PINTU rumah dikuak, aku lihat Khairi melangkah masuk ke dalam rumah berhati-hati. "Lamanya pergi rumah Yati," teguranku membuatkan dia menayangkan sengihan.
"Biasalah. Emosi dia tak stabil." Itulah jawapan anak lelaki aku setiap kali dia pulang dari melawat si Yati. Entah kali ini cedera bahagian mana pun aku tak tahu.
"Cedera tak?" Tanya suamiku. Khairi menggeleng dengan senyuman. "Qabil mana?" Tanyanya sambil meliarkan memandang sekeliling.
"Dalam bilik. Marah tak sudah Khai keluar tak mahu dengar cakap dia," ujarku sambil menatap seraut wajahnya.
"Er, Khai pergi pujuk Qabil dulu tau." Pamitnya dengan sopan. Aku mengangguk memberikan ruang untuk Khairi.
Mikael juga memerhatikan Khairi yang melangkah menuju ke arah tangga. Satu per satu anak tangga dipijak.
"Bergaduh pula budak berdua tu," tutur Mikael dengan nada menggumam. Aku menghela nafas perlahan.
"Anak lelaki kita dah besar abang. Saya nak menghalang pun dia orang dah tak dengar." Tukasku. Lagipun, Qabil dan Khairi hanya sekadar bergaduh mulut saja. Tidak lagi aku pernah lihat Qabil naik tangan terhadap Mikael. Bukannya aku tak tahu Qabil itu sayang benar pada adik-adiknya meskipun nampak bengis.
Mikael menghela nafas.
"Abang tak tahulah, kitten. Uruskan anak lelaki ni sebenarnya susah."
"Saya tahu. Tapi saya dengar pepatah uruskan anak perempuan jauh lebih susah berbanding anak lelaki." Bicara aku membuatkan Mikael mengangguk sendiri.
"Tapi, abang tetap sayang kitten. Nanti abang cari cara macam mana nak didik anak kita dengan lebih baik. Sama-sama kita perbaiki cara kita sebagai parents. Okey?" Tanyanya dengan sengihan comel.
Aku tergelak. Aku tarik pipinya. "Okeyyy,"
"Ey, cute! Abang sayang kucing liar abang."
"Saya bukan kucing liar."
"Oh, bukan kitten ni stray cat ke? Stray kan liar? Kalau kitten tak nak jadi stray cat then house cat?" Dia mula seloroh dengan sengihan nakal.
"Abang!" Aku tampar geram dadanya membuatkan Mikael tergelak kuat.
+++
"QABIL..." Pintu bilik diketuk. "Aku masuk eh?" Tida jawapan. Khairi menguak dedaun pintu dan melangkah masuk ke dalam bilik itu.
"Kau marah aku ke?" Tanya Khairi tatkala dia menghampiri si abang yang sedang duduk berteleku sambil memegang seputung rokok.
Qabil menjeling Khairi.
"Aku tak ada adik degil macam kau," bicara Qabil membuatkan Khairi tergelak. Dia merampas putung rokok itu dari Qabil dan dimasukkan ke dalam cawan yang berbaki air.
"Aku bukan sengaja nak berdegil tapi kau kan tahu Yati macam mana? Kalau aku tak datang tadi dia bunuh diri atau cederakan diri macam mana?" Tanya Khairi dengan lembut.
"Masalah kau ke kalau dia buat macam tu? Bukannya kau yang bunuh dia kalau dia mati pun."
"Masalahnya aku akan rasa serba salah seumur hidup kalau dia buat macam tu sebab aku." Jawapan Khairi membuatkan Qabil mencebik.
"Ni lah sebab tak boleh baik sangat nanti orang pijak kepala. Kau cedera mana pula kali ni?" Tanya Qabil sambil mengerling tajam seraut wajah Khairi.
"Aku tak cedera,"
"Tipu."
"Tak percaya pula. Ha, check sendiri." Qabil merenung sosok tubuh Khairi. Tiada cecair merah yang membasahi baju adiknya mahupun luka yang mencalarkan tubuh adiknya.
YOU ARE READING
MIKAEL: Overprotective Husband
RomanceApa perasaan kau bila suami kau terlalu overprotective sedangkan perkara yang normal boleh dianggap abnormal? pasti sakit kepala kan? "Abang. Saya rasa tak selesa bahagian perut-." - Nada Hania "What?! Isteri abang dah nak bersalin? Abang akan call...