Danish meletakkan Lydia di atas katil dan manarik selimut menutupi Lydia separuh bahu sahaja.
"Aihh tidur pun comel.. kalau macam ni la gayanya memang aku tak akan lepaskan kau la, Lydia " kata Danish yang tidak lepas menatap wajah polos Lydia yang sedang nyenyak di buai mimpi itu.
Usai sahaja menatap wajah polos Lydia yang nyenyak di buai mimpi. Danish membawa diri ke arah bilik air untuk membersihkan dirinya.
Sekitar 20 minit dia membersihkan diri. Danish mengenakan baju tshirt putih dengan seluar trek hitam separuh lutut. Dia membaringkan dirinya di sebelah Lydia sebelum dia menukarkan posisinya menghadap Lydia.
"Aku harap bila kau bangun pagi esok.. kau tak terkejut dengan keadaan kau dengan aku nanti" kata Danish lalu dia memejamkan matanya.
꧁ꨄ𝓜𝓻. 𝓟𝓼𝔂𝓬𝓱𝓸 𝓗𝓾𝓼𝓫𝓪𝓷𝓭ꨄ꧂
7:15 a.m.
Lydia yang nyenyak dibuai mimpi tu terganggu kerana cahaya matahari menebusi ke arah matanya. Berkerut dahi Lydia di buatnya. Baru sahaja Lydia mahu bangun dari baringannya tiba-tiba dia merasakan ada lengan yang berurat melingkar di pinggang rampingnya. Lydia menoleh disebelah kiri.
"Aaaargggghhh!" jerit kuat Lydia sambil mengangkat lengan yang melingkar dipingangnya itu.
Danish yang nyenyak dibuai mimpi itu terganggu apabila dia mendengar suara jeritan orang di sebelahnya. Dia juga turut bangun dari baringan.
"Woi woi pahal kau jerit pagi pagi buta ni hah?" amarah Danish dengan mamai.
"A..awak buat apa ni? M..macam mana saya boleh tidur s..sekatil dengan awak?" soal Lydia sambil menarik selimut itu menutupi badannya.
Danish hanya memandang sahaja Lydia yang ketakutan itu dengan riak kosong. Selepas itu dia turun dari katil dan menuju ke arah bilik air. Sempat dia menggerling sekilas ke arah Lydia yang sedang ketakutan itu.
"Aku tak buat benda tu selagi kau belum jadi isteri aku" kata Danish lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik air.
Lydia memandang ke arah tingkap sebaik sahaja Danish hilang dari pandangannya.
"Kenapa i..isteri? Aku kenal dia pun t..tak sampai 3 hari tapi dia dah cakap pasal i..isteri?" kata Lydia sendirian lalu dia merengus perlahan.
"A..apa aku nak buat sekarang ni.. aku tak nak jadi isteri dia.."
꧁ꨄ𝓜𝓻. 𝓟𝓼𝔂𝓬𝓱𝓸 𝓗𝓾𝓼𝓫𝓪𝓷𝓭ꨄ꧂
Selesai sahaja Danish memasak dengan hidangan makanan buat Lydia yang hanya mengenakan nasi goreng biasa dan air kosong.
Dia meletakkan nasi goreng biasa dan air kosong di atas dalang makanan sebelum dia melangkah ke arah tangga dan menuju ke arah tingkat atas.
Usai sahaja sampai dihadapan biliknya itu. Pintu bilik tidak ditutup rapat itu hanya ditolak dengan menggunakan kaki kanannya sahaja .
Danish berjalan mendekati katil dengan anak matanya memandang Lydia yang tidak lepas melemparkan pandangan ke arah luar tingkap.
"Ni aku ada bawa makanan dan minuman.
untuk kau.. makan la nanti perut kau masuk angin pulak" kata Danish selepas dia meletakkan makanan itu di meja bersebelahan dengan katil."Saya tak ada selera" respon Lydia. Sikit pun dia tidak memandang ke arah Danish yang berada di tepi sisi katilnya itu.
Danish merengus kecil lalu melangkah mendekati Lydia.
"Sampai bila kau nak macam ni ha?" soal Danish sebelum dia melabuhkan punggungnya di sisi katil.
Lydia yang melemparkan pandangan luar tingkap itu perlahan lahan memandang Danish di hadapannya.
"Kenapa awak buat saya macam ni hahh?! Apa salah saya dekat awakk?! Saya langsung tak kenal awak tahu tak! Tak sampai 3 hari pun! Saya ikut awak balik rumah awak saya sebab saya ingatkan awak ni baik sebab nak tolong saya! Tapi apa?! Apa yang jadi sekarang ni!? Sepanjang saya hidup saya tak pernah tau tidur dengan mana mana lelaki!" habur Lydia yang dari tadi lagi tersimpan dalam dirinya.
Danish yang mendengar itu hanya mengeluh perlahan. Dia mendekatkan dirinya ke arah Lydia lagi.
"Sebenarnya aku dah lama perhatikan kau, aku buat semua ni sebab aku cintakan kau" kata Danish yang tidak lepas menatap wajah Lydia yang sudah menitiskan air mata.
Lydia yang menangis teresak esak itu perlahan lahan berhenti dek kata kata dari Danish.
"A..awakk buat semua ni sebab cintakan saya?" soal Lydia dengan sisa tangisannya.
Danish mengangguk kecil.
"Jadi l..lelaki yang i..ikut saya semalam tu a..awak la?" soal Lydia yang mahu kepastian.
"Kau rasa?" soal Danish kembali sambil menjongket kening sebelahnya.
Lydia memandang lama wajah tidak bersalah Danish itu.
"Hantar saya balik." pinta Lydia lalu dia mengangkat kakinya turun dari katil. Tetapi siapa sangka kaki kanan Lydia belum pulih sepenuhnya lagi.
"Arhh!" Rintih Lydia kesakitan.
"Aku takkan hantar kau balik."
Lydia yang memegang kaki kanannya itu perlahan lahan dia mengangkat kepalanya memandang Danish. Dia ni dah kenapa ha?
"Apa maksud awak takkan hantar saya balik?" soal Lydia bingung.
"Sebab aku tak nak lepaskan kau."
Lydia mengerutkan dahi. Sungguh dia tidak faham dengan lelaki di hadapannya ini.
"Habis takkan saya nak berdua dengan awak dalam rumah ni tanpa ikatan apa-apa atau lebih tepat ikatan yang sah?" soal Lydia lagi. Kini nada suaranya meninggi sedikit.
"Jangan risau sebelum kau tinggal dengan aku.. aku akan jadikan kau.. isteri aku" kata Danish dengan matanya tidak lepas menatap wajah Lydia itu. Manakala Lydia menggeleng kepalanya tidak percaya.
Gila punya jantan.
Bersambung...
YOU ARE READING
Mr. Psycho Husband [✔︎]
RomantikDANISH HAZIQ terlalu mencintai LYDIA MARISSA sampaikan dia sanggup menculik gadis itu dan jadikan isteri tanpa restu ibu bapa mereka. Disebabkan dia terlalu taksub dan tergila-gilakan gadis itu dia sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang dia...