٢٢

124 13 1
                                    

"MBALEKAKE cah wadon marang aku! (Pulangkan perempuan itu pada aku!)" Leher Putera Ibhar dicekak kasar.

"Liwat mayitku. (Langkah mayat aku.)"

Ireng mengerang kegeraman dan menerpa sekali lagi ke arah Putera Ibhar. Buat seketika, mereka bergelut sementara Dayu, Andi, Arjuna, Dika dan yang lain hanya mampu berdiri memerhati. Tiada lagi bayang-bayang yang menyerang, semuanya berdiri kaku seperti tadi. Entahlah kenapa.

"Andi, kita kena tolong putera."

"Tolong macam ma-"

Buk!

"Ughh!"

Dayu tertunduk melepas darah. Belakang badan dan kepala yang terhentak di batang pokok terasa bagai menggoncang otaknya seketika.

"Andi..." Matanya dipejam sejenak, menahan rasa khayal yang tiba-tiba datang. Dalam samar-samar pandangan, Dayu masih mampu melihat Andi yang turut terdampar di batang pokok sebelah kanannya, turut melepaskan batuk darah. Paling ke kiri, dilihatnya Arjuna dalam keadaan yang sama. Diikuti Dika dan tentera Kirana yang lain. Masing-masing terdampar di sebatang pohon yang berlainan.

"Aku tak boleh bergerak..." Dayu berdecit ketika mencuba untuk meloloskan diri. Tubuhnya bagai sudah melekat di batang pokok itu.

"Aku juga."

"Aku."

"Aku boleh bergerak. Jangan risau." Andi berdeham sekali. Namun tangannya setia tidak digerakkan untuk mengelakkan daripada bayang-bayang Hitam perasan akan pergerakannya.

"Semua, ikut aku baca ni sambil pegang kaki dan tangan masing-masing."

"A'udzu billahi wa qudrotihi min syarri maa ajidu wa uhaadzir." Ayat itu dibaca oleh Andi dan diulang sebanyak tujuh kali dan sejurus itu, masing-masing dapat rasa bahawa badan mereka dapat bergerak semula.

"Bagus! Sekarang, semua jangan bergerak selagi tak ada situasi yang perlukan kita," arah Andi perlahan. Setelah semua mengangguk, dia kembali fokus pada Putera Ibhar dan Ireng yang masih sakan bergelut. Tetapi, lama kelamaan pergerakan Putera Ibhar semakin perlahan. Setitis demi setitis darah turun daripada rongga hidung.

"Kowe kabeh bakal weruh dheweke mati bengi iki, (Kau semua akan jadi saksi dia mati hari ini,)"  ujar Ireng bongkak berserta sebuah tawa perlahan.

"Kowe bakal mati. (Kau yang akan mati.)" Putera Ibhar menyeka kasar darah yang masih tidak berhenti menitis.

Sakit.

Sakit dari dalam.

"Yen kowe bisa mateni aku, Ibhar Uzziq! (Kalau kau boleh lawan aku, Ibhar Uzziq!)" Sekali lagi, Ireng menerkam ke arah Putera Ibhar. Kali ini, tubuh Putera Ibhar ditolak jauh ke atas tanah saat melihat keadaan lelaki itu yang semakin perlahan dan lemah melawan segala serangannya.

Pak!

"Argh!" Putera Ibhar menjerit kesakitan saat Ireng menyumbat kasar kaki ke dalam mulutnya. Sungguh kasar.

"Mati... Mati..."

"Aku pergi. Semua tunggu sini." Andi mendengus kegeraman dan menarik pedang berkilatnya lalu terus menerpa sambil mengacu pedangnya itu.

"Jangan ganggu aku!"

Pap!

Serentak itu, tubuh Andi terus terdampar ke atas tanah. Andi mengaduh kesakitan dan mengetap gigi kegeraman.

"Kau!" Ireng menekan kaki kiri, semakin menyesakkan nafas Putera Ibhar yang sedia terkapai-kapai mencuri nafas. Tangan kanan Ireng naik memetik jari sejurus tubuh Dayu terdorong ke hadapan. Kaki Dayu bagai ditatih berjalan ke hadapan Ireng, terus berhadapan.

Irama Kirana [ايرام كيران] ✓Where stories live. Discover now