Tinggal seminggu sahaja lagi untuk final exam untuk semester ini. Bagi aku, ini adalah semester terakhir aku kerana semester hadapan aku akan mula internship selama 6 bulan sebelum aku boleh graduate.
Segala permohonan untuk internship sudah dibuat, cuma menunggu sahaja keputusan di mana tempat aku akan internship nanti. Aku cuma berharap di area bandar ini juga supaya aku masih boleh tinggal di rumah sewa aku. Namun, di mana sahaja aku akan terima. Apa yang penting sekarang adalah untuk aku menghabiskan exam final aku dengan jayanya.
Waktu seminggu ini memang aku gunakan semaksimum mungkin. Segala assignments sudah dihantar dan study week ini memang aku fokus untuk belajar. Ismail juga begitu, tetapi dia belajar bersama Faizal, kadang-kadang di rumah kami dan kadang-kadang di perpustakaan kolej sahaja. Aku perhatikan, hubungan Ismail dan Faizal juga semakin rapat seperti kawan karib. Aku hanya tumpang gembira melihat Ismail sudah semakin pandai bersosial dengan rakan satu batch dia. Hal main tu, aku paham sahaja. Aku tau Ismail pandai jaga diri.
Ihsan pula, semakin hari semakin stabil. Kini dia sudah tinggal di rumahnya sendiri. Setiap hari aku akan mesej dan call untuk bertanya khabar. Kalau tak pun sebelum tidur, dia akan videocall aku dan Ismail. Emosinya semakin kuat dan dia sudah mula bekerja dengan kilang tempat Ajak bekerja. Cuma Ihsan dapat kerja waktu pejabat kerana kerjanya membolehkannya untuk tidak ada shift.
Hujung minggu, dia akan datang ke rumah kami untuk lepak kerana tidak bekerja. Kalau Ismail tiada, Ihsan akan mengambil kesempatan untuk memanjakan aku. Bukan mahu sorok daripada Ismail, cuma dia masih segan jika Ismail ada. Ismail faham sahaja dan dia okay dengan perlakuan Ihsan terhadap aku. Aku hanya berterus terang sahaja dengan Ismail mengenai ini.
————— xxxxxxx —————
"Man, abang nak datang pagi esok? Man dah habis exam kan? Hehe," Ihsan menelefon aku bertanya khabar selepas aku menamatkan and the exam terakhir aku untuk semester ini.
"Sudah, bang. Man baru je habis. Hehe. Datang je. Malam ni pun ok lepas abang balik kerja. Adik terus balik rumah ibu dia malam ni. Esok pagi balik semula ke sini. Boleh ah temankan Man malam ni kalau abang free," aku membalas dan sekarang aku lebih suka membahasakan Ihsan sebagai abang.
"Boleh, Man. Abang terus gerak ke rumah sahaja lah malam ni. Man tak yah masak, abang nak belanja. Hehe," Ihsan membalas sebelum mematikan talian telefonnya.
Aku bersetuju sahaja dan kemudian berehat di ruang tamu sambil terlelap.
Sedar sahaja, Ismail sudah pulang daripada kolej dan mengejut aku. Dibelai-belai lembut rambut aku.
"Ehhh adik... dah balik. Sorry abang tertidur," aku terkejut melihat Ismail di sebelah aku.
"Sudah, bang. Lega exam dah habis. Abang lagi best dah tak de exam dah. Hehe," Ismail membalas dan mencium pipi aku.
"Eh abang. Ada surat untuk abang. Dalam mailbox tadi," Ismail menghulurkan surat kepada aku.
Aku mengambil surat lalu terus membukanya. Surat daripada syarikat tempat aku memohon untuk intern. Tersenyum aku seketika. Namun setelah membaca detailnya, reaksi muka aku sedikit berubah.
"Adik,... hurmmm... abang dapat internship. Tapi....," aku memberitahu Ismail dengan nada sedih.
"Wahhh tahniah, abang. Tapi kenapa tu? Macam tak happy je," Ismail bertanya dan ingin tahu.
"Internship abang dekat utara tanah air. Kalau ikut surat ini, dia nak start awal. Kiranya abang ada seminggu untuk balik jeguk abah, lepas tu dah mula internship dah. Patutnya 6 bulan tapi jadi 8 bulan sebab start awal," aku membalas.
"Jauhnya, abang. Tapi dekat dengan abah lah macam tu. Takpe, abang. Nanti balik sini balik kan? Hehe. Tapi adik rindu la dengan abang. Lama tu 8 bulan. Kalau adik ada kesempatan, adik melawat abang, ok?" Ismail hanya tersenyum dan merapat dengan aku.
YOU ARE READING
Kisah Hidup Man
Romance[🔞⚠️ Warning Mature Content] Contain 18 and above materials + Not suitable for homophobic Mengisahkan kehidupan Man yang normal pada pandangan masyarakat tetapi berkeinginan lain daripada lelaki biasa. Pelbagai rahsia tersirat yang hanya diketahui...