Mikael: Bab 31

695 70 3
                                    

SUASANA dalam kereta hanya sunyi. Shaqir mengemam bibir kerana dia sendiri tidak tahu cara hendak berbicara dengan abang sulungnya memandangkan muka abang sulungnya itu 24/7 sentiasa garang mengalahkan pak long mereka.

"Berapa hari Shaq nak tinggal rumah pak long?" Tanya Khairi dengan lembut.

"Shaq-"

"Kau jangan tinggal lama sangat kat rumah orang, Shaq. Asyik hidup nak berkepit je dengan si Putera tu macam kau tu awek dia je. Aku tengok pun naik rimas," bebel Qabil dengan muka serius.

"Kau ni biarlah dia. Bagilah dia seronok dengan kawan-kawan dia. Kan, Shaq?"

Shaqir mengangguk.

"Aku tak suka."

"Kenapanya? Sebab abang si Putera tu tak rapat dengan kau?"

"Tak. Abang si Putera tu attention seeker. Kalau si Shaq ni sibuk nak berkepit dengan Putera dia tu sibuk nak jadi macam kau." Jawapan Qabil membuatkan Khairi tersenyum.

"Shaq tengoklah abang Shaq ni. Dia ni muka je bengis tapi dalam hati ada taman. Baik je dia,"

"Diam kau, Khai. Campak kau keluar tingkap baru tahu." Ugut Qabil sambil mengetap gigi.

"Campaklah kalau berani," cabar Khairi dengan sengihan nakal membuatkan Qabil berdecit bengang. Khairi ketawa suka.

Shaqir tersenyum nipis.

Kalau yang boleh bangkang abang sulungnya itu cumalah abang keduanya, Khairi.

+++

QABIL menyandar pada pintu kereta miliknya semasa melihat Khairi menghantar Shaqir di depan pintu rumah pak long mereka. Sudahlah sedang berbual dengan Talhah.

Ugh.

Khairi tu adik dia. Bukannya adik Talhah!

"Khai!" Seru Qabil dengan muka garang. Khairi menoleh memandang abangnya. Dia menyudahkan bicara lantas mempamit diri menuju ke arah abangnya.

"Muka tu cuba manis sikit. Gaya macam cemburu."

"Memang aku cemburu. Kau tu adik aku. Bukannya adik dia." Jawapan Qabil membuatkan Khairi tersengih.

"Aku tahu. Aku adik kau. Tapi Talhah sajalah berbual. Dia kan lebih kurang kau je."

"Dia tua dari aku." Tegas Qabil.

Khairi menggeleng.

"Dah, jomlah balik. Esok kita pergi melawat Tasneem eh? Aku rindu dia." Pinta Khairi dengan senyuman manis. Pintu kereta dibuka.

"Hmm." Qabil masuk ke dalam perut kereta. Khairi turut masuk juga.

"Betul ke kau ada letak kamera?" Tanya Qabil semasa dia menukar gear untuk keluar dari pekarangan rumah.

"Aku tipu."

"Dah tu nanti dia cuba pukul Tasneem untuk uji kebenaran macam mana?" Soal Qabil hairan. Berani betul Khairi tipu perkara begini. Bukankah ianya akan membahayakan nyawa Tasneem?

"Dia takkan buat. Orang jahat akan takut dan berjaga-jaga kalau dia orang punya kejahatan dah kantoi. Kau percaya je cakap aku. Esok kita jumpa Tasneem mesti tak ada apa-apa yang akan jadi pada dia."

"Aku tak fahamlah dengan kau ni, Khai." Omel Qabil.

Khairi tersenyum.

"Kau tak perlu faham aku, Qabil." Balas Khairi dengan tenang. Dia menyandarkan tubuhnya pada kerusi kereta.

Qabil mencebik.

"Aku rindu Tasneem," rungut Khairi.

"Tak lari ke mana pun budak tu. Entah macam mana kau boleh jatuh sayang walhal kali pertama jumpa." Rungut Qabil tak puas hati.

"Aku kesiankan dia sebab dia budak, Qabil. Aku nampak macam Shaq je. Baya-baya adik kita juga." Jawapan Khairi membuatkan Qabil menjuihkan bibir.

Mengalah dia mahu berlawan kata kerana kesudahannya nanti dia juga yang salah.

