Memang seronok jogging di waktu pagi dekat area kampung ni. Dapat pula cuti umum Jumaat ni, sambung terus Sabtu dan Ahad, terasa lega sikit tak serabut nak fikir kerja hari esoknya. Selepas subuh, aku pun ambil keputusan untuk mengenakan baju jersey dan seluar tracksuit kelabu untuk berjogging di kawasan kampung.
Selesai 5km larian, aku berjalan sebentar untuk pulang ke rumah. Sebelum itu aku singgah di gerai sarapan pagi untuk membeli makanan. Kelihatan seorang lelaki lebih kurang sebaya aku tetapi nampak lebih muda dan cerah bersama seorang perempuan sedang berbual mesra dan manja sambil menunggu gerai sarapan tepi jalan itu.
Aku menghampiri gerai tersebut untuk membeli sarapan untuk aku dan Paksu serta Maksu. Kelihatan lelaki tersebut seperti aku pernah lihat dan kenali namun masih tidak dapat aku cam.
"Nak nasi lemak lauk paru satu. Kuih ni nak RM2, ye," pinta aku sejurus sampai di gerai tersebut.
Lelaki tersebut bangun lalu menguruskan pesanan aku manakala perempuan itu hanya duduk sahaja di belakang sambil terus bermain dengan handphonenya. Lelaki itu seperti juga bereaksi pelik melihat aku, seolah-olah mengenali aku.
"Eh.. ni Man kan? Yang tinggal dengan Paksu tu," sapa lelaki itu sambil menguruskan pesanan aku.
"Ye, saya. Ni siapa ye?" tanya aku kembali.
"Ha betul la ni. Huhu. Saya Noah. Anak Pak Imam. Dulu urut ayah saya kan. Masa tu saya dah terlelap pun di ruang tamu. Perasan la juga kau keluar lepas urut ayah," balas Noah yang mengenalkan dirinya sebagai anak Pak Imam.
Manis senyumnya, macam Pak Imam juga. Kulitnya putih dan mulus. Agak menjaga penampilan dengan tshirt oversized dan berseluar slack bercorak petak slim fit. Bontotnya pejal walaupun kecil dapat aku lihat apabila dia menoleh dan menunduk apabila mengambil nasi lemak. Badannya kurus dan mukanya tirus serta berambut tebal disikat rapi ke tepi. Mengingatkan aku kepada Ismail yang juga pandai bergaya seperti Noah.
"Ni Man, yang kau pesan. Semuanya RM15," tegur Noah setelah selesai membungkus pesanan aku sambil terus memberikan senyuam yang comel.
Boleh tergoda juga aku dengan si Noah ni. Tapi aku cuba cover je.
"Terima kasih, adik," sengaja aku membahasakan Noah sebagai adik.
"Haha sama-sama, abang. Haha. Ehh umur berapa?" segera Noah bertanya.
"Aku dah 22 dah. Kau?" jawab aku ringkas.
"Hahaha sebaya la bro. 22 gak. Tak yah abang adik la. Haha," jawab Noah.
"Hahaha okay ah cm tu. Jumpa lagi nanti," respon aku ringkas.
"Baik, bro," jawabnya juga ringkas dan kemudian aku beredar.
Aku perasan yang Noah sempat memerhatikan dan memberi pandangan pada diri aku daripada atas ke bawah. Mungkin sahaja dia melihat baju aku yang berpeluh selepas berjogging dan seluar aku yang berbonjol di konek akibat sedikit ketat. Mungkin hanya andaian aku. Aku biarkan sahaja dan terus menuju ke rumah.
————— xxxxxxx —————
Aku beredar daripada tengah padang setelah selesai satu pusingan permainan bola sepak. Saja aku join budak-budak kampung main bola setelah lama tak beraksi. Kelihatan juga Noah dan rakan-rakannya bermain dengan pasukan yang berlawanan dengan aku.
"Woit Man, hebat kau main bola. Hehe," sapa Noah yang duduk di sebelah aku di tepi padang setelah selesai permainan bola sepak.
"Haha hebat ape... kalah dengan team kau. Haha," aku sengaja membalas.
"Haha satu point je. Tapi kau score 2 kali kot. Kau ada join team bola ke?" tanya Noah.
"Ha'ah kat kolej dulu. Tapi dah dekat setahun gak tak training," jawab aku ringkas.
YOU ARE READING
Kisah Hidup Man
Romance[🔞⚠️ Warning Mature Content] Contain 18 and above materials + Not suitable for homophobic Mengisahkan kehidupan Man yang normal pada pandangan masyarakat tetapi berkeinginan lain daripada lelaki biasa. Pelbagai rahsia tersirat yang hanya diketahui...