Mikael : Bab 10

2K 174 4
                                    

LANGSIR rumah diselak. Terpisat-pisat aku bangun jadinya. Aku memandang Mikael yang memakai apron bercorak anak kucing yang sedang membuka dedaun pintu rumah seperti hari-hari kebiasaan. Tersenyum aku jadinya melihat suami aku yang membuat kerja bersama-sama alunan muzik yang keluar dari bibirnya.

“Bangun pagi-pagi dah tengok sesuatu yang menarik. Saya rasa macam saya tengah mimpi aje lagi sedangkan saya dah terjaga.” Tuturku bersama-sama sengihan nakal tatkala melihat Mikael menoleh memandangku.

Mikael menayangkan sengihan.

“Kitten suka ke? Tengoklah puas-puas. Abang ni Kitten punya aje.” Selamba bicara Mikael membuatkan aku tersenyum lebar. Biarlah kalau orang tengok orang nak kata aku gedik sekali pun. Aku jadi macam ni bila aku dengan Mikael je.

Hehehe.

“Kitten nak mandi ke?” lembut suara Mikael menyoalku. Aku mengangguk perlahan-lahan. Mikael menanggalkan apron miliknya lantas pintu rumah ditutup sebelum dia mendekatiku. Mikael membantu aku bangun dengan berhati-hati.

“Abang…”

“Hmm?”

“Saya minta maaf tau. Saya degil. Saya yang jadi-.” Mikael kepit bibir aku menggunakan jarinya. Terdiam terus aku. Sepasang mataku memandang ke arah Mikael yang menayangkan senyuman nipis.

“Tak apalah, Kitten. Tak ada rezeki lagi kita nak ada anak. Selagi abang ada Kitten itu pun dah cukup. Kita boleh berusaha buat yang lain.” Lembut saja jawapannya. Rambutku dielus dengan penuh kasih sayang. Sejujurnya, aku sangat suka dengan layanan Mikael. Bertuah aku jadi isterinya.

“Abang mandikan Kitten ya?” tawarnya dengan lembut.

“Eh, tak perlu. Saya boleh mandi sendiri.” Lembut aku menolak.

“Abang takut Kitten jatuh bilik air lagi. Kitten tu tengah berpantang risaulah abang. Abang tak beli lagi tikar untuk kesatkan lantai bilik air…” gumam Mikael sambil menayangkan wajah gusar.

Aku mengemam bibir.

“Kitten takut ya abang rasa ‘sesuatu’? Kitten janganlah risau. Abang ni bukannya nafsu kuda. Kitten tengah berpantang tak apalah. Abang boleh jaga. Kitten boleh abang pun senang.” Apalah yang Mikael cuba sampaikan. Kedengaran jelas tapi maknanya tersirat.

“Jom…” Mikael memimpin aku menuju ke arah tandas.

“Abang bagi saya mandi sendiri ya?”

“Tak nak. Abang tak suka biar Kitten sendiri.” Mentah-mentah dia menolak permintaan aku. Mikael membantu aku menanggalkan pakaian lalu dia menghulurkan kain batik untuk aku.

“Kitten pakai ni sekejap. Abang nak pergi ambilkan tuala Kitten.” Katanya seraya berlalu meninggalkan aku. Aku terus saja memakai kain batik yang diberikan oleh Mikael itu. Tak lama selepas itu, Mikael mendekati aku sambil menyinsing lengan bajunya itu. Jujur yang aku katakan bahawa aku teruja melihat Mikael buat begitu.

Nampak hensem!

“Abang bagi mandi Kitten ya.”

Aku mengangguk dengan perlahan.

Mikael memandikan aku.

Bibirnya mengalun-alunkan muzik. Tapi aku tak berapa dengar sebab terlalu perlahan saja.

“Abang menyanyi lagu apa?” soalku.

“Hmm?”

“Abang menyanyi lagu apa? Saya nak dengar juga. Nyanyilah kuat sikit. Kita berdua je kat dalam rumah ni.” Kataku pada Mikael.

MIKAEL: Overprotective Husband Where stories live. Discover now