+++

BUKU novel yang dibeliku masih tidak dibuka. Aku melabuhkan punggung di atas sofa bersebelahan dengan Mikael yang sedang menanda latihan pelajarnya. Al-maklumlah suami aku seorang guru.

"Lamanya anak kita keluar..." Aku mula merungut. Mikael ketawa kecil. "Kitten perasan tak sebenarnya kitten ni protective terhadap anak-anak kita?" Tanyanya dengan nada yang sangat lembut.

"Mana ada. Biasalah ibu risaukan anak-anak." Aku menafikan dengan pantas.

"Anak kita keluar tak sampai satu jam lagi kitten dah merungut. Itu sebabnya abang cadang kita ada anak lagi. Nanti kitten tak lah sunyi," ujar Mikael sebelum dia mengemaskan kerjanya dan menarik aku rapat dengannya. Mikael memeluk pinggangku.

"Siap dah kerja?"

"Tak siap lagi. Tengok kucing kesayangan abang duduk sebelah nampak lonely. Abang tak sampai hati nak biarkan sendiri."

Aku tarik hidung Mikael dengan muka geram membuatkan Mikael ketawa kuat.

"Merah hidung abang, kitten." Rungutnya dengan nada lembut sambil menggosok perlahan hidung mancungnya.

"Saya tak lonely." Nafiku dengan tegas.

Mikael menguntumkan senyuman. "Ya ke? Nampak macam kitten lonely sangat. Abang nampak yang kitten memang protective pada anak-anak kita. Tak ada apa yang perlu dimalukan kitten. Itu normal sebagai ibu bapa untuk risaukan anak-anak kita." Aku terdiam sebentar menghadam bicara Mikael.

"Macam abang protective pada saya dan anak-anak kita?"

Mikael mengangguk. "Abang sayang isteri abang ni." Kata Mikael seraya mencium berkali-kali pipiku. Aku tersenyum.

Aku tekup pipinya lalu aku cium sekilas bibirnya membuatkan dia ketawa suka.

Pintu rumah dikuak. Kami nampak Qabil dan Khairi melangkah masuk. "Oh, salah timing..." Tutur Qabil mendatar membuatkan aku pantas mengalihkan tangan pada wajah Mikael.

Khairi sudah tahan senyuman. Membahang muka aku jadinya.

"Pak long ada ke tadi?" Laju aje Mikael menukar topik.

"Tak ada. Talhah yang sambut Shaq. Talhah kata pak long dan mak long pergi keluar ke pasar," Khairi membalas.

"Qa-Qabil dan Khai lapar ke? Mummy ada buat nasi goreng kampung. Kalau lapar boleh makan..."

Qabil senyum senget. "Kami dah makan tadi, mummy." Itu saja yang dia jawab sebelum melangkah menuju ke biliknya.

"Mummy dan daddy kantoi nak bagi adik." Usik Khairi dengan sengihan nakal sebelum dia mengejar langkah Qabil.

Aku meraup muka sebaik saja kelibat dua anak teruna aku menghilang. Arghhhh, aku rasa nak benam kepala aku dalam tanah! Malunya bukan kepalang.

"Kitten? Kenapa muka merah ni, hmm?" Tanya Mikael dengan hairan sebelum dia mengalihkan kedua-dua tanganku yang menekup mukaku.

"Anak kita tu usik saya..."

"Alah, biasalah tu. Lagipun betul apa? Kita memang bercadang nak bagi mereka adik kan? Cuma salah timing aje." Seloroh Mikael dengan sengihan.

Aku tampar dadanya dengan geram. Membahang hangat muka aku.

Mikael ketawa suka.

"Alalala, comelnya dia malu. Patutlah ada bahasa kiasan malu-malu kucing. Comel rupanya bila kucing malu."

"Abangggg!" Aku rasa nak cekik aje Mikael apabila dia semakin sakan mengusik aku.

Mikael tersengih seraya tangan kekarnya menarik aku ke dalam pelukannya. Erat. "Abang sayang kitten." Ucap Mikael dengan lembut. Tangannya mengusap kepalaku dengan lembut.

Aku meraup wajah.

Malunya lah aku...

MIKAEL: Overprotective Husband Where stories live. Discover now