Bab 29 - MR. PSYCHO HUSBAND

7.1K 194 33
                                    

Setelah Darwish memeriksa ujian percakapan Danish itu, dia hanya mengukir senyuman.

"Kau tak ada la tak normal macam orang lain.. cuma fikiran kau tu banyak sangat terganggu dengan perkara negatif.. tapi tak apa.. kau punya ni dah pulih 95% semenjak kau stay sini dengan layanan baik dari isteri kau tu.. aku cuma boleh bagitahu kau.. yang kau ni sebenarnya nak kan kasih sayang seorang je.. ye la semenjak mama papa tinggalkan kita.. kau banyak berubah.. duduk sorang sorang, buat hal sendiri lepastu asyik berkurung je dalam bilik kau.. dan nasib baik la papa tinggalkan syarikat dia tu dekat kau dengan rumah besar untuk kau.. dan aku nak kau hargai semua tu dari papa eh?" tutur Darwish kepada Danish yang hanya menayang wajah kosong sahaja.

"Dan aku nak bagitahu kau.. yang kau tu dah tak lama nak jadi bapak orang dah.. so aku nak kau tukar la panggilan aku kau dengan Lydia tu.. kasar sangat tau walaupun akhir atau mula ayat kau tu ada panggilan sayang" sambung Darwish.

Danish yang melemparkan pandangan ke arah luar tingkap itu perlahan lahan dia menggerling ke arah Darwish di hadapannya.

"Bapak orang?" soal Danish dengan keningnya terangkat sebelah.

"Lahh kau tak tahu lagi? isteri kau Lydia Marissa tu dah mengandung la.. dah nak masuk 1 bulan dah pun.. kau ni takkan tak perasan akhir akhir ni dia asyik muntah rasa loyar lepas tu asyik berkepit je dengan kau 24 jam?"

"Dia tak bagitahu aku pun?"

"Maybe dia nak surprise kan kau tu... tapi... lahh aku bagitahu kau dulu." Darwish menekup mulutnya sambil ketawa.

"Tapi tak apa lah kau buat buat terkejut je la bila dia bagitahu kau nanti eh?" pesan Darwish lalu dia bangun dari kerusi dan meletakkan fail Danish itu di dalam almari yang berada di belakangnya.

"Aku boleh balik bila bang? Kau cakap tak jadi pulak 5 bulan?" soal Danish sambil memandang Darwish yang sedang menyusun fail di rak almari itu.

Darwish yang mendengar persoalan dari Danish itu perlahan lahan tangannya berhenti dari menyusun fail di dalam rak almari. Dia memusingkan badannya memandang Danish dengan senyuman.

"Good news untuk kau, Danish"

"Apa dia?"

"Hari ni kau balik.. dan aku nak.. bila kau keluar dari hospital ni.. kau mulakan balik hidup kau yang baru seperti orang normal.. tak payah la kau cemburu buta sebab Lydia bercakap dengan lelaki lain ke apa ke.. macam budak budak tau" sindir Darwish. Kepalanya digeleng berkali kali.

Danish menggulingkan matanya ke atas.

"Eh jap!"

Danish yang mahu bangun dari kerusi itu terbantut. Wajah abangnya dipandang.

"Apa?"

"Aku dah bagitahu kau ke belum eh pasal isteri aku?" soal Darwish dengan keningnya terangkat sebelah.

"Isteri kau? Kenapa dengan isteri kau?"

"Ohh nampak sangat aku tak bagitahu kau.. tak macam ni.. isteri aku dah selamat bersalin dah" kata Darwish bersama senyuman.

Danish yang tadi mengerutkan dahinya perlahan lahan bertukar wajah biasa.

"Oh bila?"

"2 hari lepas"

"Lelaki ke perempuan?"

"Sekarang ni kau tengah bercakap dengan siapa?"

"Perempuan."

"Bodo"

Dan tidak sewenang wenangnya Danish ketawa kecil.

"Nama apa anak kau?" soal Danish yang masih lagi dengan posisi kekal sama itu.

Mr. Psycho Husband [✔︎]Where stories live. Discover now