١٢

171 22 7
                                    

Nasi putih bersama lauk seekor kecil ikan goreng dan ulam-ulaman, Dayu santap bagai tiada hari esok. Dia sendiri tidak faham kenapa makanan yang Jun masak semuanya sedap-sedap belaka.

"Jun, iki akeh. (Jun, banyak ni.)" Andi hulurkan pinggan miliknya lalu pantas sahaja Jun menyenduk sedikit membuang nasi daripada dalam pinggan Andi. Dia lupa pula yang Andi memang tidak kuat makan.

"Arjuna wes tangi? (Arjuna dah bangun?)"  soal Jun sambil menuang pula air kosong ke dalam gelas.

"Wes. Karti nyukani dheweke biyen. Saiki dheweke lagi ngaso. (Sudah. Karti dah suap dia makan tadi. Sekarang dia tengah berehat."

Jun angguk tanda faham dan menggeleng kepala memandang Dayu. Rasa terharu pula sebab ada juga yang menghargai masakannya walaupun masakannya boleh habis sekelip mata oleh gadis itu.

"Nanti kalau hendak tambah, ambillah nasi dalam periuk itu. Aku mahu jumpa Karti sekejap," ujar Jun sebelum beredar dari situ.

Dayu hanya angguk dan kembali menyambung suapan. Buat seketika, suasana hanya dibiarkan sepi sebelum Andi berdeham sekali dan bangun meletakkan pinggan ke dalam singki dan mencuci pinggan tersebut. Sebagai seorang pengawal atasan, dia sudah dilatih untuk mencuci pinggan sendiri selepas makan kerana hanya pengawal atasan yang dibenarkan makan di kawasan dapur seperti mereka.

"Aku dah tahu pasal kau, Andi." Dayu melirik seketika ke arah Andi sebelum menambah nasi ke dalam pinggan lagi dan kembali menyuap nasi ke dalam mulut.

"Apa?" soal Andi malas-malas dan mengelap bibir dengan belakang tapak tangan. Sudah semestinya dia malas hendak melayan Dayu. Kalau Arjuna, memanglah Dayu sekepala tetapi bukan dia.

"Kau asal dari negeri mana?" soal Dayu tidak menghiraukan Andi yang tampak terpinga-pinga dengan soalan itu.

"Negeri apa? Tak faham."

Dayu putar bebola mata dan melorek senyum sinis. Jari dihala pada wajahnya, "Aku." Jarinya dihala pada wajah Andi pula, "Dan kau sama sahaja."

"Apa yang sama?" Andi kerut dahi dan cepat-cepat mengelap tangan, sudah mula rasa tidak sedap hati.

"Manusia. Tersesat di dunia ni."

Andi tergamam, matanya terkedip-kedip sebelum cepat-cepat meraup rambut panjang hadapannya ke belakang.

Dayu ketawa selepas itu, pertama kali dia lihat Andi dalam keadaan seperti ini. Dia akui, memang comel.

Sedikit.

"Merepek. Mana ada," ujar Andi lantas berura mahu beredar dari situ. Tangannya dipanjangkan mahu mencapai sarung tangan di atas meja namun pantas Dayu merampas sarung tangan tersebut dengan tangan kiri.

"Bagilah." Andi kerut dahi lagi.

"Mengaku dulu." Dayu sengih.

"Mengaku apa?" Andi mengeluh dan mengusap leher belakang. Habislah...

"Mengaku yang kau bukan berasal dari sini."

Andi mengeluh lagi, "Bagi sarung tangan aku itu dulu."

"Tak nak," sinis Dayu.

Andi menjeling dan dalam sekelip mata, sarung tangannya dirampas pantas dan dia terus memusing tubuh ke belakang. Suara Dayu yang lantang memanggilnya tidak dihiraukan.

Sebelum langkahnya jauh pergi dari ruang dapur, kakinya berhenti seketika. Andi hembus nafas berat.

"Betul."

"Jangan bagitahu sesiapa." Andi pusing wajah sedikit dan meletakkan jari telunjuk pada bibir sebagai tanda menyuruh Dayu menyimpan rahsia.

"Negeri Sembilan."

Irama Kirana [ايرام كيران] ✓Where stories live. Discover now