٢

330 34 17
                                    

⚠️Ada sedikit lirik Ulek Mayang di dalam ni. Sila skip di bahagian yang ada lirik tersebut jika awak 'sensitif'. Terima kasih.

Wajah sembabnya diraup perlahan dengan tapak tangan. Buat masa kini, hanya bunyi cengkerik dan kegelapan malam yang menemaninya.

1:34 pagi.

Dan dia masih tiada tempat untuk dituju. Hendak ke rumah Afhan, dia risau dia dan lelaki itu ditangkap basah pula. Lagilah haru.

Akhirnya dia bangkit, dia sudah buat keputusan untuk pergi ke kampung Cina yang tidak berjauhan dari hutan dan tidak jauh dari sini. Kampung itu agak terpencil tetapi dia selalu ke situ untuk melawat rumah Cikgu Kin, merangkap bekas guru matematiknya.

Langkahnya diatur perlahan ditemani cahaya dari lampu jalan. Matanya meliar ke kiri dan kanan. Sunyi.

Bark! Bark!

Dayu tersentak, dadanya berdegup laju. Bala! Dia terlupa di kawasan kampung Cina ini terdapat banyak anjing dan kebanyakannya sangat aktif pada waktu malam.

Kakinya mengundur perlahan-lahan. Jangan kejar... Sudahlah kawasan di belakangnya adalah kawasan hutan. Mana lagi kawasan yang dia boleh lari!

Bark!

"Argh!" Dayu buka langkah seribu. Anjing itu benar-benar sedang mengejarnya. Pilihan terakhirnya cuma satu, iaitu lari masuk ke dalam hutan. Dia harap dia tidak berlari terlalu ke dalam dan tersesat.

Kepalanya dipusing ke belakang, anjing hitam tersebut semakin jauh namun masih setia mengejar.

"Sudahlah! Kau nak aku sesat ke dalam n-"

Buk!

Kepalanya terhantuk pada sebuah kayu yang digantung pada sebuah pokok besar menyebabkan dia jatuh tersembam dan berguling ke dalam sebuah gaung tinggi.

"Aduh... dasar... anjing..." Dayu mendesis kesakitan. Dia duduk perlahan-lahan. Sikunya yang terasa basah dek darah dipegang perlahan. Sakit.

Beg galasnya yang turut tercampak di tepi dicapai perlahan. Telefon pintarnya diambil dan dibuka. Tiada line.

"Dah dalam sangat ni..." Dayu mengeluh. Waktu-waktu begini, barulah dia menyesal kerana tiada ilmu bertahan di dalam hutan. Sekarang dia sudah terperangkap di dalam hutan tebal ini.

Seorang diri.

Pukul satu pagi.

Di dalam kegelapan.

Dayu bangun perlahan-lahan. Nafasnya dihembus perlahan. Kiri kanan dipandang. Kini, bunyi cengkerik juga sudah tidak kedengaran.

Dayu gagahkan diri. Dia berjalan ke hadapan tanpa arah tuju dan hanya mengikuti sebuah laluan yang agak bersih. Jalan ini seperti sudah dibersihkan dan selalu digunakan. Entahlah, mungkin hanya perasaannya.

"Ulek... Mayang... diulek...."

Langkah Dayu terhenti serta merta. Kali ini, dia rasa hendak menangis. Lagu... Ulek Mayang... Di dalam hutan... Ini tidak lawak!

"Ulek dengan puteri..."

"Puteri dua berbaju serong..."

"Puteri dua bersanggol sendeng..."

"Puteri dua bersubang gading.."

"Puteri dua berselendang kuning..."

"Umbok umbok dengan jala jemala..."

"Ulek... Mayang diulek..."

Dayu tunduk menekup kedua-dua belah telinga. Makin lama, makin kuat kedengaran irama tersebut. Sangat... menyeramkan...

Irama Kirana [ايرام كيران] ✓Where stories live. Discover now