١٨

121 12 12
                                    

"INI tulisan Ireng? Ugh, buruknya!"

"Arjuna, jangan main-main," tegur Andi sambil menggeleng kepala. Surat lusuh dengan tulisan berangkai kurang kemas itu dibaca sekali lagi.

Wengi purnama. Kowe, wong wadon lan pasukan kowe. Antarane urip lan pati. Yèn kowé mati, wong wadon mau bakal dakpundhut lan daktumpes kabèh bangsamu.

Yen kowe ora gelem gelut, serahno wong wedok iku marang aku.

Aku bakal menang.

Kowe bakal ilang.

"Andi, translate dekat aku. Aku tak faham." Dayu menggaru kening.

Andi mengeluh dan mula membaca satu persatu tulisan pada kertas itu, "Malam purnama. Kau, perempuan itu dan tentera-tentera kau. Antara hidup dan mati. Jika kau mati, aku akan ambil perempuan itu dan musnahkan semua rakyat kau."

"Jika kau tak mahu berperang, serahkan perempuan itu pada aku."

"Aku akan menang."

"Kau akan kalah."

Dayu mengurut dahi dan memandang wajah tenang Putera Ibhar yang sedang meneguk air kosong. "Putera..."

"Apa?"

"Biar aku serah diri pada Ireng. Aku tak mahu kita berperang. Aku tak mahu ada tentera dan rakyat ini yang terkorban. Aku tahu Ireng takkan ganggu kita lagi kalau aku serah diri pada dia." Dayu menunduk.

"Ugh, Dayu! Kau gila hendak serahkan diri pada Ireng? Mesti dia akan bunuh kau!" Arjuna membentak tidak puas hati.

"Aku takkan sesekali serahkan kau pada dia." Putera Ibhar melipat semula surat itu lalu disimpan.

"Kita akan pergi berperang dengan mereka malam purnama nanti. Tapi masih ada banyak masa untuk kita berlatih."

"Bila bulan purnama?" sampuk Andi.

"Bulan hadapan."

"Tapi, sekejap. Macam mana Ireng tahu kita ada tentera? Macam mana dia tahu kita sedang buat persiapan untuk berperang?" Arjuna mengetuk dagu berfikir.

Putera Ibhar carik sebuah senyuman sinis. "Senang sahaja. Ada pengkhianat antara kita."

Serentak semua terdiam.

Sebuah senyum simpul dilakar lalu dia bangun dari situ, memandang satu-persatu wajah di hadapannya yang dia pasti, salah seorang daripanya adalah pengkhianat. "Bagitahu Ireng, aku akan menang."

.....

"SAKIT..." Dayu tunduk memegang lengan kiri yang terasa bagai terseliuh ketika belajar memanah tadi.

Iwana memeluk tubuh. "Baru sedikit, Dayu. Ini perkara biasa jika kau belajar memanah. Kau janganlah jadi lembik!"

Dayu tertunduk lalu memohon maaf. Dia tidak menipu, tangannya memang terasa sangat sakit.

"Cepat bangun. Bila kau hendak pandai memanah kalau sakit tangan sedikit sudah mengeluh?"

"Maaf..." Dayu bangun daripada duduk semula lalu mencapai semula batang panah. Sesekali desis halus terbit daripada bibir, sakit.

"Panah pada tanda merah di batang pokok sana. Kali ini, biar kena tepat," arah Iwana senada.

Belum sempat Dayu mengangkat batang panah, batang panah itu terlebih dahulu dirampas seseorang.

"Tak apa, duduk. Kau rehat dulu. Jangan paksa diri."

Iwana menjeling. "Kau kenapa, Arjuna? Aku sedang latih dia. Biar, cuma sakit sedikit sahaja. Manja sangat!"

Irama Kirana [ايرام كيران] ✓Where stories live. Discover now