١٣

216 23 6
                                    

Selendang hitam yang elok terletak di atas kepala dikibas-kibas, panas. Hari ini cuaca panasnya lain macam, tidak seperti selalu.

"Cuaca dekat sana... sama macam dekat sini juga ke?" soal Andi tiba-tiba memecahkan kesunyian antara mereka berdua. Memandangkan mereka adalah pengawal waktu malam, jadi mereka hanya mampu menghabiskan waktu siang seperti ini dalam kebosanan.

"Dekat sana? Dekat mana?"

"Dekat sanalah..."

"Ish, manalah aku tahu sana tu mana."

"Lupakan. Kau asal negeri mana?" tanya Andi lagi sambil mengilap bilah pedangnya dengan sehalai kain.

"Negeri Sembilan," ujar Dayu selamba sebelum ketawa sakan, mengejek Andi tempoh hari.

Andi menjeling.

"Taklah, aku asal orang Pahang."

"Oh..."

"Okey Andi. Sini sini." Dayu tiba-tiba duduk bersila dan menghadap Andi. Memang mereka sengaja melepak di belakang istana. Sejuk sedikit berbanding bahagian istana yang lain.

"Apa?" Andi turut pusing dan duduk bersila. Kini mereka duduk berhadapan.

"Bila dan macam mana kau boleh masuk ke sini?"

"Errm, tahun lepas. Macam mana... sebab aku dengan adik aku lari dari rumah... tiba-tiba kena kejar dengan anjing. Jadi kami lari, tak sedar sampai dah termasuk dalam hutan."

Mendengarkan itu, Dayu terus ketawa terbahak-bahak sambil memegang perut. "Seriuslah kau kena kejar dengan anjing?"

Andi tetap mengangguk dalam keadaan terpinga-pinga.

"Aku pun tersesat masuk dalam hutan sebab kena kejar dengan anjing."

"Dan aku pun... lari dari rumah..." Dayu sengih.

Andi geleng kepala, "Tengok muka kau pun dah tahu. Muka budak-budak kuat memberontak."

Dayu mencebik dan memeluk tubuh, "Eh kau cakap kau sesat dengan adik kau kan? Jadi mana adik kau? Lelaki ke perempuan?"

Andi geleng kepala sekali sebagai jawapan.

"Apa yang geleng?"

"Adik aku dah tak ada."

"Hah? Tak ada dekat sini? Dia dah keluar ke?" soal Dayu polos.

"Dah meninggal."

Dayu terkebil-kebil, "Ya ke? Sorry sorry... aku tak tahu. Sorry tau, Andi..."

Andi menggeleng, "Tak apa. Aku dah terima."

"Hmm."

"Hai semua."

Serentak Andi dan Dayu angkat wajah memandang Arjuna yang sedang tersengih dan perlahan-lahan duduk. Degil, sudah disuruh untuk berehat tetapi masih mahu bangun dan bergerak.

"Bangun dah. Ingatkan dah mati," seloroh Andi.

"Haish, Andi!" Laju Dayu menampar lengan kiri Andi sebelum lelaki itu mengaduh kesakitan.

Namun reaksi sebaliknya bagi Arjuna. Arjuna malah ketawa dengan kata-kata Andi itu. Dia tahu Andi hanya bergurau.

"Bukan kau yang risau sangat tentang aku?" soal Arjuna sinis.

"Aku?" Andi tayang wajah jijik.

"Ya, Arjuna. Andilah yang paling risau bila kau kena tikam. Dia yang paling kalut dan tak senang duduk." Dayu menyampuk.

"Itu sebab aku kesian dekat dia ni, macam dah nazak. Bukannya aku nak tolong pun sebenarnya."

"Cis," Arjuna mencebik.

Irama Kirana [ايرام كيران] ✓Where stories live. Discover now