١٠

259 29 8
                                    

"Karti..." Dayu tertunduk-tunduk menekan perut. Jam satu pagi dan mereka baru sahaja pulang ke istana semula. Dayu terus meluru ke dapur istana kerana senggugutnya datang kembali.

"Apa?" Karti yang baru sahaja hendak ke bilik pekerja istana, terhenti seketika.

"Sakit..."

"Apa yang sakit? Sakit dekat mana?"

Dayu tunduk dan menekan perut lagi.

"Senggugut?"

Dayu angguk, wajahnya pucat menahan kesakitan. Dia bersandar pada meja kayu dan menutup kedua-dua belah mata.

"Tunggu sekejap." Karti bergerak ke rak kayu semula dan mencapai sebuah bekas serbuk teh. Turut dicapai juga seketul halia yang telah dibuang kulitnya lalu dipotong kecil.

Serbuk teh tersebut diceduk dan diletak ke dalam gelas kecil lalu dituang sedikit air panas bercampur suam. Halia yang telah dipotong lantas dimasukkan ke dalam air teh tersebut.

"Minum ini."

"Apa ni?" soal Dayu dengan nada lemah.

"Teh halia, minum. Baik minum ketika senggugut."

"Hah, teh halia?!" Arjuna muncul tiba-tiba dengan masih lengkap senjata di pakaiannya.

Dayu menjeling melalui ekor mata. Gelas air teh halia itu dipegang sekejap.

"Karti! Apa sampeyan nggawe teh jahe? Aku uga pengin! (Karti! Kau buat teh halia? Aku nak juga!)" Arjuna kerut dahi dan menunjuk-nunjuk gelas berisi teh halia di tangan Dayu.

"Pengin? (Nak?)"

"Pengin! (Nak!)" Arjuna senyum lebar dan mengangguk laju persis kanak-kanak berusia lima tahun.

"Nggawe dhewe. (Buat sendiri.)" Karti menjeling dan melangkah ke bilik pekerja istana.

"Aku masuk tidur dulu, Dayu." Sempat Karti melaung.

Dayu angguk dan mengalihkan pandangan pada Arjuna yang sudah suram wajahnya. Lelaki itu mengeluh perlahan.

Dayu tidak sampai hati. Lantas dia menghulurkan gelas air teh halia miliknya. "Arjuna, ambillah."

"Hah? Tak apa. Kau minumlah. Aku balik berehat dulu." Arjuna menolak perlahan gelasnya dan ingin melangkah pergi namun sekali lagi Dayu menghalang.

"Sekejap." Dayu terus melangkah mencapai sebiji lagi gelas dan menuang air teh halia ke dalamnya sama rata.

Arjuna terdiam sebentar, "Tak apalah. Kau minumlah. Kau sakit, kan?" Gelas ditolak perlahan, menolak dengan lembut.

"Tak apa, aku dah bahagi sama rata. Kau sikit, aku sikit. Okey?"

Arjuna senyum dan lambat-lambat angguk. Gelas air teh dicapai dan disisip perlahan. Sememangnya dia penggemar teh halia.

"Hmm, Arjuna?"

"Ya?"

"Kau... kenal aku ke? Maksud aku, asal usul aku? Bagaimana aku boleh masuk ke sini?"

"Aku kenal kau. Aku tahu semua tentang kau. Andi beritahu." Arjuna sengih sambil menyisip teh lagi.

Dayu angguk, "Umur kau berapa?"

"Kenapa kau tanya?" soalan dibalas soalan.

"Sebab nak tahu."

"Umur aku rahsia." Arjuna senyum tipis.

"Tapi cukup untuk kau tahu, aku masih muda. Masih bujang, belum berkahwin." Arjuna kenyit mata.

Irama Kirana [ايرام كيران] ✓Where stories live. Discover now