٤

303 31 7
                                    

Dayu kerutkan dahi dan mendesis kesakitan. Kepalanya yang terasa sedikit berdenyut dipicit dengan tangan.

Keluhan berat dihembus. Perlahan-lahan tubuhmya diangkat daripada berbaring. Dia duduk membongkok memerhati sekeliling.

Sungguh asing.

Tempat ini tampak lebih mewah dan besar.

Sekejap, dia ada di mana sekarang? Puas otaknya menggali memori sebelum dia berada di sini. Berkerut-kerut dahinya.

"Oh, kowe wis tangi. (Oh, kau sudah bangun.)"

Lantas Dayu berpaling ke kanan, memandang pintu yang separuh terbuka. Oh, dia sudah ingat. Dia berdepan dengan seorang lelaki yang bernama...

Dahinya berlapis-lapis lagi.

"Ibhar Uzziq."

Dayu tersentak lagi. Kali ini, ada seorang lelaki berdiri di hadapan pintu. Dia tidak kenal.

Lelaki itu masuk dan menutup pintu perlahan-lahan.

Melihatkan itu, pantas Dayu duduk tegak dan turun daripada katil. Sempat ditarik cucuk sanggul yang diselit di tepi telinga di sebalik tudung. Cucuk sanggul tersebut diacu.

Lelaki tersebut mengeluh, "Putera mahu jumpa kau."

"Putera? Siapa Putera?" Dayu menyoal lagi, tangan tetap setia dihulur.

"Turunkan tangan itu. Aku bukannya mahu ancam kau."

"Lelaki tak boleh percaya." Dayu menggumam perlahan.

Lelaki tersebut mengeluh buat kesekian kali.

"Aku Andi. Kau?"

"Dayu."

Andi angguk dan berpusing, "Ikut aku. Putera mahu jumpa kau."

Dayu putar bebola mata, tak sudah-sudah dengan 'putera mahu jumpa.'

Kakinya hanya mengikut langkah sederhana milik Andi keluar bilik dan turun tangga. Turun sahaja, Dayu terlopong. Dia... sedang berada di dalam istana!

Di setiap penjuru dan bilik, terdapat beberapa orang lelaki yang berdiri tegak dan berpakaian serba hitam.

"Duduk situ." Andi menunding jari pada sebuah kerusi panjang di tengah-tengah istana itu.

"Tak nak."

Andi menjeling, "Lantak kaulah, budak." Pantas lelaki itu melangkah pergi dari situ.

Dayu menggumam sendiri. Kiri dan kanan dipandang. Semua perabot di dalam istana ini kebanyakannya berwarna putih dan emas. Hanya penjaga-penjaga di sini berpakaian warna hitam, semuanya. Kecuali seorang insan bernama Putera Ibhar Uzziq, hanya dia seorang yang memakai pakaian berwarna putih.

Dayu peluk tubuh saat dia lihat Putera melangkah dengan gayanya dan duduk di kerusi dengan kaki kanan yang disilangkan di atas kaki kiri.

"Duduklah, budak." Andi memberi isyarat mata.

"Tak nak." Dayu putar bebola mata, dia kembali berjalan mengelilingi istana itu tanpa rasa bersalah.

Andi gelabah, dia lihat Putera Ibhar hanya tenang menunggu tanpa menunjukkan sebarang perasaan. Lantas dia berjalan menghampiri Dayu lalu lengan gadis itu yang berlapik ditarik perlahan.

"Budak, kali ini dengar cakap aku. Putera nak cakap dengan kau. Sekejap saja." Andi memujuk, matanya dilirik pada Putera Ibhar, memberi isyarat.

"Kepoh betul mamat tu." Dayu menggumam, tak puas hati. Akhirnya dia mengalah dan mengikuti langkah Andi dan duduk di kerusi bertentangan Putera Ibhar. Kakinya turut disilang, mengajuk gaya putera di hadapannya itu.

Irama Kirana [ايرام كيران] ✓Where stories live. Discover now