٣

293 34 8
                                    

"Saya..."

"Kau dari mana?" Sekali lagi Dayu diasak dengan soalan itu.

"Saya dari... luar... Saya sesat dalam ni..."

Kesemua wanita-wanita itu diam dan mula berbisik sesama sendiri.

"Nur, mulih saiki, njupuk klambi kebayaku! (Nur, balik rumah sekarang, ambil baju kebaya aku!)"

Pantas anak gadis itu menganggukkan kepala dan berlari meninggalkan mereka.

"Nama kau?"

"Saya... Dayu."

"Dayu?"

"Dayu Andira." Dayu tertunduk, aura mereka agak pelik dan menyeramkan baginya.

"Sini, ikut aku." Lengannya pantas ditarik wanita tadi meninggalkan wanita-wanita lain di situ. Dia ditarik hingga tiba di sebuah rumah kayu sederhana kecil. Rumah-rumah di kawasan tersebut disusun bersebelahan seperti sebuah taman perumahan. Tetapi kawasan ini lebih sejuk dan tenang.

"Nur, ada?" Wanita itu menyoal anak gadisnya pula.

"Ada! Ini."

Dayu hanya diam memerhatikan kelakuan ibu dan anak itu.

"Kau pakai ini." Wanita itu menghulurkan sehelai kebaya hitam dan sehelai kain batik. Juga sehelai selendang hitam.

Dayu terkebil-kebil memandang sepasang kebaya lengkap itu. Kenapa pula dia perlu pakai?

"Pakai kalau kau tak mahu ditangkap."

Dayu terkebil-kebil sekali lagi. Siapa pula yang hendak tangkap dia?

"Kau bukan penduduk di sini. Kau penceroboh. Kau boleh ditangkap bila-bila masa sahaja."

Dayu tergamam dan menarik nafas panjang. Wanita ini memang boleh baca fikiran dia ke? Payah.

"Salin di dalam bilik sana." Jari runcing wanita usia 30-an itu tertunding pada sebuah bilik kecil yang berpintukan papan coklat gelap.

"Terima kasih." Dayu tunduk hormat dan memeluk erat baju kebaya tersebut dan berjalan ke arah bilik tersebut.

Wanita tersebut mengeluh dan memandang anak gadisnya dengan dahi yang berkerut-kerut.

"Kowe ngerti dheweke? (Kau kenal dia?)"

"Ora ngerti! (Tak kenal!)" Pantas gadis itu menggeleng kepala, laju.

Wanita itu mengeluh, pandangannya terhala pula pada pintu yang tadi tertutup rapat, kini sudah terkuak sedikit. Gadis itu salin bajukah? Laju betul.

"Cantik. Cantik..." Dayu menggumam seorang diri dan tersengih sumbing.

"Dah makan?"

"Hah, saya? Urmm, saya-"

"Aku." Pantas wanita itu memotong.

"Hah, aku?" Dayu jongket sebelah kening.

"Guna aku. Bukan saya. Aku itu panggilan biasa di sini. Kalau kau guna saya, kau akan ditangkap dan senang saja orang di sini tahu kau bukan berasal dari sini." ujar wanita itu.

Dayu angguk laju. Walaupun kedengaran agak kontra, dia hanya patuh.

"Jadi... urm. Saya- aku... Aku Dayu. Dayu Andira. Kau?" Dayu berdeham sekali, cuba berlagak biasa. Sangat kekok.

"Wan Karti."

"Anak aku, Wan Nur." Lengan gadis kecil yang sedari tadi hanya senyap mendengar perbualan mereka ditarik perlahan.

Dayu carik senyum pada gadis kecil itu. Comel tetapi nampak pendiam.

"Mari makan."

Laju Dayu angguk dan mengikut langkah Karti ke dapur. Dapur itu tidaklah terlalu besar. Tiada meja melainkan sebuah tikar mengkuang dan beberapa peralatan memasak di tepi dinding.

"Makanlah. Hanya ini sahaja yang ada." Karti duduk bersimpuh dan menyeduk nasi ke dalam pinggan lalu dihulurkan pada Dayu diikuti Nur dan dirinya sendiri.

Dayu tersenyum kecil, lauk di dalam pinggan dipandang. Ada empat ekor ikan goreng dan beberapa jenis ulam-ulaman. Syukur, dia bukanlah jenis yang memilih dalam makanan. Semuanya dia makan. Tolak kayu dan batu sahaja.

.....

