BAB 39🌹

205 7 0
                                        

Tepat pukul lapan malam driver sudah tercegat di rumah Mikhael dan Aulia. Aulia bergegas keluar. Dia memakai dress yang diberi Mikhael.

"Maaf Encik Radi.. lambat sikit." Ucap Aulia

"Takpe biasalah perempuan." Encik Radi ketawa.

Mereka memulakan perjalanan ke restoran yang di tempah Mikhael.

******

Mikhael membuka pintu kereta yang dinaiki Aulia.

"Hai sayang." Sapa Mikhael mesra.

"Ye abang." Ketawa kecil Aulia mendengar sapaan mesra Mikhael.

"Shall we my dear?" Mikhael menghulurkan tangan kepada Aulia. Aulia menyambut huluran tangan Mikhael. Mereka berdua berjalan memasuki restoran itu.

      *******
Aulia melihat bintang bintang di langit. Mikhael memerhati isterinya.

"Cantikkan bintang?" Soal Aulia

"Cantik tapiii bintang sebelah abang lagi cantik." Jawab Mikhael selamba.

"Ish abang ni. Ada ada je."

"Sayang fikirkan apa tu? Fikirkan abang ye?"

Aulia sengih. 'Mengada laki aku ni'

Perbualan mereka terhenti apabila pelayan menghantar makanan mereka.

"Mmm sedapnyaa" Aulia berkata dengan teruja.

Mikhael menggeleng kepala. "Macam budak budak sayang oi. Awak nak makan apa ni?"

"Udang!"

Mikhael mengambil pinggan udang dan membuang kulitnya. Sebaik sahaja kulit udang habis dibuang, dia menyua udang itu ke mulut Aulia.

"Makanlah abang yang buang kulit ni." Tolak Aulia.

"Sayang makan la. Abang buang untuk isteri abang ni."

"Orang tengok la bang."

"Ala takpe. Diaorang jealous sebab takde orang nak suap tuu."

Aulia membuka mulut, Mikhael menyuapkan udang tersebut.

"Sedap?" Soal Mikhael

"Sedap."

"Yalah abang yang kopekkan mestilah sedap."

"Elehh. Bukan abang yang masakkan pun." Bidas Aulia.

Mikhael ketawa mendengar balasan Aulia.

Aulia mengambil daging pula. Mikhael sengaja dekatkan jarak dengan Aulia.

"Apa?" Soal Aulia keliru.

"Suapkan abang please." Pinta Mikhael manja.

'Erk!! Gediknyaa'

"Tak nak la. Orang nak makan ni!" Tak kuasa melayan kerenah Mikhael.

"Eee abang nak Aulia suapkan. Kalau Aulia tak nak abang cium sayang dekat sini jugak."

Aulia terkejut. Memerah mukanya.

"Abang jangan nak mengada. Makan la sendiri."

"Abang tak nak! Abang nak Aulia suapkan. Kalau tak abang cium Aulia dekat sini , nak?!" Ugut Mikhael sambil tersengih.

Aulia menggelengkan kepala. Nak tak nak dia perlu suap Mikhael

"Nah!" Daging tadi disumbat ke dalam mulut Mikhael.

"Sayang!"

"Shuhh abang." Aulia menyuruh Mikhael memperlahankan suaranya.

Mikhael ketawa kecil lalu mencium pipi Aulia.

Aulia terkesima. Dia memandang sekelilingnya. Risau ada orang ternampak adegan tadi.

"Eee kita dekat public awak!" Aulia mencubit perlahan lengan Mikhael.

"Auch sakit la sayang. Macam tu kita balik rumah la."

"Kenapa pula." Aulia mengerut dahi.

"Baru la boleh kiss sayang." Usik Mikhael.

Aulia ketap bibir. "Main main kan abang ni. Makan cepat!"

Mikhael ketawa. "Comel la sayang." Usik Mikhael lagi.

Malam itu penuh dengan gelak tawa pasangan suami isteri tersebut.










03/04/25

Stay tuned korang!!! Jangan lupa vote banyak² tauu ❤️🌹
















You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 03, 2025 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dah JodohWhere stories live. Discover now