"Kau tak ada rasa hendak bunuh diri, kan?" soal Dayu sambil melabuhkan punggung di sebelah Andi yang sedang termenung seorang diri di dapur istana. Dia sudah tahu di mana hendak cari Andi jika lelaki itu hilang. Senang sahaja, pasti lelaki itu ada di dapur istana seperti sekarang ini. Andi gemar berehat di dapur istana kerana sejuk katanya. Manakala bagi Dayu pula, dia gemar ke dapur istana untuk mencuri roti kismis hasil air tangan Jun. Sedap!
"Jangan kacau aku." Andi kalih wajah. Sudah tiga hari sejak kejadian mereka diserang, namun Andilah yang paling teruk kesannya. Dia masih meratap pemergian Zam walaupun tiada siapa tahu Zam masih hidup ataupun sudah mati.
"Janganlah sedih..." Dayu sengetkan kepala.
Andi masih memalingkan wajah. Dia sebenarnya tiada tenaga untuk berbual atau berjumpa dengan sesiapa. Tambahan pula, Dayu ini spesis yang gemar mengusik dan menyakiti.
"Kau tak pernah faham erti kehilangan." ujar Andi senada. Suaranya serak.
Dayu pantas menoleh sambil mengerut dahi.
"Aku dah pernah hilang separuh nyawa aku, Dayu. Kali ini, Zam pula? Zam itu, aku sudah anggap seperti adik aku sendiri." Andi tunduk.
"Hmm, aku cuma nak gembirakan kau saja. Janganlah sedih..." Dayu bangun dan mencapai sepotong roti kismis daripada dalam bakul rotan. Roti tersebut dihulur.
"Nah, makan ni. Mesti dah tak sedih." Dayu sengih.
Andi pandang sekeping roti kismis tersebut dengan tatapan kosong, "Pergi sanalah, Dayu. Jangan ganggu aku." Andi raup wajah yang masih sembab. Berapa banyak kali lagi dia perlu ingatkan Dayu yang dia tidak makan roti kismis?
Dayu mencebik, "Tak nak sudah." Lantas kepingan roti tersebut digigit.
"Dayu, kau habiskan semua ini dalam masa dua hari?!" Jun muncul tiba-tiba lalu memukul kuat belakang kepala Dayu.
Dayu yang sedang menguyah, lantas tersedak dan mengaduh kesakitan. Bibirnya dicebir tidak puas hati.
"Lapar..."
"Lapar sekalipun, kau habiskan semua ini dalam masa dua hari saja? Banyak aku bakar!" Jun membebel lagi sambil mencekak pinggang. Bakul roti yang hanya tinggal sekeping lagi roti kismis dipandang dengan gelengan. Dahulu, roti kismis air tangannya tidak laku. Tetapi sekarang, sekelip mata sahaja boleh habis disebabkan gadis yang entah datang daripada mana itu.
"Jun, dheweke manungsa. Napsune gedhe. (Jun, dia manusia. Selera dia besar.)" Andi mencelah lalu bangun dari duduk. Dia berjalan lalu menuang segelas air kosong ke dalam cawan lalu diteguk perlahan.
Jun angguk, "Ngerti. Nanging awake cilik, mangan akeh. Awake ora sepira gedhene. (Tahu. Tapi badan dia kecil, makan pula banyak. Badan tak besar-besar pula itu.)"
"Sing begja. (Itu bertuah namanya.)" Andi letak kembali gelasnya lalu melangkah pergi.
"Malam ini kau ikut mengawal."
Dayu angguk perlahan-lahan. Sejak peristiwa tiga hari lepas, dia tidak dibenarkan langsung untuk mengawal. Andi juga. Hanya Putera Ibhar dan lain-lain sahaja yang dibenarkan pergi.
"Putera." Jun tunduk saat ternampak kelibat Putera Ibhar melalui ruang dapur istana. Pantas Dayu dan Andi paling wajah, turut menunduk sedikit.
"Jun, ngendi Karti? (Jun, mana Karti?)" soal Putera Ibhar sambil mengambil segelas air kosong.
"Karti mulih sedhela. Nur lara. (Karti balik sekejap. Nur sakit.)"
Putera ibhar angguk, "Nalika Karti kondur, kandhani aku. (Nanti Karti dah balik, bagitahu aku.)" ujar Putera Ibhar seraya beredar dari situ.
YOU ARE READING
Irama Kirana [ايرام كيران] ✓
Fantasía"Sujud hingga kau tersujud." ..... لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا ٱكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ إِن نَّسِينَآ أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ إِصْرًا كَمَا حَمَلْ...