"Tengok tangan Dayu ni. Apa yang kau nampak?" soal Putera Ibhar kepada Andi. Tapak tangan Dayu yang masih merah menyala diraih perlahan-lahan. Seperti biasa, tangannya sudah siap sedia berbalut dengan sarung tangan kerana dia tahu batas bahawa dia dan Dayu haram bersentuhan.
"Tapak tangan Dayu?" soal Arjuna pelik.
Putera Ibhar dan Andi pantas menjeling Arjuna yang sudah tersengih-sengih.
"Merah. Macam terbakar," jawab Andi.
"Betul. Sama macam kesan merah di muka Zam. Sama." Putera Ibhar tarik nafas panjang.
"Dan aku perasan yang di badan Zam, langsung tak ada kesan luka kecuali di bahagian muka. Jadi aku anggap bahagian muka adalah bahagian sasaran Ireng."
"Aku juga perasan. Ireng suka libas kuku dia pada wajah aku atau Dayu," ujar Andi sambil menunjuk pipi kirinya yang berbekas kesan kuku panjang.
Putera Ibhar mengeluh sekali lagi dan bangun daripada duduk, bersedia untuk beredar. "Aku uruskan nanti."
"Andi, ikut aku."
Andi angguk dan pantas membuntuti langkah pantas Putera Ibhar yang entah sedang menuju ke mana.
"Errr..."
Dayu mengalihkan pandangan pada gadis yang nampak seperti sebaya dengannya yang sedang duduk kekok di kerusi. Lengan Arjuna disiku oleh Dayu, isyarat mata diberi.
"Sapa jenengmu? (Nama kau siapa?)" soal Arjuna pada gadis itu.
"Iwana. Nik Iwana."
"Dari kampung?" soal Arjuna lagi.
Iwana angguk mengiyakan. Matanya tertumpu pada Dayu pula.
"Aku Dayu Andira."
Iwana angguk perlahan. Sopan orangnya.
.....
"Aku ada bau hanyir..." ujar Dayu perlahan memecahkan kesunyian antara mereka yang hanya senyap menunggang kuda masing-masing. Dia ada terhidu bau hanyir daging. Sama seperti bau tempoh hari.
"Kau ada bau tak, Andi?"
Andi angguk, tetapi jari telunjuk dihala pada bibir, menyuruh Dayu senyap.
"Kiri, tiga. Kanan, empat. Hadapan, satu." Putera Ibhar angkat sebelah tangan kanan, memberi arahan tatkala matanya menangkap susuk bayang-bayang Hitam yang mula mengepung mereka.
"Dayu, hadapan. Andi, kiri. Iwana, belakang." Selesai memberi arahan, Putera Ibhar terus melajukan langkah kuda.
"Kanan, Putera!"
"Aku ambil kanan!" ujar Putera Ibhar lantang sejurus terus menarik pedang di sisi dan berhadapan dengan empat ekor bayang-bayang Hitam sekaligus.
Dayu pula menarik pedang di sisi lalu memancung kepala seekor bayang-bayang Hitam dengan mudah.
"Andi! Aku..." Dayu mencebik tatkala melihat Andi yang sudah selesai membunuh tiga ekor bayang-bayang Hitam. Dia baru hendak tolong.
"Hahaha! Manusia..."
Dayu terus tergadah ke belakang saat pipi kirinya dicakar.
Sekali lagi.
"Tak gunalah, kau! Dasar roti hangus- argh!" Dayu terus rebah ke tanah saat perutnya terasa bagai ditusuk sesuatu benda tajam.
"Dayu!"
"Iwana, campak kain cindai pada aku!" jerit Andi yang sudah melutut di sebelah Dayu lalu merangkul tubuh gadis itu yang sudah tunduk memuntahkan darah.
YOU ARE READING
Irama Kirana [ايرام كيران] ✓
Fantasía"Sujud hingga kau tersujud." ..... لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا ٱكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ إِن نَّسِينَآ أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ إِصْرًا كَمَا حَمَلْ...