"Pandai buat, pandailah tanggung. Buatnya berdua, kenapa nak salahkan Darma je?"
Ayat umi itu masih terngiang-ngiang di kepala. Pedih jugalah telinga ni kena leter dengan umi sebaik saja mendapat tahu tentang penerimaanku tentang keadaan diri sendiri yang mengandung. Kasihanilah aku ni. Dahlah tengah lemah, memerlukan perhatian dan sokongan emosi. Ingat lepas bagitahu keluarga ni, dapat pujukan dan simpati. Tapi tak! Malah kena bebel. Itulah gatal sangat nak bercerita sedangkan Darma sendiri dah zip mulut sebaik mungkin.
Tapi aku tak boleh nak mengeluh.
Bebelan tu yang buat aku kembali ke alam realiti. Terasa amarahku terhadap Darma tu tak bersebab. Sehinggakan aku malu nak tengok muka laki sendiri. Di mana letaknya akal waras aku ketika menyalahkan dia atas sesuatu yang terjadi tanpa diduga. Kami berdua dah cuba mengelak, namun Allah berkata sebaliknya.
Mata mencari keberadaan Darma yang sedang bercerita dengan abah di ruang tamu. Dah dua hari umi dan abah bermalam dekat sini. Nak lagi lama nak tinggal dekat sini pun tak apa. Aku lagi suka sebab umi dan abah semakin memanjakan aku. Apa yang aku nak makan, umi akan masak. Apa yang aku nak minum, semua abah akan sediakan. Tak ketinggalan dengan Darma. Setiap masa sentiasa memastikan keadaan aku baik-baik saja.
Punggung dilabuhkan atas katil. Selesai solat Isyak tadi, mata aku dah jadi berat. Mulut tak henti menguap. Apabila mata baru sahaja ingin terkatup, sepasang tangan memegang bahuku. Mata kembali tercelik dan mendapati Darma dah berlutut di hadapanku. Menahan tubuhku. Wajahnya gusar.
"Sayang okey tak?"
Aku mengeliat meluruskan badan. "Penat."
Darma menghela nafas mendengar jawapanku. Kedengaran sedikit lega. Lantas dia bangun tanpa melepaskan bahuku.
"Jom, saya bantu Hanii berbaring."
Aku turuti tanpa banyak bicara. Dah berbaring, Darma betulkan comforter. "Selesa tak?"
Aku angguk. Teringat kembali pesanan abah dan umi sebelum kami berdua naik untuk menunaikan solat Isyak tadi. Pandangan dilarikan ke arah Darma yang baru hendak bangun dari katil. Tangannya laju ditahan. Dia memusingkan kepala memandangku.
"Nak ke mana?"
Dia tersenyum. "Nak ke bawah kejap. Nak cek kunci. Risau abah terlupa."
Aku kerutkan dahi. "Temankan saya tidur, boleh?"
"Saya turun sebentar saja, Hanii. Lepas itu saya naik kembali."
Aku gelengkan kepala laju. Semakin menarik tangannya ke arahku. "Temankan saya dulu. At least sampai saya tertidur. Lepas tu awak turunlah cek apa yang patut. Lagipun mesti abah double check sebelum pergi tidur."
Pandangannya menjadi redup. Tak membantah lagi, dia naik ke katil. Menarik comforter. Terasa hangat tubuhnya dari belakang. Memeluk. Terasa tangan miliknya melingkar ke pinggang--- perutku lebih tepat.
"How are you, my love?" Bisiknya perlahan.
"Setakat ni okey. Tak ada morning sickness, tak ada apa-apa simptom yang ketara."
Dia mengangguk perlahan. "Esok sayang nak makan apa? Saya masak. Nak makan apa je, bagitahu saya. Saya akan sediakan semuanya."
Aku terdiam sejenak. Adakah ini sebahagian daripada caranya untuk memujuk aku? Kedengaran seperti pujukan agar aku berhenti menyalahkan dia dan takdir. Sedangkan aku dah berdamai dengan segalanya. Aku dah ikhlas menerima kehadiran nyawa di dalam perutku ini.
"Darma?"
"Iya, sayang?"
Tangan naik mengusap tangannya di perutku. Aku ingin beritahu dia segala yang bermain dalam mindaku saat ini tapi tiada satu kata pun yang terlepas dari bibir. Sebaliknya hanya keadaan hening di antara kami berdua. Aku tak tahu harus menyusun ayat seperti apa dan bagaimana. Namun sesaat selepas itu aku yakin bahawa Darma faham apa yang aku cuba sampaikan.
YOU ARE READING
Dia Sempurna
RandomDua manusia yang memiliki kisah silam tersendiri, bertemu melalui taaruf lalu disatukan dengan ikatan perkahwinan. "You're perfect, Darma. Being vulnerable to me doesn't make you any less." - Hanisah Aulia, gadis yang serba kekurangan. "You don't...