SARAPAN pagi yang selalunya berlima hari ini bilangannya bertambah seorang. Tasneem, gadis kecil yang lebih kurang sebaya dengan anak aku, Shaqir duduk diantara Qabil dan Khairi.
Selera benar budak perempuan itu menjamah makanan. Khairi bukan main tersenyum lagi mengusap kepala gadis kecil itu melayani kerenah Tasneem.
"Ada bau-bau mummy kena bagi adik perempuan untuk kami," tiba-tiba Shaqir bersuara.
Mikael sudah tergelak. Aku senggol bahu Mikael. Selamba aje suami aku senyum-senyum. Gatal!
"Nanti mummy fikirkan okey?" Pujukku dengan lembut. Sepasang mataku memerhatikan Khairi yang sedang melayan Tasneem.
"Tasneem." Aku panggil budak perempuan itu membuatkan dia memandang polos seraut wajahku. Bukannya Tasneem aje yang pandang. Dua anak teruna aku pun angkat muka juga.
Aku menghela nafas.
"Seronok tak kawan dengan Abang Qabil dan Abang Khai?" Tanyaku dengan lembut.
Tasneem mengukirkan senyuman manis dan mengangguk. "Kita suka kawan dengan abang dua-dua ni. Tapi kita nak kahwin dengan Abang Khai sebab Abang Khai mecem!" Puji Tasneem sambil memeluk manja tangan Khairi.
Khairi tergelak saja.
Qabil sudah menggeleng.
"Mana boleh. Kau tu sebaya dengan aku. Kita tak boleh kahwin dengan orang yang agak tua berbanding kita!" Larang Shaqir.
"Sibuk je," rungut Tasneem seraya menjeling Shaqir. Aku tergelak melihat gelagat anak lelaki aku.
"Sudah jangan bergaduh. Tasneem, uncle tak kisah kalau Tasneem nak berkawan dengan Khai dan Qabil tapi Tasneem kena balik rumah dulu hari ni okey? Dua orang abang yang hensem ni akan datang selalu jenguk Tasneem." Pujuk Mikael dengan lembut.
"Hah? Kenapa Qabil sekali?" Rungut anak sulungku.
"Betul tu. Abang Khai sokong apa yang daddy kata. Petang ni, Abang Khai hantar Tasneem balik okey?"
Aku lihat Tasneem memuncungkan bibirnya. "Tasneem tak nak balik. Nanti mak Tasneem pukul Tasneem lagi macam mana?" Bicaranya itu membuatkan hati aku retak mendengarnya.
Tergamak mak Tasneem pukul budak yang masih membesar ini?
"Tasneem jangan risau. Abang Khai dan Abang Qabil akan uruskan. Betulkan, Qabil?" Khairi pandang abangnya. Aku senyum melihat Qabil hanya mampu menayangkan muka pasrah sambil menganggukkan kepalanya.
"Janji akan datang selalu jumpa Tasneem?" Tanya Tasneem lagi dengan penuh pengharapan.
"Ya, Abang Khai janji." Jawapan Khairi mengudang senyuman lebar Tasneem.
Aku pula rasa sejuk hati melihatnya.
Seperti yang dijanjikan oleh Khairi, mereka memang mahu menghantar Tasneem pulang. Tasneem menyalam tangan aku dan juga Mikael. "Nanti kita dah besar kita nak jadi isteri Abang Khai." Tutur Tasneem padaku.
Mikael sudah ketawa mendengarnya. "Uncle tunggu masa tu tiba. Tasneem mesti cantik sangat bila dah besar." Puji Mikael seraya mengusap kepala Tasneem.
Aku mengusap lembut pipi Tasneem. "Nanti bila Tasneem dah besar usia Abang Khai dan Abang Qabil meningkat. Nak ke Tasneem dengan orang yang lebih tua?" Sakatku.
Tasneem pandang Khairi. "Kita sanggup demi Abang Khai. Lautan api pun kita nak redah kalau Abang Khai nak kahwin dengan kita," jawapan polos itu membuatkan aku tergelak kecil. Mikael sudah pasti mengekek.
"Itulah sebabnya aku tak bagi kau biarkan budak ni baca novel cinta yang kau simpan. Jiwang karat dah dia," tutur Qabil pada Khairi.
Khairi tersengih. "Biarlah dia. Berkenan dia selalu salah faham sebagai cinta." Selamba saja jawapan Khairi.
YOU ARE READING
MIKAEL: Overprotective Husband
RomanceApa perasaan kau bila suami kau terlalu overprotective sedangkan perkara yang normal boleh dianggap abnormal? pasti sakit kepala kan? "Abang. Saya rasa tak selesa bahagian perut-." - Nada Hania "What?! Isteri abang dah nak bersalin? Abang akan call...