"AWAK pergi mana minggu lepas? Saya cari awak tahu?" Dayu menyoal dengan nada rendah, sedikit terasa hati. Minggu lepas saat dia mengambil slip keputusan SPM, Afhan tiada di sekolah. Puas dia cari, tetap tiada. Selalunya setiap hari Afhan akan ada di sekolah kerana lelaki itu merupakan seorang tukang cuci separuh masa di sekolah. Afhan masih menunggu tawaran kerja tetap, katanya.
"Sorry, Dayu. Saya ada urgent, kena balik kampung. Maaf sangat-sangat. Saya minta maaf, okey?" Afhan menyoal lembut.
Dayu tarik muncung, tubuhnya dipeluk tanda tidak puas hati.
"Senyumlah, jangan macam ni. Senyum, please?" Afhan sengetkan kepala, memujuk dengan caranya sendiri.
Dayu menjeling.
"Senyumlah... At least you know, your smile is sweeter than the sweetest sweets I ever baked."
"Tch, sweets konon. Masak mi pun terlebih air." Dayu menjeling lagi.
"Hehe, yang... Sorrylah. Jangan marah okey? Jom, saya belanja roti kismis." Afhan tersengih. Tahu, Dayu akan lemah dengan tawaran roti kismisnya itu. Pantang dengar nama roti kismis.
"Yang... Janganlah merajuk..."
"Lain kali jangan buat lagi." Dayu menjeling buat kesekian kali. Wajah dipaling.
"Okey, yang. Janji!" Afhan tersengih lagi.
"Cepatlah, kata nak belanja roti kismis." Dayu peluk tubuh.
"Okey, jom. Sini." Afhan tersenyum sebelum menarik tali beg silang Dayu. Ditarik hingga sampai ke motosikalnya. Sebiji helmet diambil dari bakul motosikalnya. Dia sudah bawa awal-awal. Helmet tersebut disarungkan pada kepala Dayu yang berlapik tudung.
Selesai disarungkan helmet, Dayu memanjat naik motosikal yang dibonceng Afhan menuju ke pekan.
Hampir setengah jam, Afhan menghentikan motosikal di hadapan sebuah kedai runcit.
"Hai, Afhan? Awal sampai?" Acik Lina, pemilik kedai runcit kecil-kecilan yang sedang menyapu sampah, menegur saat melihat susuk tubuh Afhan dan Dayu memasuki kedainya.
"Hah, yang Dayu ni. Mesti termimpi-mimpi roti kismis yang aku buat tu kan?" Acik Lina tergelak kecil, bergurau. Dia tahu Afhan dan Dayu sudah menjadi pelanggan tetap di kedai runcitnya ini untuk membeli roti kismis air tangannya.
"Aah, acik. Dayu ni, mana boleh tak makan roti kismis acik. Tak lena tidur dia." Afhan tersengih saat melihat wajah masam mencuka Dayu.
"Kamu ni asyik melayan aje tekak si Dayu ni, dah macam dia ni bini kamu. Boleh kahwin dah ni kamu dua." Acik Lina berseloroh.
"Aik, apanya? Dayu baru aje habis SPM. Biarlah dia kejar cita-cita dia dulu." Afhan tersenyum kecil. Sambil-sambil itu, tangannya ligat mencapai tiga bungkus roti kismis lalu diletak di atas kaunter.
Dayu memuncung sambil menjeling melalui ekor mata. Kepoh betul.
"Yalah, acik tengok kamu ni asyik usung aje si Dayu ni naik motor ke hulur ke hilir. Baik kahwin aje." Acik Lina menambah lagi.
"Naik motor sebab saya tak cukup duit nak beli kereta lagi, acik. Kalau kereta pun saya tak mampu nak beli, inikan pula nak halalkan Dayu? Haa, jadi sementara Dayu kejar cita-cita dia, sempatlah saya kumpul duit dulu. Ya kan?" Afhan jongket sebelah kening.
"Ya, betullah tu. Tapi janganlah lama sangat ya, risau orang sekeliling fikir bukan-bukan nanti. Kamu pun faham, kan?"
"Faham, acik." Afhan tersenyum nipis. Dia terlalu faham. Orang-orang kampung semuanya memerhati mereka berdua. Tetapi dia bukanlah orang senang, dia mahu cari kerja yang stabil dahulu untuk bina keluarga.
YOU ARE READING
Irama Kirana [ايرام كيران] ✓
خيال (فانتازيا)"Sujud hingga kau tersujud." ..... لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا ٱكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ إِن نَّسِينَآ أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ إِصْرًا كَمَا حَمَلْ...