AKU rasa badan aku lemah semenjak dua tiga hari ni. Tak mahulah aku beritahu pada Mikael sebabnya nanti dia akan risau melampau pula. Sudahnya, aku ambil ikhtiar untuk ke klinik sendiri dengan menaiki teksi. Bila aku gunakan alat pemeriksaan kehamilan yang aku beli di farmasi…
Ya Allah. Perasaan bahagia aku ni tidak dapat digambarkan. Gembiranya hanya Allah saja yang tahu bagaimana. Malaslah aku nak telefon Mikael untuk beritahu tentang kehamilan aku kerana aku tak mahu menganggu kerjanya. Maka, aku hanya duduk di ruang tamu saja menunggu dia pulang.
Sementara aku pula mengukirkan senyuman sambil menggosok perutku sendiri. Tak sangka sangat selepas aku gugur untuk pertama kalinya terus saja aku diizinkan untuk mengandung cahaya mata yang lain untuk Mikael.
Bunyi enjin kereta Mikael yang masuk ke dalam kawasan perumahan membuatkan aku lekas saja bangun menuju ke arah dedaun pintu. Elok saja pintu utama dikuak terus saja aku menerpa tubuh Mikael.
“Kitten? Ya Allah, terkejut abang.” Omel Mikael sebelum dia mengusap belakang tubuhku. Ciuman nipis menyinggah di dahi. Aku mengukirkan senyuman.
Sukanya!
“Saya rindu abang.” Kataku seraya memeluk lehernya.
“Eh, manja sangat ni. Ada buat dosa dengan abang ke?” soalnya bersama-sama sengihan mengusik. Pipiku ditekupnya dengan lembut.
“Mana ada. Isteri abang ni baik tau.” Nafiku seraya mengembungkan pipi.
Ketawa Mikael meletus.
“Manalah tahu. Manja-manja ni ada buat dosa dengan abang. Itu yang macam sibuk snagat nak pujuk abang.” Kata Mikael lagi.
Aku menggeleng.
“Salah ke saya nak bermanja dengan suami yang hensem ni?”
“Mestilah tak salah, kitten. Abang aje yang sayang stray cat abang ni.” Tuturnya seraya mencuit lembut batang hidungku. Mataku membulat. “Abangggg!” Mikael mengekek ketawa. Amboi, seronok sangatlah dia.
“Abang nak mandi sekejap.” Pelukan dileraikan. Mikael menarik geram pipiku sebelum dia membuka langkah masuk ke dalam bilik. Aku? Aku semestinya mengekori dia. Mana boleh biar Mikael tenang.
Fungsi utama aku sebagai isteri pastinya sentiasa menjengkelkan dia sepanjang masa. Ehek!
Suami aku masuk dalam bilik. Aku ikut. Dia buka baju dan capai tuala menuju ke arah bilik mandi sementara aku pula merebahkan tubuh di atas katil. Ha…. Nikmat betul baring atas katil ni.
Rasa nak tidur.
Entah bila aku terlena pun aku tak tahu. Aku cuma dapat rasa tangan sejuk dan kekar menyentuh ubun-ubunku. Aku membuka mata. Aku nampak Mikael sedang merenung wajahku.
Meruap hangat mukaku bila direnung sebegitu oleh Mikael. Wa-walaupun kami dah kahwin jangan ingat tak ada perasaan segan ya?
“Abang jangan tenung saya sampai macam tu.” Tegurku seraya bangun.
Mikael tergelak.
“Jom solat atau kitten tak boleh solat?” soalnya ingin tahu.
“Saya boleh solat.”
“Jom.” Mikael bangun. Dia mahu menuju ke bilik air semula. Barangkali mahu mengambil wuduk.
“Ab-abang…” Mikael memusingkan tubuh memandangku. Sepasang matanya memandangku dengan tertanya-tanya.
“Ta-tak ada apa. Lepas solat saya nak bercakap sikit dengan abang.” Kataku gugup.
“Okey.” Balasnya tenang sebelum dia menuju ke arah tandas.
Aku meraup wajah bersama-sama helaan nafas. Ya Allah, berdrbarnya aku hendak memberitahu berita gembira ini kepada Mikael.
+++
AKU menyalam tangan Mikael seusai doa dibaca. Niatnya, lepas bersalam nak tanggalkan telekung. Sekali, Mikael tak mahu lepaskan tangan aku. Terkebil-kebil aku menatap wajah suamiku itu.
“Kitten nak cakap apa dengan abang?”
“Saya nak tanggalkan telekung dulu.”
“No. Kitten kata nak bercakap dengan abang selepas solat. Jadi, cakaplah.” Tutur Mikael sambil merenung wajahku.
Aku menelan air liur.
“Abang. Sebenarnya kan…” aku berjeda. Entahlah. Tiba-tiba rasa takut.
“Sa-saya mengandung.”
Mikael kaku.
“Ab-abang?”
“Kitten mengandung? Betul ke?” Aku mengangguk sambil menayangkan wajah telus. Air mata Mikael menitis.
“Abang!”
“Ab-abang happy. Tak sangka abang dapat peluang untuk jadi ayah lagi. Terima kasih, kitten.” Tuturnya.
Aku tersenyum.
Mikael menekup pipiku.
“Kitten…”
Aku menatapnya.
“Abang akan pastikan abang jaga kitten betul-betul. Kali ni, kitten kena dengar cakap abang supaya pisang tak berbuah dua kali.” Pesannya dengan muka serius.
“Okey, abang.”
Mikael mengukirkan senyuman lalu tubuhku dipeluknya.
Malam tu, aku anggap itu permulaan hidup baru untuk kami berdua. Rupa-rupanya bermulalah perangai overprotective seorang Iman Mikael terhadap aku.
Aku nak buat apa lagi? Pasrah sajalah.
Aku faham. Mikael buat begitu kerana dia cintakan aku dan sangat sayangkan bakal anak kami.
YOU ARE READING
MIKAEL: Overprotective Husband
RomansaApa perasaan kau bila suami kau terlalu overprotective sedangkan perkara yang normal boleh dianggap abnormal? pasti sakit kepala kan? "Abang. Saya rasa tak selesa bahagian perut-." - Nada Hania "What?! Isteri abang dah nak bersalin? Abang akan call...