Mikael: Bab 34

703 71 2
                                    

Beberapa bulan kemudian...

AKU duduk di atas sofa menjahit baju sambil menonton tv tahu-tahu saja aku dengar bunyi tapak kaki mendekati aku. Aku mengangkat muka melihat Qabil.

"Mummy, mana Khai? Qabil cari dia tak jumpa." Tegur Qabil hairan. Berat pula mulutku hendak menjawab membuatkan air muka Qabil berubah.

"Mummy jangan cakap yang dia keluar pergi jumpa betina tu lagi!"

"Mummy dah halang tapi dia degil, Qabil," balasku dengan suara yang lembut. "Mummy tak halang betul-betul! Kalau mummy bersungguh halang dia mesti dia tak pergi!" Qabil mula memarahi aku.

"Qabil, Yati tu baik aje budaknya." Aku tahu Yati kerap sakitkan Khairi tapi kalau itu yang Khairi mampu bertahan takkan aku nak halang?

"Baik apa kalau dia cederakan anak mummy?! Adik Qabil tu, mummy!" Jerkahan Qabil membuatkan aku terkedu. Shaqir keluar dari bilik.

"Apa ni Abang Qabil marah-marah mummy? Tak ada adab ke?!" Tegur Shaqir dengan garang sebelum dia berdiri di depanku.

"Apahal kau tak halang Khai?!"

"Abang Khai nak keluar. Dia dah besarlah. Bukannya budak lagi nak kena awas 24 jam. Abang Qabil tu kalau pun marah sangat jangan sampai kurang ajar. Ni mummy kita tau!"

Qabil merengus bengang.

"Qabi-." Sebelum aku sempat memanggilnya Qabil meluru pergi keluar meninggalkan aku dan Shaqir.

Air mataku semerta gugur.

"Mummy? Aaa, jangan nangis, mummy." Shaqir mula mahu menangis bila dia melihat aku sudah menangis.

"Na-nanti Shaq marah Abang Qabil okey? Mummy jangan menangis." Pujuk Shaqir bersungguh sambil memeluk leherku.

Aku membalas pelukan Shaqir.

Kenapa aku rasa aku dah buat silap besar?

+++

TAK tenang hati aku apabila melihat jarum jam sudah menunjukkan pukul 11 malam tetapi dua anak teruna aku itu masih belum pulang.

Mikael sejak dari tadi memegang telefon kerana dia tidak berhenti mendail nombor Qabil dan Khairi. Aku duduk di atas sofa dengan keadaan menggeletar. Hati aku tak tenang.

"Mummy..." Shaqir memegang tanganku.

"Ab-abang, saya takut... Macam mana kalau apa-apa jadi pada Qabil dan Khai?" Aku bertanya dengan suara sebak. Sumpah jika ada sesuatu yang berlaku aku takkan sesekali memaafkan diri aku.

"Kitten, doakan perkara yang baik-baik saja okey? InsyaAllah anak kita okey." Pujuk Mikael dengan senyuman lembut.

Shaqir mengangguk.

"Abang Qabil dan Abang Khai kan kuat. Mereka mesti akan okey. Mummy jangan overthinking okey?" Pujuk Shaqir dengan senyuman kecil.

Aku tidak membalas.

Sudahnya, kami bertiga tunggu selama tiga jam. Aku rasa gelisah selagi aku tak nampak muka Qabil dan Khairi.

"Mana anak kita?" Aku sudah mahu menangis.

"Mummy..." Shaqir yang tadi tenang mula nampak gelisah. Tangan dia pun dah jadi sejuk macam tangan aku. Mikael meramas rambutnya apabila nombor telefon Qabil dan Khairi tidak dijawab.

"Abang tak tahu..." Jawapan itu meretakkan hati aku.

Aku mula menangis. "Ini semua salah saya!" Aku meraung.

MIKAEL: Overprotective Husband Where stories live. Discover now