MALAM. Aku terjaga disebabkan perutku terasa terlampau sakit. Suamiku yang sedang seronok tidur dikejutnya dengan begitu kuat. "Abang!"
Mikael bangun.
"Kenapa ni, kitten?" Soal Mikael yang masih mamai kelihatan menekup pipiku lalu dia merenung wajahku dalam-dalam. "Isteri abang ni berpeluh teruk. Kenapa?" Tanyanya sambil tangan mengesat peluh yang merenik pada wajahku.
"Sakit, abang." Aduku.
"Sakit? Kenapa?"
"Saya tak tahan dah ni. Sakit..." rengekku sambil menggenggam kuat tangannya. Muka Mikael nampak blur lagi. Suami aku ni bangun-bangun tidur aje bodohnya kritikal. Nasib baiklah aku sayang!
"Kitten sakit perut? Sembelit?"
"Saya nak beranak, abang! Baby nak keluar!" Jeritku dengan geram. Sungguh, kesakitan sekarang ini bagaikan meragut separuh kesabaranku. Aku rasa mahu aje menarik kuat rambut Mikael itu. Matanya membulat apabila dia mendengar buicaraku.
"Kitten nak bersalin dah ke? Ya Allah!" Seraya itu dia kalut menuruni katil tak semlat jejak lantai lagi dia dah turunkan sebelah lagi kakinya. Tersembab jatuh atas lantai dengan kain pelikat yang terlondeh. Aku menghela nafas.
Naik stress tengok suami sendiri.
Mikael bangkit lalu menuju ke arah almari. Baju yang ada di depan mata terus djsarungkan ke tubuh lalu dia mencempung tubuhku dengan pantas menuju ke luar rumah.
"Sakit. Tak nam duduk atas kereta." Aku menolak.
"Kejap je. Kita pergi hospital."
Aku menggeleng.
"Kitten..." tegur Mikael dengan suara yang cukup lembut. Aku terpaksa duduk jugalah disebabkan wajahnya yang memujuk itu. Perasaannya hanya Allah sahaja yang tahu.
"Abang cepat. Anak kita dah nak keluar!" aku menepuk lengan Mikael dengan kasar membuatkan Mikael kalut menutup pintu kereta dan menuju ke bahagian pemandu selepas mengunci rumah. Dia memandu kereta keluar dari rumah.
Nasib baik semua persediaan nak bersalin dah sedia. Aku nak tinggal dengan hospital sendiri Mikael tak bagi sudahnya Mikael nak temankan aku walaupun dia terpaksa mengambil cuti. Disebabkan itu aku membuat keputusan untuk tinggal di rumah saja memandangkan rumah kami dan hospital berdekatan sahaja.
"Sakit abang!" aku menjerit.
"Tarik nafas dan hembus. Abang bawa laju ni. Sabar sayang...." pujuk Mikael sambil memandu matanya juga tidak lupa mengerling ke arahku.
Aku buat apa yang Mikael suruh. tapi sakit dia... Fuh!
Sabar baby. Mummy nak sampai hospital dah ni. Tolong bersabar sekejap.
"Abang, sakit abang..." kali ini aku mula menangis kuat. Mikael nampak bertambah cuak. Tiba sahaja di hospital aku lekas sahaja dibawa ke bilik bersalin. Mikael mengikut sekali untuk berada disampingku. Tanganku digenggamnya erat.
Berdoa memohon agar semuanya dimudahkan untukku.
Namun, dalam doa itu terselit sesuatu yang cukup perlahan untuk aku dengari-.
"Jangan tinggalkan abang, kitten. Abang mohon."
+++
HAMPIR beberapa jam aku bertarung nyawa akhirnya lahirlah seorang putera untuk kami. Aku sempat mencium dan menikmati bau anak sendiri sebelum aku tidak sedarkan diri. Namun, apabila aku terjaga sayup-sayup kedengaran suara Mikael mengazankan anak kami.
"Abang..." seruku dengan lembut.
Mikael menoleh memandangku. "Kitten dah bangun." tuturnya seraya mendekatiku bersama-sama anak kami.
YOU ARE READING
MIKAEL: Overprotective Husband
RomantiekApa perasaan kau bila suami kau terlalu overprotective sedangkan perkara yang normal boleh dianggap abnormal? pasti sakit kepala kan? "Abang. Saya rasa tak selesa bahagian perut-." - Nada Hania "What?! Isteri abang dah nak bersalin? Abang akan call...