Raya masih tak habis lagi. Hari ini ada rumah terbuka di rumah Imam Yaakob. Noah ada menjemput aku dan geng-geng main bola. Memang meriah di kampung ni kalau musim raya. Hampir sebulan makan free rasanya. Tak termasuk lagi dengan jamuan raya di pejabat.
Aku bersama Pak Su dan Mak Su, hanya berjalan kaki menuju ke rumah Imam Yaakob. Mereka terus menghampiri Imam Yaakob di bawah khemah kecil yang disediakan. Aku pula, selepas bersalaman dengan Imam Yaakob, terus sahaja mengambil makanan dan menuju ke tempat geng-geng bola sedang melepak, di bawah pokok yang berpangkin dimana aku dan Noah juga selalu melepak pada waktu malam.
"Oiii Man... datang gak. Makan banyak sket. Kita orang kejap lagi 2nd round," tegur Noah setelah gembira melihat aku.
"Bro,.. pegi ah makan gak. Teman aku ni. Segan ah makan sorang," sengaja aku respon sambil tersenyum.
Kelihatan Ayim, kawan rapat Noah, hanya tersenyum tawar melihat aku menegur Noah. Aku hanya membiarkan sahaja. Sepertinya, Ayim kurang berkenan apabila aku rapat dan menegur Noah.
"Okay-okay. Aku ambil makanan kejap. Ayim nak air tak?" respon Noah spontan.
"Boleh gak. Cam biasa," Ayim tersenyum apabila ditegur Noah.
Aku perhatikan Ayim sangat kusyuk memerhatikan bontot Noah yang tertonjol disebalik seluar baju melayunya tang sedikit ketat. Belahan punggungnya seperti menyedut kain seluarnya yang licin. Bontot Noah yang padat dan sedikit tonggek walaupun tidak besar, sememangnya boleh menggoda lelaki seperti aku, mungkin juga Ayim, yang aku pasti sudah mempunyai teman wanita.
"Ayim, girlfriend kau datang gak ke?" tegur aku untuk memulakan bicara.
"Ada.. tu dengan girlfriend Noah," jawabnya bersahaja.
Ayim tidaklah membenciku, namun, mungkin sahaja dia sedikit cemburu apabila aku rapat sedikit dengan kawan baiknya.
Aku terus makan dan berborak dengan mereka dan geng-geng bola yang lain. Sebelum pulang, sempat mereka memberitahu yang petang nanti mereka sudah set untuk bermain bola. Aku hanya bersetuju untuk turut bermain bersama mereka.
————— xxxxxxx —————
"Bro,.. aku chow dulu ah. Dah renyai ni. Dah boleh gerak ni. Hari pun dah nak maghrib ni," kata salah seorang daripada geng bola, meminta diri untuk pulang.
Kami hanya dapat bermain separuh masa sahaja kerana hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya. Kami kemudiannya berehat di bawah pondok berhampiran dengan padang sementara menunggy hujan reda.
Kelihatan Noah berdiri dan cuba memerahkan air hujan yang sudah meresap di baju dan seluarnya. Ayim, seperti biasa dengan gurauannya, menampar manja bontot Noah.
"Seksi sial.. haha," Ayim terus menampar manja bontot Noah sambil meramas-ramas perlahan seperti geram.
"Haha... gilerrr.. basah tu woi. Haha," Noah, seperti sudah biasa dengan gurauan Ayim, membiarkan sahaja Ayim melakukan sebegitu.
Aku dan yang lain hanya tergelak dengan kelakuan Ayim. Mereka sudah biasa bergurau sesama mereka sebegitu. Namun, bagi aku, sedikit menggairahkan, mungkin kerana aku bernafsu apabila mereka berkelakuan begitu.
"Bro, aku nak berasap jap brlakang tandas. Korang nk balik dlu, balik je. Pas settle aku chow," Ayim memberitahu kami lalu pergi beredar.
Rakan yang lain juga sudah pulang, tinggal hanyalah aku dan Noah.
"Cekciinye.. lalala," aku mengejek Noah, sengaja mengusiknya dengan kelakuan Ayim tadi.
"Hahah sial ah. Dia dah biasa camtu, doh," jawab Noah spontan.
YOU ARE READING
Kisah Hidup Man
Romance[🔞⚠️ Warning Mature Content] Contain 18 and above materials + Not suitable for homophobic Mengisahkan kehidupan Man yang normal pada pandangan masyarakat tetapi berkeinginan lain daripada lelaki biasa. Pelbagai rahsia tersirat yang hanya diketahui...