Dayu menjenguk ke luar pintu. Sebentar tadi, Karti menyuruhnya duduk diam di rumah dan tidak keluar sementara dia keluar bekerja. Nur pula pergi mengikut emaknya itu.

Dayu mengeluh, bosan. Telefon pintarnya yang sudah terdampar di atas lantai kerana kehabisan bateri dipandang dengan pandangan sebal.

Pintu dikuak luas, kepala dijengul sekali lagi. Kakinya perlahan-lahan menapak keluar dengan kaki ayam. Walaupun dia sudah dilarang keras oleh Karti untuk tidak keluar dari rumah, dia tetap keluar. Dia kisah apa?

Dayu kekal melangkah. Sempat dicapai sebilah pisau lipat kecil dari begnya lalu digenggam. Salah satu kebiasaannya yang pelik. Dia suka pegang pisau lipat kecil jika berjalan seorang diri tanpa alasan.

Matanya diliar ke kiri dan kanan, menikmati suasana hijau di sekeliling. Amat tenang dan indah.

"Salah! Coba maneh! (Salah! Cuba lagi!)"

Dayu lekas menoleh sebelum dahinya berkerut-kerut. Dia dapat dengar dengan jelas suara-suara nyaring itu, seperti suara orang-orang sedang berlatih. Ada juga suara orang tercungap-cungap mengambil nafas.

"Woah..." Dayu ternganga saat sepasang matanya tertancap pada beberapa ekor kuda yang ditunggang lelaki berpakaian serba hitam. Buat pertama kali, dia lihat kuda di hadapan mata. Sangat besar dan tinggi!

Tidak semena-mena, dua ekor kuda di bahagian belakang yang ditunggang berhenti dan menghampirinya.

Dayu yang sedar, pantas mengecilkan mata.

"Dheweke Karti? (Karti ada?)"

Dayu garu kepala dan tersengih sumbing, "Karti? Oh, dia pergi kerja." Walaupun tidak faham, dia hanya menjawab setelah mendengar sebaris nama Karti itu.

Dua orang lelaki itu mengerutkan dahi dan berpandangan sesama sendiri.

"Sapa jenengmu? (Apa nama kau?)"

Sekali lagi Dayu tersengih dan menggaru kepala, "Tak fahamlah."

Mendengarkan itu, kedua-dua orang lelaki itu berbisik sesama sendiri dan mengangguk serentak. Salah seorang daripada mereka lantas berpatah balik dan tidak sampai dua minit, lelaki itu muncul kembali tetapi kali ini bersama seorang lagi lelaki. Bezanya, lelaki ketiga itu menunggang kuda berwarna putih manakala yang lain menunggang kuda berwarna hitam. Dia perasan itu. Semua penunggang menunggang kuda berwarna hitam kecuali lelaki ketiga itu.

"Putera." Lelaki pertama tadi menunduk kepala sedikit sebelum pandangan lelaki itu kembali terarah padanya.

Dayu memandang lelaki yang dipanggil putera itu dengan tatapan kosong.

Rambut hadapannya sedikit panjang beralun ditiup angin. Kulitnya tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap. Alisnya tidak terlalu tebal manakala mata, hidung dan bibirnya kelihatan sangat mempersonakan. Wajah beku tanpa senyuman itu tampak kuat dengan auranya sendiri.

"Kita kabeh ngerti dheweke. (Kita semua kenal dia.)" Putera itu turun dari kudanya dan menapak menghampiri.

Mata Dayu terpaku pada sebilah pedang tajam berkilat di sisi seluar lelaki itu dan ya, pantas sahaja tangan lelaki itu memegang pemegang pedang dan tepat diacu padanya.

Dayu yang sentiasa 'bersedia', pantas mengacu pisau lipat di tangan kanannya sebelum dia tercengang sendiri.

Mata pedang dan mata pisau lipat kecil bertemu.

Pedang dengan pisau lipat kecil? What a nonsense!

Melihatkan wajah pucat Dayu, putera itu tersenyum sinis dan melangkah lagi, enggan mencipta jarak.

"Putera Ibhar Uzziq. Putera tunggal Kirana. Ingat nama aku."

Dayu tergamam. Makin lelaki itu hampir, makin sesak nafasnya kerana haruman lelaki ini... sungguh tidak asing di rongga hidungnya.

"Sebab kau tak akan lupa nama aku..."

"Dalam masa terdekat ini."

Zap!

Irama Kirana [ايرام كيران] ✓Where stories live. Discover now