Part 17: Man dan Ismail

3.5K 46 17
                                    

Kisah ini berlaku sebelum aku bersama dengan Azmi sebelum cuti semester dan bagaimana aku boleh setuju untuk menyewa rumah dengan Ismail untuk final year aku.

Selepas peristiwa bervideo call dengan Ismail dulu, aku dan Ismail rajin bermesej dan bersembang. Ismail ni baik budaknya. Dengan aku dia sangat disenangi dan peramah. Walaupun dia dengan orang lain tidaklah terlalu bersosial, tetapi dengan aku memang sangat rapat. Ismail ni orang yang selalu bersendirian, bukan tak ada kawan, tapi lebih suka buat perkara sendiri.

Di kolej, ada je orang yang selalu bertegur dan makan bersama dengan dia di cafe, tetapi bila di asrama, dia lebih selesa bersendiri. Dia tidak menyertai mana-mana kelab sukan tapi rajin ke gym, workout sendiri dan berlari jarak jauh. Memang patutlah badan dia lawa dan perut dan lengan bertone, memang rajin orangnya dengan fitness.

Ismail jugak seorang yang boleh dikira berasal daripada family yang berada dan dia anak kedua dan ada seorang kakak yang sudah berkahwin. Kiranya Ismail ni anak manja dan memang disponsor oleh ayah dan ibu dia. Tapi Ismail ni hidup bersederhana je, pakai kereta MyVi dan cuba berpakaian dan kehidupan normal seperti biasa. Tidaklah menunjuk dengan barang dan pakaian branded. Tapi sebab memang dari dulu dia ni sentiasa tau jaga penampilan diri, apa yang dia pakai selaluya memang kena dengan dia. Nampak hensem, comel dan kemas sahaja. Tambah-tambah pula bila dia senyum. Memang boleh cair.

Seminggu sebelum study week, aku memang banyak habiskan masa untuk siapkan semua assignments dan kerja supaya boleh fokus untuk belajar masa study week. Selamat masa tu tiada orang kacau termasuklah Azmi dan Faizal yang masing-masing sibuk dengan hal kehidupan dia.

Hari Jumaat sebelum study week tu, aku dah siapkan semua assignment. Kiranya aku free dan semua kelas habis hari ni. Minggu depan memang dikira free untuk fokus belajar dan bertanya soalan sahaja. Tiada kelas tetapi boleh datang direct jumpa lecturer atau tutor jika ada soalan.

Selepas solat jumaat, masa aku berbaring di dorm, aku dapat mesej daripada Ismail, "Hi abang, cam mana assignment? Dah siap?"

Aku reply, "Hi Mail, dah settle dah sebelum solat jumaat tadi. Dah submit dah. Selamat tak de kelas dah petang ni. Boleh abanb rehat. Hehe. Buat apa tu?"

Ismail meneruskan perbualan, "Wah.. hebat. Hehe. Mail ade kelas lagi sampai pukul 4. Lapar ni, tak makan lagi. Abang nk makan tak? Jom lah lepas Mail habis kelas."

Aku tersenyum menjawab, "Boleh je, nanti pukul 4 abang datang ambil Mail kat area kolej. Kita pegi makan dekat luar, ok? Ni kasi abang lelap kejap, ye. Hehe."

Ismail dengan cepatnya membalas, "Okeh, set! Mail tunggu abang nanti kat depan astaka ok? Kalai kelas dah settle, Mail mesej. Selamat berehat, abang."

Aku pun membaca mesej Ismail dan akhirnya terlelap melepaskan penat.

Bunyi henpon aku seperti ada mesej masuk. Aku tengok Ismail menghantar mesej, "Bang, kelas saya dah habis. Saya tunggu abang di astaka ye."

Aku melihat jam di handphone, dah pukul 4:15 petang. Aku gelabah bangun dan terus membalas mesej Ismail, "Sorry Mail, abang baru bangun. Abang siap-siap sekarang, Mail tunggu dulu ye, abang mintak maaf, Mail."

Ismail membalas, "Takpe, bang. Tak yah rushing. Saya tunggu sini je. Hehe."

Aku terus rushing ke tandas dan bersiap nak dating dengan 'buah hati'. Hehe. Kire habis smart dah kononnya aku mengenakan jeans biru lusuh dan tshirt round neck merah. Rambut buat kemas letak gel sikit. Hehe.

Aku terus bawa motor menuju ke astaka dan dari jauh dah nampak Ismail tengah baring di bangku astaka sambil main phone. Aku hon dan dia perasan lalu terus berkemaa dan menuju ke aku sambil tersenyum.

Kisah Hidup ManWhere stories live. Discover now