Mikael: Bab 12

1.5K 152 7
                                    

MIKAEL pergi bekerja pada awal pagi seperti biasa. Sementara aku pula menyiapkan kerja membersihkan rumah yang sudah menjadi sebahagian daripada rutinku. Lagipun, lama juga aku berpantang disebabkan aku gugur dan Mikael yang menguruskan rumah sejak itu. Apa salahnya jika aku menggalas semula tanggungjawab sebagai isteri yang baik kan?

Seusai itu, aku melabuhkan punggung di atas sofa. Menompang dagu sambil merenung tv yang menayangkan pelbagai siaran. Tanganku menyentuh perut sendiri. Kempis. Terbayang wajah Mikael yang gembira saat mengetahui aku mengandung dan diikuti dengan bayangan kecewa Mikael tatkala aku gugur.

Sedih…

Mikael yang sering ketawa dan tersenyum menjadi hambar selepas putera pertama kami pergi. Asbabnya aku gugur adalah sebab kedegilan aku. Kalaulah aku tak degil-.

Bunyi loceng ditekan membuatkan lamunanku mati. Aku bingkas bangkit lalu menuju ke arah dedaun pintu rumah. Buka saja pintu aku nampak Ulya sedang mengukirkan sengihan padaku. Comel!

“Ulya!” jeritku girang lantas tubuhnya dipelukku.

Aku agak tinggi berbanding Ulya yang renek. Ketinggian aku dengan Mikael pun hampir setara cuma aku sedikit rendah berbanding suamiku. Ulya tersengih bila tubuhnya dipelukku.

“Kau datang seorang aje?” soalku padanya.

“Um! Curi-curi datang.” Tukasnya jujur.

Aku terkebil-kebil.

“Curi-curi?” soalku padanya.

Lama aku juga aku blur. Aku terus menggamit Ulya masuk ke dalam rumah. Dia melabuhkan punggung di atas sofa. Seusai itu, aku menuju ke dapur untuk menghidangkan air dan sedikit manisan kepada Ulya.

“Kenapa kau datang sini curi-curi?” soalku setelah melabuhkan punggung di atas sofa yang terletak bertentangan dengan Ulya. Ulya mengemam bibir. “Saya bergaduh dengan Adwa. Biasalah dia. Saya terserempak dengan jiran sebelah dekat pasar mini pun dia kata lelaki tu mengurat saya. Awak tahu? Lebam muka lelaki tu. Dia bukannya nak mengurat saya pun. Kesian jadi mangsa.” Omel Ulya sambil menayangkan muka geram.

Aku menghela nafas.

Pertama kali berjumpa Adwa, aku sangka dia lelaki beku. Rupa-rupanya dia itu seorang lelaki yang sangat posesif terhadap Ulya. Pantang sekali hak milik dia diganggu. Malahan, Mikael dan Adwa pernah bergaduh disebabkan kedua-duanya mahukan Ulya sebagai isteri.

Malang sekali, Ulya memilih Adwa dan Mikael tiada pilihan selain mengalah. Tika itu, aku bertemu Mikael dan menggodanya. Episod cinta kami bermula selepas tu…

“Lepas tu kau keluar aje tanpa bagitahu dia?” soalku ingin tahu.

“Saya bagitahu. Saya call sekali je. Saya cakap, hello abang. Ulya keluar kejap. Abang bagi ke tak Ulya nak keluar juga. Lepas tu saya tutup call. Saya terus keluar. Sekarang, saya dk rumah awak!” cerita Ulya dengan girang.

Aku melopong sambil terkebil-kebil.

Ulya kata dia curi-curi keluar. Tapi dia bagitahu Adwa yang dia nak keluar dan dia keluar tanpa keizinan. Jadi, Adwa mesti tahu Ulya ke mana sebab kawan baik Ulya hanya aku.

“Kau rasa Adwa tahu tak kau datang ke sini?” soalku.

Ulya menggeleng.

“Dia tak tahu.”

“Kenapa dia tak tahu?”

