Part 53: Taufiq dan Putera

2.4K 42 0
                                    

"Man, bangun. Jom solat subuh," Ihsan mengejutkan aku dengan keadaanya yang sudah berkain pelikat dan menunggu aku sahaja untuk bersiap.

"Umphh... awal abang bangun. Kejap ye. Man bersiap jap," aku mula bangun dan mencium pipi Ihsan sebelum beredar menuju ke bilik air untuk bersiap.

Ihsan sudah pun menyediakan sejadah untuk aku dan dia berjemaah. Ihsan mengimamkan solat subuh kami dan selesai solat kami kembali berehat di katil.

Ihsan duduk bersandar di tengah dan bersebelahan dengan Taufiq yang masih mamai sementara aku terus baring dia sebelahnya. Kepala aku diletakkan dia atas perut Ihsan dan aku ingin kembali untuk cuba berehat dan melelapkan mata setelah penat bertempur malam tadi.

Namun, Ihsan cuba untuk tidak tidur, sepertinya dia sudah biasa untuk berjaga selepas solat subuh seperti hari-hari kerjanya. Ihsan mencapai remote tv dan mula menonton siaran pagi sambil membelai-belai rambut dan badan aku untuk menyenangkan aku tidur.

Tenang dan aman sekali aku rasakan bila mana tingkah laku Ihsan sepertinya sangat menyanyangi aku. Terasa bahagia bila aku mendapat tumpuan Ihsan setiap masa. Baru aku tahu begini rasanya bila ada orang yang sayang aku.

"Ihsan, awal bangun? Tak rehat tidur balik ke?" Taufiq mula tersedar bila terdengar bunyi tv walaupun agak perlahan.

"Adehh bro.. sorry. Kacau kau tidur. Aku tutup tv jap. Sorry, sorry, bro," Ihsan memberitahu Taufiq seperti dia berasa serba salah apabila menganggu Taufiq daripada tidurnya.

"Eh ehh tak pe, bro. Xde hal. Aku dah bangun pun tadi tengok korang subuh. Aku dah terjaga pun. Cerita apa pagi-pagi ni kat tv?" Taufiq mula menegakkan badannya dan bersandar di kepala katil seperti Ihsan.

"Ntah ah,... tak ada cerita pun. Segmen pagi je lah dekat tv ni. Layan je topik ape tu, pasal keluarga kot. Hahaha," Ihsan membalas.

Taufiq pun bersama Ihsan melayan siaran tv.

Ihsan memulakan kembali boraknya, "Fiq... kau memang asal sini ke? Mak ayah kau duduk sini gak?"

Taufiq tersenyum sahaja membalas, "Aku memang asal sini, bro. Tapi parents aku dah lama tak ada. Kemalangan. Masa tu aku umur 12 tahun. Adik aku masa tu umur dia dalam 5 tahun pun terkorban gak. Kat sini memang Paksu dengan Maksu yang jaga aku sampai lah aku besar ni."

"Maaf, bro. Aku tak tau. Kau memang seorang je lah kiranya. Tapi ok lah dah kahwin ada family dah kan," Ihsan meneruskan perbualan.

"Ha'ah, Ihsan. Tapi tu lah, kadang-kadang aku rindu dengan diaorang gak. Dulu adik aku tu manja juga dengan aku. Ye lah, umur jauh beza dekat 7 tahun. Macam aku dengan Man lah. Lebih kurang. Aku tengok Man ni, aku betul-betul teringat dekat dia. Sebab tu ah aku sayang betul dekat Man ni, macam adik kandung aku dah. Dia pun setuju je aku jadikan dia adik aku. Memang aku jaga dia, Ihsan. Cuma bab-bab main tu, hehe... biasa lah, aku ni memang kuat nafsu. Mana-mana pun boleh. Man pun faham je aku. Dia pun macam boleh handle perangai aku," Taufiq dengan panjang lebarnya bercerita mengenai kisah hidupnya dan kehadiran Man dalam hidupnya.

Aku yang dalam mamai yang berbaring perut dan dibelai Ihsan pun turut mendengar. Aku juga kini mula faham kenapa Taufiq sangat nak rapat dengan aku. Ihsan hanya tersenyum dan okay sahaja bila melihat aku pun selesa.

Ihsan memegang peha Taufiq dan cuba membalas, "Fiq, aku pun selesa je kau jaga Man. Aku ni jauh nak jaga dia depan mata. Setiap hari aku cuba juga mesej atau videocall dia. Aku sayang dia, Fiq. Tapi, aku percaya kau memang akan jaga dia, macam adik kau juga. Selama aku dah balik nanti, kau jagakan dia, ok?"

Taufiq tersenyum dan membelai tangan Ihsan, "Boleh, bro. Memang dah adik aku. Aku akan jaga selagi mampu. Cuma ni, kau belai-belai peha aku, dah aku stim. Haha. Dah la pagi-pagi ni senang stim. Haha.

Kisah Hidup ManWhere stories live. Discover now