"MALAS bergerak boleh jadi punca untuk melahirkan bayi secara pembedahan tau. Jadi kitten kena selalu berjalan supaya mudah untuk bersalin." Bicara mummy masih lagi terngiang-ngiang di telinga.
Beberapa minggu yang lalu mummy dan daddy datang melawat kami memandangkan mereka baru sahaja pulang dari Amerika Syarikat atas urusan kerja. Ya, parents aku sangat sibuk sehinggakan mereka hanya menyerahkan kami secara bulat-bulat kepada pembantu rumah. Mujurlah mereka amanah. Kalau tidak amanah bagaimana?
"Kitten..." aku tersedar dari lamunan tatkala suara garau Mikael menyapa halwa telingaku. Aku menatap seraut wajah kacaknya yang sedang berkerut risau lalu pasu bunga yang dipegangnya itu diletakkan semula di atas meja bulat kecil.
Aku terpinga-pinga.
Ah, betul. Sebelum aku mengelamun tadi aku berniat hendak mengelap pasu bunga hadiah daaripada parents aku sendiri.
Mikael mengusap lembut pipiku.
"Kitten okey?" lembut sahaja suaranya tatkala bertanya. Aku mengerti Mikael risaukan aku lagi-lagi kandungan aku yang sudah semakin sarat. Aku sendiri pun tak larat nak bawa perut walaupun kecil.
"Saya okey aje, abang."
"Terkejut abang. Balik-balik abang dah tengok rumah bersih, makanan dah tersedia. Abang kan dah pesan pada kitten jangan buat semua tu. Biar abang saja yang uruskan."
Aku menggeleng.
"Mummy ada pesan pada saya supaya kerap bergerak supaya masa bersalin nanti mudah. Abang tak nak tengok saya mudah bersalin ke?" sengaja aku bertanya begitu. Aku mahu melihat perubahan air muka seorang Iman Mikael.
"Mestilah abang nak kitten mudah bersalin. Abang nak kitten dan baby selamat." Tokok Mikael seraya menarik tubuhku masuk ke dalam pelukan hangatnya. Aku mula menguntumkan senyuman manis.
"Abang tak sabar sangat nak timang anak sendiri."
"Saya pun, abang." Jawapanku itu membuatkan Mikael mengukirkan senyuman sebelum dia menggeselkan kepalanya pada bahuku. Manja betul suami aku ni.
+++
AKU terjaga disebabkan anak dalam kandungan aku menendang. Tangan mula menggapai disebelah. Mikael tidak ada. Lalu, aku bangkit dan sepasang mataku melilau mencari kelibat Mikael. Nampak suami aku itu sedang bersandar di atas sofa sambil memerhatikan telefon.
Aku rasa dia sedang melihat video. Tanpa membuang masa, aku terus turun dari katil dan menapak mendekatinya. Aku melabuhkan punggung di atas ribanya. "Abang tak tidur lagi? Lewat dah ni, abang." Tegurku dengan lembut.
"Abang risau nanti kitten nak ke tandas tak ada teman. Abang takutlah isteri abang ni jatuh lagi."
"Abang. Saya nak pergi tandas saya boleh bangunkan abang."
"Dengar boleh. Percaya jangan." Setepek Mikael bagi pada aku. Aku faham sangat yang Mikael tahu aku takkan bangunkan dia kalau dia tidur. Isteri mana aje yang tak kesiankan suami sendiri? Kita dah tahu suami kita letih-letih bekerja. Takkan kita tergamak nak bangunkan dia semata-mata nak pergi ke tandas kan?
"Saya kesiankan abang."
"Kenapa nak kesian? Abang yang sepatutnya kesiankan kitten sebab kitten kena bersusah payah mengandungkan anak abang dan menanggung sakit melahirkan anak abang." Balas Mikael dengan santai.
Aku terdiam.
Ini mungkin sebabnya suami aku jadi cikgu. Sepatutnya dulu dia kena ambil bidang guaman. Baru kena dengan dia.
"Erm, abang tengok video apa tu?" aku malas mahu memanjangkan cerita. Elok kami boleh bergurau senda dan berbaik tiba-tiba bergaduh pula. Tak mahulah bergaduh dah sebab tarikh aku hendak melahirkan pun dah semakin dekat.
![](https://img.wattpad.com/cover/308630579-288-k708471.jpg)
YOU ARE READING
MIKAEL: Overprotective Husband
RomantizmApa perasaan kau bila suami kau terlalu overprotective sedangkan perkara yang normal boleh dianggap abnormal? pasti sakit kepala kan? "Abang. Saya rasa tak selesa bahagian perut-." - Nada Hania "What?! Isteri abang dah nak bersalin? Abang akan call...