Mikael: Bab 22

1.2K 138 3
                                    

MIKAEL nampak gugup membawa anak kami masuk ke dalam rumah. Aku hanya memerhatikan tingkah kekoknya itu. Mikael mengerling aku sekilas sebelum dia meletakkan anak kami di tempat yang telah tersedia.

Aku juga melabuhkan punggung untuk berehat. Si kecil itu terus menangis dengan kuat. Bergema seluruh rumah kami. Mikael yang nampak cemas. Maka, aku angkat si kecil dengan lembut dan menyusukan dia.

Kesian anak aku. Lapar.

“Lah dia menangis sebab lapar ke?” ujar Mikael seraya ketawa. Berpeluh sakan suami aku ni macam dia aje yang letih beranak.

“Ya, abang.”

Mikael mengangguk.

“Kitten duduk sini dulu. Abang nak mandi sekejap. Lepas ni abang tolong mandikan kitten dan anak kita.” Pamitnya dengan sopan. Mikael mencium ubun-ubunku sebelum dia membuka langkah menuju ke tingkat atas.

Aku tersengih saja melihat anak aku.

“Comelnya anak mummy. Mechem macam daddy.” Pujiku.
Si kecil itu hanya mengendahkan aku.

Lima belas minit aku tunggu Mikael akhirnya suami aku turun juga. Nampak lebis kemas dan segak. Barulah nampak macam suami aku. Tadi serupa pengemis saja.

“Jom abang bagi mandi kitten.”

Anak aku dah tidur. Mikael membantu aku bangkit lalu dipimpinnya aku masuk ke dalam tandas. Aku tahu menjaga aku takkan menjadi perkara yang susah untuk Mikael kerana aku pernah keguguran.

Tapi menjaga anak pertama kami akan menjadi cabaran yang baru untuk Mikael.

“Abang. saya boleh mandi sendiri. Abang pergilah tengok-tengokkan anak ita.” Pujukku.

“Abang risau. Nanti kitten jatuh masa tengah mandi macam mana? Abang tak mahu perkara yang buruk terjadi pada isteri abang.” Ujar Mikael bersama-sama wajah risau.

“Abang jangan risau. Saya akan jaga diri.”

Kitten…”

“Tolong tengok anak kita. Apa-apa jadi pada dia nanti kita juga yang menyesal. Tolong ya, abang?” pintaku.

Mikael menghela nafas. Dia mengangguk perlahan sebagai tanda dia mengalah.

“Mandi elok-elok.” Pesannya.

Aku mengangguk.

Mikael melangkah meninggalkan aku. Tanpa berlengah terus sahaja aku membersihkan tubuhku sebelum kembali mendekati Mikael yang sedang menompang dagu menatap anak kami yang sedang lena.

“Abang. Bagilah mandi anak kita,” kataku padanya.

Mikael cuba mengangkat. Namun, dia meletakkan semula perlahan-lahan bersama-sama muka cuak.

“Ab-abang tak bolehlah, kitten. Abang tiba-tiba rasa gemaruh-.”

“Gemaruh apa, bang? Gemuruh. Kenapanya abang nak gemuruh? Tadi abang elok aje?” tegurku dengan sengihan.

“Lantaklah gemuruh atau gemaruh. Apa yang penting-.”

“Kerjasama!” sakatku.

“Ey, bukan. Apa yang penting sekarang ni abang pegang aje badan anak kita dah lembik sangat. Macam jeli. Nanti kalau abang bagi mandi dia terslide masuk dalam besen air tu macam mana?”
Aku terkebil-kebil.

Teruk overthinking suami aku ni.

“Abang…”

Kitten aje bagi mandi anak kita.” Kali ini Mikael yang mencadangkan laju saja aku menggeleng bersama-sama muka kalut.

MIKAEL: Overprotective Husband Where stories live. Discover now