QABIL dah tidur. Mummy dia tak boleh nak tidur sebab bosan sangat. Seusai pulang dari tandas terus sahaja aku menyelinap masuk ke dalam bilik Mikael lalu aku mendekatinya. Suami aku sudah tertidur.
Padanlah dia tak tunjuk muka dia malam ni. Mesti dia penat kena marah dengan Abang El. Kesiannya, suami aku.
Rambutnya diusapku dengan penuh kasih. Sehelai rambut yang jatuh menutupi dahi dialihkanku dengan lembut lalu aku menguntumkan senyuman. Segaknya suami aku ni. Tak sia-sia aku tak berputus asa untuk memikat dia. Kalau tak sekarang aku mungkin dah putih mata.
Aku masih teringat lagi sewaktu aku memikatnya. Mikael sangat-sangat dingin. Segala taktik aku guna untuk memikatnya. Tak pernah langsung terjadi. Rupa-rupanya, aku baru tahu yang dia ada hati pada kawan baik dia, Ulya Tihani. Cinta dia bertepuk sebelah tangan sahaja sebab Ulya cintakan abang Mikael iaitu Adwa Aariz.
Pada awalnya, aku terpikat pada Mikael hanya kerana wajahnya. Lama-kelamaan, hati aku mula jadi suka dan aku berusaha sehabis baik untuk menjadi perempuan macam Ulya. Sayang sangat sebab Mikael menolak aku. Aku ni tak kenal erti putus asa.
Aku tetap gigih dan sampaikan aku dapat restu papa dan mamanya. Adik-adik dia, Aireen dan Adam juga dah terima aku. Hati Mikael aje yang masih gelap dan hitam kerana dendam. Dia marah sebab Ulya tak mahu terima dia.
Suatu hari, Mikael buat aku kecewa dengan dia. Dia layan aku macam perempuan murah. Tidaklah Mikael mencemarkan maruah aku sebagai seorang perempuan. Mikael hanya menjadi yang pertama merasmikan bibir aku dan juga dia menghina aku. Sakit sangat pada masa tu.
Fikiran aku pun mula berbolak-balik. Aku jadi ragu-ragu untuk terus mengambil hati Mikael atau lepaskan sahaja dia. Aku sedar aku takkan dapat Mikael kalau hati dia masih takkan dapat lupakan Ulya.
Hampir dua bulan aku tahan diri dari bertemu Mikael. Aku rasa bagaikan nak gila sebab aku rindu sangat nak jumpa dia. Aku nak aje denmgar suara dia walaupun dia suka marah-marah aku.
Kalau orang luar tak tahu betapa cintanya aku kepada seorang Iman Mikael pasti sahaja mereka akan menuduh Mikael menggunakan minyak dagu kepadaku supaya gilakan dia. Tidak. Aku terlalu cinta sampaikan aku marah kepada diri aku sendiri kerana berputus asa hanya mendengar hinaannya. Namun, akalku melarang untuk bertemunya kerana hati aku akan terus terluka.
Zach dan Abang El menjadi pendokong semangat untukku ketika itu. Mereka berdua yang sehabis baik cuba merawat luka dihati aku. Zach sampaikan berhasrat untuk menjadikan aku isterinya kerana keadaanku yang bagaikan sudah kematian suami.
Abang El membuat tindakan drastik. Aku tak tahu apa yang dia sudah katakan kepada Mikael sehingga suatu hari Mikael datang bertemu aku. Dia meminta maaf atas segalanya dan juga cuba untuk memperbaiki hubungan kami.
Pada awalnya, aku ragu-ragu dan takut.
Lama kelamaan, Mikael berubah. Dia mula menjadi seseorang yang baru. Seseorang yang langsung tak pernah aku kenali sebelum ini. Kata papa dan mamanya, Mikael itulah yang sebenarnya mereka lahirkan sejak dulu. Mikael yang dingin itu hanya wujud disebabkan api dendam terhadap Adwa dan marah kerana Ulya tidak menerimanya.