“Sebab saya tak bagitahu.”

Aku rasa nak menghantuk aje kepala pada meja. Polosnya Ulya memang tak boleh dibawa bincang lagi-lagi lepas dia jadi isteri Adwa. Tak sempat nak buka mulut, loceng ditekan membuatkan aku lekas bangun.

Aku buka pintu. Nampak Adwa berdiri di depan pintu dengan tercungap-cungap serta peluh merenik yang membasahi wajahnya. Kalau aku ni tak cintakan Mikael memang aku nak aje jadi isteri Adwa. Adwa pun tak kurang hensemnya macam Mikael. Tentulah Mikael kacak lagi sebab dia suami aku.

“Mana Ulya?” soalnya. Mata pun tajam memicing kepadaku. Eh, jangan pandang aku macam itu. Bukan aku yang rembat isteri kau!

“Ada dalam rumah. Masuklah.”  Gamitku.

Adwa menghela nafas panjang sebelum dia masuk ke dalam rumah. “Ey, abang buat apa kat sini?” soal Ulya terkejut.

“Jom balik, sayang.”

“Orang nak duduk sini dengan Kitten.”

“Dia nak berehat.”

“Mana ada. Kitten sunyi sebab kentang tak balik lagi dari kerja.” Bangkang Ulya tak puas hati. Adwa meraup rambut ke belakang. Aku tak cakap apa-apa sebab aku tak mahu masuk campur dalam masalah suami isteri pasangan ni.

Tanpa bicara, Adwa meluru ke arah Ulya sebelum tubuh Ulya dicempung persis bridal style. Terjerit Ulya sambil tangannyw memaut kemas pada leher Adwa. Bibirnya juga tak lekang menjerit agar Adwa melepaskan tubuhnya.

“Aku balik dulu, Nada.” Pamit Adwa.

“Eyyy, lepaskan saya!” rengek Ulya sambil meronta-ronta. Adwa buat tak tahu saja sambil membawa Ulya keluar dari rumahku. Pintu rumah ditutup sebaik saja kelibat mereka menghilang.

Aku menghela nafas.

Pasangan tu memang unpredictable.

+++

TERSEDAR dari lena bila aku rasa pintu rumah ditutup. Aku mengesat hujung mata sebelum aku mendongak melihat Mikael yang menuju ke arahku. Mikael ketawa kecil melihat wajahku. Pipiku diusapnya lembut.

“Mengantuk ya, sayang?” soalnya dengan suara lembut.

“Hmmm.”

“Kesian dia. Tunggu abang sampai tertidur.” Omelnya sambil mengusap rambutku. Dahiku terasa disentuh bibirnya. Ciuman nipis tetapi sangat membuatkan hatiku rasa berbunga saja.

Aku bangkit lalu tubuhnya dipelukku.

“Tadi Adwa datang.”

“Kenapa dia datang?”

“Ulya datang sini.” Balasku.

“Kenapa chick datang?”

“Merajuk dengan Adwa. Biasalah dia orang. Tak bergaduh memang tak sah.” Ceritaku. Mikael tersengih saja. “Dia orang. Tapi itulah sebabnya si Ulya tu cepat mengandung. Hati dia senang.”

“Saya tak boleh mengandung lagi sebab saya tak happy dengan abang ke?” soalku pula.

Mikael menggeleng.

Kitten bukan tak boleh mengandung sebab Kitten tak happy. Tapi Kitten kan baru aje gugur. Abang tahu tak lama lagi isteri abang mesti mengandung lagi. Kalau nak kaitkan mengandung sebab happy mesti Kitten pun cepat mengandung sebab isteri abang ni perempuan yang paaaaaling happy go-lucky dalam dunia ni.” Bicara Mikael mengundang senyumanku.

Tubuhnya dipeluk sekejap.

Loves you, abang.” Tuturku. Ringkas namun padat.

Mikael gelak.

“Love you too, my kitty.”

MIKAEL: Overprotective Husband Where stories live. Discover now