Part 64: Man dan Bilal Sudin

2.2K 56 10
                                    

"Man... sini jap..," tegur Pak Su yang sedang berborak dengan seorang lelaki berusia yang sebaya dengannya.

Aku yang baru keluar daripada perkarangan masjid selepas selesai bersolat isyak berjemaah terus menuju ke arah Pak Su yang menunggu di motornya untuk kami pulang bersama.

Aku kenal lelaki tersebut. Bilal Sudin namanya. Dahulunya Bilal Sudin berkhidmat sebagai tentera laut, namun kini telah lama bersara dan hanya menguruskan kebun miliknya di kampung ini. Kebunnya pula berdekatan sahaja dengan kebun kepunyaan Pak Su.

Bilal Sudin seorang yang nampak tegas dan riak mukanya yang agak garang dan tidak mesra, membuatkan aku tidak begitu rapat dengannya berbanding dengan Imam Yaakob. Mungkin sahaja aku belum betul-betul mengenalinya sepanjang aku menetap di sini.

Apa yang lebih menarik perhatian aku adalah suatu kejadian di kebunnya semasa aku meronda-ronda kampung di awal pagi beberapa minggu yang lepas.

————— xxxxxxx —————

[Beberapa minggu lepas]

Aku bersiar-siar di awal pagi selepas subuh, ingin mengambil angin pagi sambil mencari sarapan pagi untuk aku, Pak Su dan juga Mak Su. Sedikit dingin pada pagi itu, mungkin sahaja akibat daripada hujan lebat pada malamnya.

Tidak ramai yang keluar pada pagi ini, terutamanya ke kebun. Keadaan yang basah dan berlecak selepas hujan mungkin membuatkan mereka tidak ke kebun pada hari itu. Aku bersahaja lalu di kawasan kebun Pak Su untuk melihat dan bersiar-siar.

Jauh di kawasan tanah sebelahnya, kelihatan sebuah kereta pacuan empat roda yang belakangnya dipenuhi dengan sayur, seperti dikutip untuk dijual. Aku seperti mengenali pemilik kenderaan dan nombor platenya kepunyaan Ayim, kawan baik Noah yang juga kawan bermain bola sepak bersama-sama. Aku tahu Ayim juga membuat bisnes sendiri dan menjadi pembekal sayur-sayuran di pasar pagi di kawasan pekan.

Aku sengaja menghampiri, mulanya mahu menegur. Namun, niat aku terbatal setelah melihat dua susuk tubuh yang baru keluar menghampiri kenderaan Ayim. Seorang daripadanya merupakan Bilal Sudin menolak motornya yang disorok di sebalik kereta Ayim.

Bilal Sudin kelihatan membetulkan butang baju dn zip seluarnya. Manakala Ayim pula membetulkan kedudukan pinggul pada seluarnya. Yang membuatkan aku terbatal niat untuk mendekati mereka ialah apabila Bilal Sudin menepuk bontot Ayim berkali-kali sebelum Ayim mula masuk ke dalam keretanya sambil tersenyum. Bilal Sudin hanya bermuka bengis walaupun tersenyum juga.

Masing-masing berlalu meninggalkan kebun tersebut dan meuju ke haluan berasingan.

————— xxxxxxx —————

"Ya, Pak Su. Sorry, lama sikit dekat dalam. Berborak dengan imam sekejap," balas aku setelah mendekati Pak Su dan Bilal Sudin.

"Owh tak pa. Kenalkan ni Bilal Sudin. Pak Su berborak tadi. Dia mengadu dia sakit di bahagian kangkang & senak telur. Macam angin pasang pun ye juga. Man reti urutkan ke?" Pak Su membalas.

Sempat aku bersalaman dengan Bilal Sudin. Aku hanya tersenyum namun tidak dibalas. Dia hanya berjabat tangan dan membalas kembali salam aku.

"Rasanya boleh la sikit-sikit. Tapi kalau teruk sangat, kene pergi jumpa doktor juga," balas aku.

"Din, kau nak cuba urut dulu tak? Betul juga kata Man tu. Kalau tak baik juga lepas urut, aku teman kau pegi jumpa doktor," Pak Su menyokong idea aku.

Bilal Sudin memandang aku dan Pak Su. Mukanya seperti ragu-ragu.

"Engkau memang reti urut ke ni? Jangan main-mian je. Kau jangan cerita dekat orang pulak kalau aku nak urut," balas Bilal Sudin bernada kasar.

"Pak Din boleh cuba dulu. Kalau saya urut tak okay atau tak selesa, saya boleh berhenti sahaja. Terpulang," jawab aku bersahaja.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 14, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kisah Hidup ManWhere stories live. Discover now