Mikael: Bab 16

1.3K 152 2
                                    

MIKAEL yang sedang sibuk menanda buku latihan pelajar-pelajarnya itu digangguku. Aku selamba saja melabuhkan punggung di atas riba dia. Sudahlah berat badanku bertambah dua kali ganda memandangkan aku membawa nyawa di dalam rahimku. Kandungan yang semakn membesar menyukarkan aku untuk berjalan.

Alhamdulillah, aku masih boleh menjalani hari-hari dengan biasa. Mikael memang menjaga aku dengan sangat baik. Bukan dialah kalau berjanji tidak mahu tunaikan.

Kitten…” serunya dengan suara yang amat lembut.

Sengaja aku memandang polos wajahnya itu.

“Boleh kitten bangun sekejap? Abang nak betulkan posisi duduk abang. Sakit peha abang.” Tuturnya dengan lembut. Aku bangun kejap aje. Elok Mikael mengenjak sedikit laju aku duduk. Memang dia mengaduh sakit.

Aku pun bukannya ringan. Haha.

“Besar dah baby dalam ni.” Tutur Mikael tatkala dia melepaskan pen merah yang ada di tangannya lalu tangan kekarnya itu menyentuh lembut perutku.

Aku mengukirkan senyuman.

Suka! Aku seronok kalau Mikael manjakan aku dan sayangkan baby ni.

“Abang tak sabar nak tengok anak abang lahir. Mesti cantik sangat macam mummy dia kalau dia perempuan.” Puji Mikael sambil memandang tepat ke arah sepasang mataku. Eh, Mikael ni. Sengaja nak menggoda aku atau apa?

Aku menekup lembut wajah Mikael.

“Kalau anak kita lelaki mesti dia akan jadi hensem macam abang.” Tukasku telus.

Mikael tersengih.

“Mesti.” Laju saja dia balas.

Aku mencium dahinya penuh sayang.

Mikael menarik tubuhku rapat dengannya. Rasa nyaman benar bila merasakan kehangatan suami. Layanan Mikael jelas-jelas berbeza dengan dulu. Aku tahu semasa aku mengandung anak pertama itu pun Mikael memberikan perhatian kepadaku.

Namun, bukanlah seperti sekarang. Sekarang, Mikael lebih berhati-hati dan kadangkala boleh menjadi sangat menjengkelkan.

Tapi tak apa sebab aku sendiri sukakannya.

Perangai jengkel Mikael sentiasa menyenangkan hati aku. Ehehe.

+++

TAK senang aku nak tidur bila terganggu dengan bunyi perut sendiri yang berkeroncong lapae minta diisi. Berhati-hati aku bangun supaya tidak mengejutkan Mikael yang sedang lena. Tapi tak sangka pula yang Mikael sedar. Lengan kananku dipegangnya dengan cukup lembut.

Sepasang matanya hanya terbuka separa saja.

Kitten nak pergi mana?” soalnya dengan suara serak-serak basah. Bukan nak menggeletis. Aku jujur je yang suara Mikael sekarang ni tengah macho. Andai perut aku tak lapar sekarang ni memang aku dah peluk dia dan bergumpal saja dengan dia sampai esok pagi.

Malangnya, aku perlu makan. Aku dan baby lapar.

“Saya nak pergi turun dapur. Nak makan. Rasa lapar.” Kataku.

“Abang temankan.” Mikael bangun. Aku menahan tubuhnya dengab menolak lembut dada Mikael supaya dia berbaring semula. Mikael memandang keliru seraut wajahku itu.

“Tak apa. Saya makan sekejap aje di bawah. Abang tidur ajelah. Esok abang nak petgi kerja.” Tegurku dengan suara yang lembut. Namun, Mikael tetap juga berdegil. Tanganku yang menahan dadanya itu dialihkan dengan lembut.

Dia mencium pergelangan tangan aku membuatkan seluruh wajahku meruap.

“Ab-abang…”

“Apa salahnya kalau abang nak temankan isteri abang yang sedang mengandung ni makan pada tengah-tengah malam? Kitten takut ke abang tumpang habiskan makanan kitten?” lembut suaranya menyoal sambil memandang polos wajahku.

