Mikael: Bab 18

1.3K 153 2
                                    

SEPASANG mataku hanya memandang suamiku yang memandu keluar dari pekarangan rumah. Seusai itu, aku menoleh memandang mama yang sedang menyiram pokok bunga di luar rumah sementara papa juga sedang menanam pokok bunga yang baru.

“Papa, mama. Nada nak keluar sekejap boleh?” pintaku dengan senyuman manis.

Mama dan papa menatapku lalu mereka menggeleng.

“Mama takut apa-apa jadi pada Nada. Nada tu tengah mengandung sekarang ini. Nada kena ingat keadaan Nada takut nanti pisang berbuah dua kali.” Pesan mama dengan muka risau. Papa mengangguk setuju.

“Tapi, mama…”

“Nada nak keluar ke mana pun tunggu saja Iman balik. Biar Iman temankan sebab apa-apa jadi Iman boleh lindungi Nada. Nada tu tanggungjawab Iman sepenuhnya.” Pintas papa pula tanpa sempat aku menjawab.

Aku menghela nafas.

Perlahan-lahan aku mengangguk.

Pasrah sajalah andai kata papa dan mama tidak mengizinkan.

Akhirnya, aku menunggu Mikael pulang. Aku menyatakan kehendakku untuk pergi ke suatu tempat. Kedai aiskrim di mana kedai itu terkenal di media sosial kini. Aku melihat saja aku tak mampu hendak mengambarkan perasaan terliurku.

Mikael pun faham sajalah keinginan perempuan mengandung seperti aku. Dia membawaku pergi ke kedai aiskrim itu dan membelikan aiskrim yang aku mahu. Gembira? Tipulah kalau aku kata aku tak gembira.

Aku sampai rasa sedih. Rasa nak menangis sebab terlalu gembira.

Tapi-

Kegembiraan aku sebentar saja apabila aku dan Mikael terserempak dengan bekas teman lelakiku, Asher. Dia kelihatan sama saja seperti dulu. Tiada ada yang berubah tentangnya. Menyakitkan hati juga seperti biasa.

Darling!”

Tak sempat pun aku hendak membuka mulut, laju aje Mikael mencelah antara kami berdua. Mukanya kelihatan amat dingin. “Siapa darling kau? Ingat sikit eh ni isteri aku. Dia ni sejarah kau. Aku ni masa depan dia.” Tegur Mikael dengan tegas.

Bicara Mikael itu membuatkan Asher terdiam. Sepasang matanya memandang kejap perutku yang sudah kelihatan dan kemudian, dia menatap wajahku. Asher mengukirkan senyuman nipis.

“Janganlah marah. Aku datang bukannya nak merampas kitten dari kau. Aku datang sebab aku nak pastikan dia baik-baik saja.” Tutur Asher lagi.

Pastikan aku baik-baik saja?

“Mestilah dia sentiasa baik-baik saja. Lelaki yang jaga dia tu aku. Bukan kau!” setepek Mikael beri pada Asher. Asher mengukirkan senyuman kelat.

“Aku tahu. Dia tak bahagia dengan aku. Saya minta maaf, darling. Maaf sebab curang dan tinggalkan darling. Saya dah buat kesalahan besar.”

Aku terdiam.

“Kawan-kawan beritahu saya untuk menipu yang saya dah pernah terlanjur dengan Regina. Tapi, saya tak mahu menipu darling begitu. Penipuan yang pertama akan menjadi penipuan yang kedua untuk menutup penipuan yang pertama dan akhirnya dan berterusan menipu sehingga akhirnya. Saya tak nak darling menderita. Jadi bagi saya lebih baik darling saya terluka mengetahui kebenaran berbanding mengetahui bila dah ditipu pelbagai cara.”

Ak-aku tak tahu hendak kata apa.

Darling…”

Aku menatap Asher. Air matanya bertakung. Dia mengukirkan senyuman yang cukup kelat sekali.

“Saya minta maaf. Semoga darl-awak bahagia selalu dengan Mikael. Saya ada berjumpa dengan parents awak bertanya tentang perkahwinan awak dan juga trntang Mikael. Saya puas hati bila tahu yang Mikael lelaki yang lebih baik daripada saya.” Tutur Asher lagi.