Alhamdulillah, Mikael memperbaiki hubungannya dengan Adwa dan mula menerima hakikat Ulya sudah menjadi hak mutlak abangnya. Tak lama selepas itu, Mikael melamar aku untuk menjadi isterinya.
Gembiranya aku pada masa itu hanya Allah sahaja yang tahu.
Aku setuju dengan syarat Mikael tak boleh menduakan aku, tidak boleh kecewakan aku dan juga sentiasa menjadi suami yang melindungi aku dan anak-anak kami. Balasannya, aku akan menjadi isteri yang baik dan sentiasa membahagiakan dia.
Itulah permulaan kisah cinta kami sebelum berkahwin. Selepas berkahwin jangan ceritalah. Mikael punya overprotective, overthinking dan segala over yang ada di dalam dunia ni terkeluar.
Aku gembira.
"Kitten..." suara serak-serak basah itu membawa aku kembali ke alam nyata. Aku fokus menatap seraut wajah suamiku yang nampak mamai melihatku. Mikael bangkit perlahan-lahan dari pembaringan.
"Kenapa kitten tak tidur lagi? Kitten ada sakit di mana-mana ke?" soalnya dengan lembut.
Aku menggeleng.
"Kitten lapar? Abang pergi buatkan makanan untuk kitten."
Aku tetap juga menggeleng.
Kening Mikael mula bertaut hairan. Mungkin dia sendiri keliru dengan kemahuan isteri dia. Tangan kananku ditarik lembut lalu diusap Mikael dengan penuh kasih.
"Cuba beritahu abang. Kenapa ni? Kitten marah abang sebab abang tidur awal ke? Maaf, sayang. Abang penat sikit. Jom abang temankan kitten." Kali ini aku akur sahaja apabila Mikael mnarik tanganku keluar dari bilik.
Kami tiba semula di atas tilam di mana Qabil sedang lena.
"Baring." Aku merebahkan tubuh. Mikael juga baring dibelakangku.
"Abang..." aku sedikit tersentak. Aku masih lagi dalam keadaan berpantang. Risau pula tiba-tiba Mikael berkeinginan dan aku tidak boleh melayannya.
"Tak apa. Abang tak rasa pun nak makan kitten. Tidur," bisiknya dengan lembut.
"Abang. Saya bersyukut sangat sebab abang jadi suami saya. Saya tak tahu macam mana keadaan diri saya kalau suami saya bukan abang." Ujarku walaupun aku tidak menatap wajahnya.
Aku tahu Mikael pasti sedang senyum.
"Semua tu takdir, kitten. Takdir dan jodoh memainkan peranan dalam menyatukan kita. Abang takkan dapat nikah dengan kitten kalau abang tak ada jodoh dengan kitten. Tak kiralah segigih mana pun abang mengurat kitten dan memohon maaf pada kitten."
Aku terdiam.
Mikael merehatkan dagunya di atas kepalaku.
"Abang tahu kitten mesti dah penat dengar abang ulang ayat yang sama. Tapi, abang tak kira sebab abang tetap nak ulang juga. Terima kasih sebab jadi isteri abang, Nada Hania dan terima kasih sebab sudi tumpangkan anak abang dalam rahim kitten dan bertarung nyawa untuk melahirkan anak abang. Sekali pun abang korbankan nyawa abang. Tak mungkin jasa kitten pada abang tu mampu terbalas." Ujar Mikael.
Air mata aku menitis.
Aku tersenyum.
"Sama-sama abang..." balasku perlahan. Terharu. Cukup hanya Mikael sahaja yang mendengar bicaraku itu.
Seorang Iman Mikael memang takkan dapat digantikan walaupun dengan barang berharga di dunia ini.
![](https://img.wattpad.com/cover/308630579-288-k708471.jpg)
YOU ARE READING
MIKAEL: Overprotective Husband
RomanceApa perasaan kau bila suami kau terlalu overprotective sedangkan perkara yang normal boleh dianggap abnormal? pasti sakit kepala kan? "Abang. Saya rasa tak selesa bahagian perut-." - Nada Hania "What?! Isteri abang dah nak bersalin? Abang akan call...