"Awal bangun? Ke tak tidur, bro?" aku mamai melihat Ihsan terjaga memandang siling sambil membelai rambut aku.
Sudah seminggu Ihsan menumpang di rumah aku dan Ismail dan kami tidur sekatik sahaja. Emosi Ihsan makin hari makin baik walaupun dia kadang-kadang masih termenung. Cuma aku dan Ismail perlu menyedarkan dan memastikan dia tidak sedih. Agak berat apa yang dirasai Ihsan, kelihangan segalanya dan sekarang isterinya pula.
"Sorry, Man. Aku terjaga awal tak boleh tidur. Lagipun dah nak subuh. Boleh aku peluk kau?" Ihsan membalas.
"Boleh je. Tak yah minta dah lain kali. Kita subuh sekali, ok?" aku memberitahu Ihsan dan dia mengangguk lalu memeluk aku.
Aku yang masih mamai hanya mampu mendakap muka aku di dada dan ketiak dia. Boleh naik horny gak bila bau ketiak Ihsan ni. Tapi aku tahan sahaja.
"Man, aku rasa hari ni aku nak balik rumah aku lah lepas kerja. Kalau aku larat aku hantar makanan sampai malam, lepas tu terus ke rumah aku. Dah lama aku tak jenguk rumah," Ihsan memberitahu aku.
"Kau kuat tak? Aku okay je kau balik. Tapi kalau tak okay kau call atau mesej aku. Nak datang sini pun aku sangat okay. Sampai kau betul-betul stabil, bro. Kiteorang sentiasa ada kat sini," aku membalas.
"Terima kasih, Man. Aku cuba. Kalau apa-apa aku bagitau. Terima kasih sangat-sangat, Man. Kau dengan adik jaga aku seminggu ni. Aku tak tau nak balas jasa korang macam mana," Ihsan menyambung perbualannya.
"Sama-sama, bro. Anggap je kiteorang ni macam ahli keluarga kau. Macam adik-adik kau. Jangan risau, kitaorang sentiasa ada. Yang penting kau cepat-cepat baik, ok? Kiss aku sekali. Hehe," aku bergurau.
Ihsan mencium dahi, pipi dan kemudian mulut aku walaupun baru bangun tidur. Terasa selesa dipeluk dan dilayan sebegitu.
"Dah azan tu, kau kejutkan adik. Aku bersiap-siap dulu ok?" aku memberitahu Ihsan.
Dia mengangguk dan mengejutkan Ismail. Begitulah rutinnya seminggu ni. Ismail pula memang nak Ihsan yang mengejutnya sebab Ihsan melayan dia dengan manja sekali.
"Adik, bangun.. jom subuh," Ihsan mengejut Ismail sambil mencium dahinya dan pipinya.
Ismail tersenyum bangun, "Ok bang Ihsan. Tq kejut."
Ismail terus mencium pipi Ihsan dan memeluknya sementara menunggu aku keluar daripada bilik air.
Kami kemudia bersolat bersama dan bersiap untuk kelas pagi dan Ihsan untuk bekerja.
xxxxxxx
"Wehh Man. Lama gila tak lepak dengan kau dengan Ijal. Aku sekarang busy sket. Awek aku nak perhatian lebih. Haha. Sekarang dia dah 'open' sikit. Ringan-ringan je ah. Haha," Azmi berborak dengan aku semasa kami di cafe.
Lama juga kami tak lepak, terutamanya bila aku sudah tidak tinggal di asrama. Faizal juga sudah mula sibuk bila masuk tahun baru, begitu juga dengan Ismail dan kedua-duanya budak engineering. Banyak juga projek dan assignments yang perlu disiapkan.
"Tu ah, Mi. Ijal pun jarang nampak. Busy ngan awek cam ko gak kot. Haha. Tapi budak engineering banyak keje skarang," aku membalas.
"Mana kau tau pasal budak engineering? Hahah.. cehhhh ade ah ni," Azmi mengenakan aku.
"Hahaha.. aku housemate dengan budak engineering. Haha. Nampak gak la banyak keje diaorang tu walaupun tahun ketiga," aku membalas cuba untuk mengelak.
"Ye ah tu... hehe.. weh aku tak pernah datang lagi rumah kau. Nak gak lepak-lepak," Azmi membalas.
"Owh leh je nak datang. Malam ni ah. Boleh tengok bola kat rumah aku. Nanti aku masak. Kita makan sekali," aku membalas.
YOU ARE READING
Kisah Hidup Man
Roman d'amour[🔞⚠️ Warning Mature Content] Contain 18 and above materials + Not suitable for homophobic Mengisahkan kehidupan Man yang normal pada pandangan masyarakat tetapi berkeinginan lain daripada lelaki biasa. Pelbagai rahsia tersirat yang hanya diketahui...