Aku menggeleng dengan pantas.

Then, kitten rasa tak selesa abang ada di dapur sekali dengan kitten.”

Aku tetap juga menggeleng.

“Habis tu, kenapa?”

“Saya kesiankan abang. Esok abang nak pergi kerja. Kalau abang temankan saya makan mesti abang letih.” Balasku. Jelas sekali nadaku agar mudah untuk Mikael faham.

Mikael mengukirkan senyuman nipis.

Tangannya yang memegang tanganku itu dialihkan. Mikael mengusap lembut kepalaku membuatkan aku rasa senang.

Kitten bukannya makan lama sangat. Abang tak pernah lagi tengok orang makan dari pukul dua pagi sampai pukul enam pagi. Itu bukan orang dah tu.” Seloroh Mikael.

Aku ketawa kecil.

“Lagipun, apa salahnya abang melayankan kerenah kitten. Abang yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kita dan baby dalam kandungan ni.” Tutur Mikael lagi.

Aku tersenyum.

“Jomlah, abang.” Mengalah jugalah aku. Apa nak dibuat lagi andainya Mikael begitu mahir bermain kata?

Kami berdua menuruni tangga.

Mikael nak mendukungku ala-ala bridal style. Sudah tentunya aku tidak mahu kerana aku tahu badanku semenjak mengandung ini bertambah berat. Malahan, berbahaya jika menuruni tangga dengan beban yang berat.

Risiko untuk tergelincir dan jatuh sangat tinggi.

Aku tak mahu keguguran lagi.

Cukuplah hanya sekali aku mengecewakan Mikael. Biarlah kali ini anak yang berada dalam rahimku mampu memberikn senyuman dan sinaran yang baru untuk Mikael.

Kitten nak makan apa?” Soal Mikael seusai dia memimpin aku menuju ke arah kerusi yang terletak berdekatan dengan meja makan. Dia menuju ke arah peti sejuk sebelum dibukanya dan memerhati satu demi satu isi kandungan peti sejuk itu.

Kitten boleh masak sendiri.” Laju saja aku menolak.

Kitten, biar abang yang tolong masakkan.” Tegur Mikael.

“Tapi saya tak mahu susahkan abang…”

Mikael mengembungkan pipi sambil sepasang matanya itu menatap wajahku dengan muka tak puas hati. Aku dah faham sangat dengan perangai Mikael kalau tak ada orang yabf nak dengar cakap dia.

Merajuk!

“Okeylah, abang masak nasi goreng pataya untuk saya. Tak mahu pedas.” Tuturku.

Mikael mengangguk faham sebelum dia mencapai apron yang bersangkut kemas. Apron diikat pada tubuhnya.

Mikael mengerling aku bersama-sama senyuman.

Mikael pun mula beraksi di pentas memasak!

“Siap!” Mikael menghidangkan sepinggan nasi goreng pataya di depanku. Aku memandang nasi goreng itu sebentar dan sepasang mataku menyinggah seraut wajah kacak suamiku.

Mikael mengukirkan senyuman sennag.

“Makanlah, kitten.” Sudu dan garu dihulurkan Mikael.

Aku sambut saja tampa banyak soal. Dimulai dengan basmallah, aku menyuap sesudu nasi goreng pataya buatan Mikael ke dalam mulutku.

“Sedap!” pujiku jujur.

Mikael mula menayangkan sengihan senang. Dia menarik kerusi lalu dia merenung wajhaku dengan senyuman.

“Suka?” Soalnya ingin tahu.

Aku mengangguk laju.

“Terima kasih, abang.” Kataku.

“Sama-sama kasih, kitten.” Balas Mikael dengan tenang.

Tak sedar bila dah habis. Aku minum segelas air kosong sementara menunggu Mikael selesai membasuh pingganku. Mesti semua orang yang melihat kelakuan Mikael ni akan mengatakan bahawa aku isteri yang malas.

MIKAEL: Overprotective Husband Where stories live. Discover now