Mikael: 5

2.5K 200 1
                                    

MIKAEL kalau dah teruja mana boleh dihalang. Aku melihat aje dia yang sedang membelek sepuluh buah buku yang baru dibelinya itu. Tak sangka pula Mikael membeli buku begitu banyak hanya demi anak-anak kami. Comel juga Mikael kerana dia belajar mahu menjadi seorang ayah yang baik.

Aku menompang dagu memerhatikan Mikael yang duduk bertentangan denganku. Mikael kelihatan amat leka betul.

Teringat dia sebegini aku teringat pesan mamanya supaya aku membiarkan saja Mikael membuat perkara yang pelik-pelik kerana itulah cara Mikael menunjukkan kasih sayangnya. Mungkin kedengaran pelik tapi itulah kebenarannya.

"Abang..."

Mikael mengangkat wajahnya memandangku.

"Ya?"

"Hari ni saya tak masak apa-apa pun lagi memandangkan saya merajuk dengan abang pagi tadi. Apa yang kita nak makan? Saya lapar." Rengekku apabila melihat Mikael sudah tersengih kecil melihat gelagatku.

Mikael bangun lalu dia membuka langkah mendekatiku.

Batang hidungku dicubit geram.

"Abang akan masak. Kitten nak makan apa?" soal Mikael padaku.

"Saya nak nasi goreng kampung tambah telur dadar." Pintaku.

"Okey. Cium sikit."

Aku mencium sekilas bibir merah Mikael lalu Mikael membuka langkah menuju ke arah dapur. Aku lekas saja mengikuti langkahnya itu. Lengan bajunya yang panjang disinsing dengan kemas. Aku memerhatikan Mikael membuat kerja dengan cekap.

"Saya dengar cerita dari mama yang abang sebelum ni mana pandai memasak." Kataku padanya.

"Abang belajarlah sebab abang nak pastikan isteri abang rasa bertuah berkahwin dengan abang. Isteri abang ni bukan hamba abdi abang. Tapi buah hati abang. Perempuan akan hidup dengan abang sampai akhir hayat abang." Ujar Mikael dengan lembut.

Aku menyeringai.

Eh, suka pula aku mendengar bicaranya itu.

Aku tunduk memandang perutku sendiri. Tak sangka di dalam rahimku ini ada nyawa kecil yang menumpang. Anak aku dan Mikael. Argh, rasa macam mimpi pula mengandung macam ni!

"Senyum sendirian tu kenapa?" Tegur Mikael dengan nada mengusik.

"Saya rasa teruja sebab mengandung. Rasa macam mimpi." Tukasku.

"Lah Kitten baru teruja sekarang. Lemahlah isteri abang ni. Abang dah teruja masa dekat klinik tadi. Lepas je doktor tu bagitahu abang yang Kitten mengandung depaj doktor tu juga abang menjerit." Cerita Mikael dengan bersahaja.

"Apa saya pula yang lemah? Abanglah lemah sebab tak kawal macho." Tukasku tak mahu kalah.

"Abang macho atau tak sama aje kan? Kitten tetap cintakan abang kan?" soalnya bersama-sama sengihan nakal.

Eh, geram aku.

Gigit kang.

"Abang menang." Aku mengalah.

Penatlah aku nak berbahas dengan seorang Iman Mikael kalau dah jadi seorang cikgu bahasa Melayu memang selamanya akan menjadi cikgu bahasa Melayu.

Mikael tergelak suka.

Amboi seronok dia.

+++

ANGIN lembut menampar wajah tatkala aku duduk di atas buaian yang sedang berayun berasama-sama Mikael. Mikael meletakkan sebelah tangannya di atas bahuku sementara sebelah lagi membaca buku.

"Doktor cakap kandungan Kitten masih lemah. Jadi abang sarankan Kitten jangan terlalu aktif sangat." Pesan Mikael.

"Abang ni. Saya kuatlah. Baby pun kuat macam saya tau." Tukasku tak mahu kalah.

"Abang pesan saja. Berdasarkan apa yang doktor cakap peratusan untuk Kitten keguguram tu tinggi. Memandangkan ni anak sulung kita Kitten kena jaga elok-elok." Bicara Mikael itu membuatkan aku rasa berjauh hati.

Dia macam sayangkan anak ni lebih dari aku.

"Abang tak sayang saya dah ke?" lirih suaraku bertanya kepadanya.

Muka Mikael kelihatan terkejut tatkala dia menoleh memandang ke arahku. Bertaut keningnya seperti dia keliru dengan bicaraku.

"Apa yang Kitten cakap ni?" soal Mikael hairan.

"Yelah, abang macam suruh saya jaga baby ni. Abang tak suruh pun saya jaga diri ke apa. Saya rasa macam abang perlukan saya sebab baby ni je." Lirih suaraku bertutur.

Mikael menarik leherku supaya wajahku rapat dengan wajahnya. Pipi kananku dicium sekilas.

"Abang cintakan Kitten. Janganlah cakap bukan-bukan. Abang tak kahwin dengan Kitten untuk Kitten jadi hamba abang lahirkan anak. Abang kahwin dengan cinta sebab cinta. Of course abang gembira dan teruja nak ada anak sebab ni anak sulung kita. Abang suruh Kitten jaga anak kita sama macam maknanya abang suruh Kitten jaga diri Kitten. Ibu mengandung ni badan dia lemah sangat. Doktor beritahu abang yang Kitten punya kandungan masih lagi lemah sebab masih awal. Itu sebabnya abang risau. Kitten bawa anak abang dan kalau Kitten terjadi apa-apa kemungkinan abang untuk hilang Kitten sangat tinggi." Ha, ambik! Akh bercakap sikit je terus Mikael berikan penjelasan yang panjang lebar.

Fahamlah aku kenapa Mikael jadi cikgu bahasa Melayu. Aku rasa masa belajar dulu kerangan dia sentiasa A. Ayat dia gramatis betul.

"Kalau abang hilang saya pun apa salahnya? Abang boleh je kahwin lain. Kahwin dengan perempuan jauh lebih cantik dan lebih baik dari saya." Kataku lirih.

Plak!

Bibirku dijentik kuat.

"Aww, sakitlah!" aku merungut geram sambil menggosok bibirku. Kuat betul Mikael jentik.

"Kitten cakap lagi macam tu bukan jentik dah. Abang gigit je bibir tu sampai merah. Biar bengkak." Omel Mikael geram.

"Sorry, abang." Ucapku.

Mikael menghela nafas.

"Jangan cakap macam tu dah ya?" pesan Mikael dengan lembut. Pipiku diusapnya dengan penuh kasih.

Aku mengangguk.

Tangan kekar Mikael mengusap perutku yang masih kecil.

"Abang harap si kecil ni keluar ikut muka abang."

"Kalau keluar ikut muka orang lain macam mana?"

"Jangan harap. Kitten kena renung muka abanv hari-hari. 24/7. Kitten tak boleh landang lelaki lain lebih dari 0.01 saat." Tegas Mikael.

Aku terus tergelak mendengar bicara suamiku.

Alahai Mikael. Comel betul.

MIKAEL: Overprotective Husband Where stories live. Discover now