٢٤

75 11 2
                                    

"MATI, mati."

Dayu tunduk melepas batuk darah. Kaki besar dan gagah yang masih tidak berhenti memijak wajahnya cuba ditolak namun gagal. Pijakannya sungguh kuat dan kasar. Belum pernah dia rasa sakit sebegini.

"Dayu, ambil!"

Dayu mengigit bibir bawah menahan kesakitan. Mata disepetkan melihat pedang yang ditolak oleh Andi ke arahnya. Belum sempat tangan mencapai pedang itu, tangannya terlebih dahulu dipijak kuat.

Krak!

"Argh!" Sekali lagi Dayu meraung kesakitan. Kejang. Jarinya terasa bagai dipatah-patah persis ranting.

"Kau..."

Mendengar suara perlahan itu, Ireng terus berhenti dan menarik kaki semula. Wajah dipaling pada Afhan yang sedang menarik nafas payah.

"Berhenti..."

Ireng mendengus marah, lekas dia menghampiri Afhan lalu melutut di tepi lelaki itu. Kepala Afhan dipangku perlahan lalu diletak di atas riba.

"Jangan... bunuh dia..."

"Dheweke arep mateni kowe! (Dia hendak bunuh kau!)"

Pang! Pang!

Wajah Ireng terteleng ke tepi. Tangan besarnya naik menekap bahagian pipi yang baru sahaja ditampar Afhan tadi. Tidak sakit kerana Afhan sendiri dalam keadaan lemah.

"Jangan apa-apakan bakal tunang aku, bakal isteri aku." Afhan mencengkam kuat leher Ireng.

Perlahan-lahan Ireng meletakkan kepala Afhan ke atas tanah semula sebelum dia bersujud.

"Nyuwun pangapunten, tuan. (Aku minta maaf, tuan.)"

Afhan melihat perlakuan Ireng dengan ekor mata sambil melepas sebuah keluhan.

"Lepaskan aku, Ireng. Lepaskan aku. Aku tak mahu jadi tuan kau lagi. Aku bebaskan kau, kau pergilah hidup seorang diri."

Mendengar itu, Ireng terus mengangkat wajah dan mengerang kemarahan. Sepasang matanya berubah merah tiba-tiba.

"Kowe kuwi turunanku, bodho! (Kau keturunan aku, bodoh!)"

"Aku mahu lepaskan kau sebab aku akan mati tak lama lagi. Kau... kalau kau putuskan talian kita, kau boleh bebas... Asalkan kau jangan apa-apakan mereka. Biar. Aku akan mati juga, tak lama lagi." Afhan melepas batuk. Sakit.

"Kalau kau mati, aku akan mati juga!" bentak Ireng kasar.

"Sebab itu aku kata, lepaskan talian kita! Aku tak mahu jadi tuan kau lagi! Aku nak putuskan pertalian bodoh kita!"

Pak!

Ireng menendang wajah Afhan kasar sehingga lelaki itu melepas batuk sekali lagi.

"Sebelum kau... belum ada sesiapa yang berani putuskan pertalian kita. Kau keturunan aku! Kau darah daging aku! Kau cucu-cicit aku! Kau... satu-satunya pewaris aku. Aku perlukan kau... aku perlukan darah kau untuk aku terus hidup. Aku perlukan darah tuan aku untuk terus hidup!"

Afhan memegang erat tangan Ireng, kemas dan kejap.

"Aku tak minta untuk jadi tuan kau. Kau paksa aku dan aku terpaksa. Semua ini jadi sebab kau. Sebab kau!"

Pak! Pak!

Dan kali ini, wajah Afhan terus terdampar ke tepi. Mata dikatup rapat menahan perit di kepala.

Tetapi, entah mengapa nyawanya masih belum ditarik sedari tadi.

Dia mahu mati, bukan terseksa begini.

Irama Kirana [ايرام كيران] ✓Where stories live. Discover now