“Mikael. Tolong bahagiakan kitten ya? Jangan jadi macam aku. Nanti kau menyesal. Bila dia dah tinggalkan kau baru kau tahu betapa berharganya seorang Nada Hania dalam hidup kau.” Tokok Asher dengan suara yang lembut.

Mikael mengangguk faham.

“Saya pergi dulu, kitten. Assalamualaikum, Mikael.” Pamitnya dengan penuh sopan. Hatiku tak tega memerhatikan dia melangkah pergi. Jadi-.

“Ash!” seruku kuat.

Asher menoleh memandangku.

“Lupakan saya. Cari kebahagiaan yang baru. Cintai dan jaga perempuan pikihan hati awak tu lebih baik berbanding awak pernah buat pada saya. Jangan ulang perkara yang dama. Selamat tinggal, Ash!” kataku.

Asher tersenyum.

Seiring dengan anggukan, air matanya gugur. Dia melambai mesra sebelum melangkah pergi.

Sakit? Tidak. Sedih? Ya.

Meskipun kini hatiku mencintai Mikael namun tipulah andai aku mengatakan bahawa aku tidak terasa dengan apa yang dibicarakan Asher. Semasa pertama kali aku bertemu dengannya, dia ialah lelaki paling girang dan mesra membuatkan aku jatuh hati padanya. Tingkah sombongku pada awalnya berubah juga disebabkan dia.

Mikael menarik tubuhku kedalam pelukan.

Aku merasa bibir hangat dan lembutnya mencium dahiku dengan penuh kasih. Suaranya seakan-akan memujukku.

Kitten ada abang.” Bisiknya.

Ya, aku punya Mikael kini.

+++

KAMI tiba di rumah. Seusai menunaikan solat isyak terus saja aku merebahkan tubuh di atas katil sanbil merenung kosong.

Aku sejujurnya lega yang Asher datang hendak berdamai denganku. Sangkaku, dia mahu menjadi seseorang yang jahat seperti mana tipikal drama atau novel zaman kini. Mujurlah dia tidak berfikiran cetek.

Ah, nampak sangat aku banyak melihat drama!

Mikael memanjat katil dan merebahkan tubuhnya disebelahku. Rambutku dimainnya dengan perlahan. Tubuhku juga ditarik semakin dekat dengan diriku.

“Jangan fikirkan tentang mamat tu…” teguran Mikael membuatkan aku ketawa.

Comel betul suami aku ni.

“Saya tak fikirkan tentang dia pun.” Nafiku dengan lembut. Mikael memuncungkan bibirnya sambil dia menatap wajahku.

“Tipu. Kenapa kittten termenung jauh? Abang ada dekat sini.” Katanya.

Aku menekup kedua-dua pipinya lalu aku menatap lama sepasang mata dia. “Saya cuma rasa lega sebab Ash datang minta maaf tentang dulu. Saya lega dia pilih berbaik berbanding bermusuh. Lagipun, abang nak risau apa? Saya kan isteri abang.”

“Ya, kitten isteri abang. Tapi ingat hati abang tenang ke? Walaupun kitten ni isteri abang tapi setiap saat dan setiap masa hati abang gusar sangat memikirkan  kitten boleh dirampas dari abang.”

Aku menghela nafas.

“Saya tak akan tinggalkan abang.”

“Bukti mana bukti?” Mikael tayang muka tidak percaya. Aku menarik tangannya lalu diletakkan di atas perutku yang sudah membukit. Mikael menatapku.

“Abang rasa saya boleh pergi tinggalkan abang macam itu aje ke bila kita dah ada cinta yang bersemi di sini? Tak, abang. Saya kalau kahwin memang saya nak seorang aje jadi suami saya. Saya tak nak anak-anak berbin atau berbintikan dengan nama ayah yang berbeza. Abang jadi suami saya. Jadi, abang ialah suami saya sampai akhir hayat saya.” Kataku dengan senyuman manis.

Mikael mengukirkan sengihan.

“Faham tak apa isteri abang ni kata?” soalku padanya.

“Faham…”

“Sedih lagi tak?”

Mikael menggeleng lalu tubuhku dipeluk geram. Aku melayankan sajalah kerenah dia membuatkan aku ketawa suka.

Mikael.

Sehari aku tak dengar suara ketawa dia memang seharian tu jugalah hatiku tak tenang. Alahai…

MIKAEL: Overprotective Husband Where stories live. Discover now