Stop. Abang tak perlu pun minta orang mengasuh saya atau bayar orang untuk mengasuh saya. Saya dah besar. Saya ni isteri abang.”
“Ya, abang tahu. Abang risau masalahnya. Semenjak dua ni Kitten jenis cuai sangat. Kalau abang tak jaga Kitten memang semua benda Kitten nak rempuh.” Kata Mikael sambil menatap wajahku.
Itu sebab aku terleka bermain telefon.
“Abang…”
“Fine.” Mikael menayangkan muka pasrah apabila aku mula menayangkan raut wajah comel padanya.
Well, aku kan kucing. Hehe.
Chup!
Aku mencium dahinya itu dengan penuh kasih lalu tubuhnya dipelukku dengan erat. Mikael menyembamkan wajahnya pada dadaku.
Baby pun suka daddy dia dekat dengan dia. Hehehe…
+++
IMAN Mikael bin Aidan Qayyum. Suami aku ni memang sengaja aje menguji kesabaran aku sebagai isteri dia. Nasib baiklah isteri tak boleh menceraikan suami. Jika tidak memang dah lama aku ceraikan si Mikael!
“Kenapa buat muka macam tu? Makan.” Pelawa, Izrael Furqan. Lelaki ini abang tiri aku di mana mummy aku mempunyai anak lelaki dengan bekas suaminya sebelum dia mengahwini daddy aku. Kiranya, dia abang sulung aku.
Namun, kamintak rapat.
“Kenapa dia minta Abang El datang jaga Nada?” aku memandangnya yang sedang duduk di atas kerusi. Tangannya memegang jug yang terkandung air oren lalu dituang sedikit ke dalam gelas. Gelas itu diberikan padaku.
Abang El menjungkit bahu.
“Habis kenapa Abang El datang?”
“Kalau aku tak datang nanti dia merungut risau pada aku sampai aku tak ada masa nak tidur. Lagipun, aku setuju sebab kau mengandung.” Selamba saja jawapan Abang El.
Aku mengetap bibir.
Inilah sebab aku tak rapat dengan dia.
Abang sulung aku ni menjengkelkan. Sudahlah kerjanya pun aku tak tahu. Pelbagai perkara dia buat. Mana ada abang bahasakan aku-kau dengan adik dia! Abang aku yang kedua tu baik memanjang aje dengan aku.
“Kenapa kau tak nak bagitahu si Mika tu yang kau tengah mengandung?”
“Mika? Jangan panggil suami Nada macam nama perempuan. Mana ada orang panggil dia Mika. Mika tu mak dia.”
“Suka hati akulah nak panggil dia apa. Mulut aku. Bukan mulut kau.” Bidasnya.
“Abang El berambus sekarang.” Arahku dengan tegas.
“Malas. Nanti suami kau datang ketuk pintu rumah aku lagi kalau apa-apa jadi pada kau. Baik aku jaga kau walaupun membosankan.”
“Nada boleh jaga diri.” Kataku.
“Jaga diri? Turun tangga pun aku tengok macam nak tertungging. Kau berjalan datang ke sini tadi pun tersenget-senget macam tak stabil. Itu gaya nak tinggal kau sendiri? Pft. Elok normal terus tak boleh bangun sebab patah kaki.” Sinisnya.
Aku mencerlung tajam wajah Abang El.
“Renunglah lama-lama. Aku tahu aku hensem.” Yakin betul.
Malas mahu melayannya, aku menjamah saja makanan yang dihidangkan oleh abang sulungku itu. Lebih baik aku abaikan dia saja sebelum anak aku terkenan muka dia. Hmph!!!
Aku berehat di atas sofa sementara Abang El baring di atas kerusi malas sambil menyilang kakinya. Menumpang rumah orang macam dia itu pula bos besar.
Sakit hati aku.
Enjin kereta milik Mikael sayup-sayup kedengaran. Tentu saja suamiku itu sidah pulang ke rumah.
“Kitten, abang dah balik!” Ucap Mikael dengan senyuman girang.
“Abang…” aku lekas bangun menuju ke arah Mikael. Mikael terus saja memeluk tubuh sebaik saja aku mendekatinya.
“Kenapa abang suruh Abang El jaga saya?”
“Abang tak percaya tinggalkan Kitten sendirian di rumah.” Balas Mikael dengan nada polos.
“Saya lagi rela tinggal di rumah sendiri berbanding menghadap perangai jengkel Abang El ni. Dahlah duduk saja atas kerusi malas tu macam orang sakit pinggang. Tak layan saya dengan baik pun!” aku mengadu pada Mikael.
Aku tak mahu cerita yang aku mengandung pada Mikael kerana dia memang sudah protective terhadapku. Aku takut jika dia tahu aku mengandung protectivenya itu jadi melampau.
Tapi-
“Nada mengandung. Dia tak nak bagitahu kau sebab dia kata kau tu overprotective.” Tiba-tiba saja Abang El mencelah tanpa dijangkaku. Kami berdua memandang ke arahnya yang sedang bangun dari kerusi malas.
Abang El menayangkan senyuman kemenangan kepadaku sambil dia melangkah keluar dari rumah.
What the fish?!
“Kitten. Betul ke Kitten mengandung?” suara tegas Mikael itu tidak memberikan aku sebarang pilihan. Mahu atau tidak aku terpaksa juga mengaku. Kenapa?
Ini semua salah Abang El.
Terima kasihlah pada dia sebab suami aku akan jadi overprotective!
YOU ARE READING
MIKAEL: Overprotective Husband
Roman d'amourApa perasaan kau bila suami kau terlalu overprotective sedangkan perkara yang normal boleh dianggap abnormal? pasti sakit kepala kan? "Abang. Saya rasa tak selesa bahagian perut-." - Nada Hania "What?! Isteri abang dah nak bersalin? Abang akan call...