𝘗𝘳𝘰𝘭𝘰𝘨 / ڤرولوڬ

886 44 7
                                    

Cerita ini cerita fiksi dan rekaan semata, kecuali untuk beberapa bahagian yang bukan. ^^

......

7A+ 1A 1A-

Okey.

Dayu hembus nafas berat. Paling ke kiri, dia mencuit bahu emaknya, Puan Marni.

Emak yang sedang menaip sesuatu di skrin telefon pintar, pantas berpaling ke kanan seraya mengangkat sebelah kening, "Berapa?"

Dayu hanya mengunci mulut. Sebaliknya, dia menunjukkan slip keputusan peperiksaan SPM yang diperolehinya itu. Kecewa sedikit, emaknya datang ke dewan ini sedikit lewat, tidak sempat untuk naik pentas bersamanya sekali.

"Wah, banyak! Boleh pergi jauh ni." Emak tersenyum girang. Kertas slip keputusan tersebut diambil dan diletak di atas riba. Kameranya dibuka dan kertas slip peperiksaan tersebut diambil gambar. Sekejap lagi dia mahu kongsi di Facebook dan Instagram.

"Mak, Dayu nak." Tangan dihulur, meminta kembali kertas tersebut namun emaknya menggeleng.

"Sekejaplah."

Dayu hembus nafas berat. Pandangannya diliar ke sekeliling dewan. Bibirnya naik sedikit, senyum melihat telatah rakan-rakannya. Ada yang sedang melompat teruja. Ada juga yang sedang menangis kegembiraan. Ada yang masih memeluk ibu-bapa mereka.

Sungguh bahagia.

"Dayu, jom tangkap gambar!" Dayu tersentak saat bahu kirinya ditepuk perlahan.

Dayu angkat wajah sebelum bibir merahnya koyak dengan senyuman lagi. Dia mengangguk dan menepuk lengan emak, "Dayu pergi tangkap gambar dengan kawan-kawan sekejap."

"Hmm. Pergi, pergi..." Emak hanya menggumam perlahan, namun mata masih ralit tertancap pada skrin telefon.

Dayu mengeluh lalu melangkah pergi dari situ dengan sedikit kekecewaan.

Emak tidak pernah kisah.

"Kau cadang nak sambung belajar mana lepas ni, Dayu?" Rakan rapatnya, Hanis menyoal sambil tersenyum manis. Telefon pintarnya dipasang pada sebatang monopod yang elok berdiri, bersedia untuk mengambil beberapa keping gambar.

"Entahlah. Tak tahu lagi." Dayu jongket kedua-dua belah bahu sambil memuncung, "Belum fikir lagi."

"Masuk kulinari nak? Jomlah, kita masuk sekali." Hanis tersenyum lebar sambil menyiku-nyiku lengan rakannya itu.

"Kulinari? Sorrylah, tak dapat nak join. Tak minatlah." Dayu tersengih.

"Habis tu? Kau nak masuk seni tari? Kebudayaan?" Hanis menyoal lagi. Sudah arif dengan rakannya itu yang amat gemar dengan tarian kebudayaan.

Laju Dayu mengangguk-angguk mengiyakan.

"Haih kau ni... Pelik-pelik." Hanis geleng kepala, tetapi senyum manis tetap terukir di bibirnya.

"Aku support je apa-apa yang kau minat. Kita semua kan ada minat masing-masing?. Asalkan kau tak putus contact dengan aku sudahlah lepas ni." Hanis tersengih.

"Mestilah tak, aku sayang kau kut..." Dayu lantas memeluk tepi bahu Hanis.

"Dahlah, jom ambil gambar."

Irama Kirana [ايرام كيران] ✓Where stories live. Discover now