1 bulan telah pun berlalu dan tiba masanya Danish perlu pergi ke hospital untuk rawatannya. Lydia sejak dari semalam lagi menangis kerana tidak mengizinkan Danish pergi tapi apa boleh buat? Danish sudah tanda tangan untuk rawatan itu.
"Sayang, jangan la pergi." Sedih sahaja Lydia berkata kepada Danish yang telah pun siap menyahut kasutnya.
Manakala Intan dan Darwish hanya memandang satu sama lain.
"Kesian saya tengok Lydia tu sayang.. macam tak nak lepas je si Danish tu" kata Intan sambil mengusap perlahan pada perutnya yang sudah mencecah usia kandungan 4 bulan.
"Tu la. Saya pun tengok Danish macam nak tak nak je pergi.. tapi tak boleh.. ni untuk kebaikan dia dengan Lydia jugak" kata Darwish.
"Halah kau ni sayang.. macam mana aku nak pergi kalau kau asyik macam ni" pujuk Danish sambil membelai rambut Lydia itu.
"Sayang, awak bukannya pergi 2 jam tau.. tapi 2 tahun.. lama tu sayang awak tinggalkan saya" kata Lydia sambil mencebik.
Danish mengeluh kecil.
"Kan aku dah cakap.. kalau kau rindu aku ke apa ke.. datang la melawat aku.. abang Darwish bagi je la kau datang melawat aku sayang" pujuk Danish lagi.
"Betul tu Lydia.. abang bagi je Lydia nak melawat si Danish ni.. and also Lydia jangan risau.. isteri abang akan stay dengan Lydia selama 2 tahun ni.. tapi dekat rumah abang la eh.. boleh la jugak Lydia tengok tengok kan isteri abang yang mengada ni" ujar Darwish dengan menggerling sekilas ke arah Intan yang sudah menayangkan muka menyampah.
"Stay dekat rumah abang?"
Darwish mengangguk.
Bola mata Lydia bergerak memandang ke arah Intan.
"Tak apa ke akak? Tak menyusahkan akak dengan abang ke?" tanya Lydia sambil memandang Intan dan Darwish bersilih ganti.
"Ye Lydia, kitorang okay je tak ada menyusahkan pun.. nanti kalau abang Darwish ni pergi kerja tak ada la akak bosan duk sorang sorang dekat rumah tu.. ada la juga peneman melepak nanti" jelas Intan dengan menayangkan senyuman buat Lydia.
"E..erm yang abang cakap tengok tengok kan akak Intan tu kenapa pulak? Akak sakit ke?" soal Lydia dengan keningnya terangkat sebelah.
Darwish dan Intan memandang satu sama lain sebelum dia kembali memandang ke arah Lydia dan Danish bersilih ganti.
"Sebenarnya isteri abang ni dah mengandung" kata Darwish lalu tanganya naik merangkul bahu Intan.
"Apa?! Mengandung?!" jerit Lydia lalu menekup mulutnya.
"Patut la Lydia tengok akak kemain bulat sekarang.. sudah berbadan dua rupanya" kata Lydia dengan ketawa kegembiraan.
"Haa sayang tengok tu.. Lydia sendiri pun cakap yang awak ni bulat.. saya cakap kat awak tak nak percaya.. so dengar la sendiri dari mulut orang" kata Darwish.
"Halah saya yakinlah lepas saya lahirkan anak ni.. badan saya akan kurus semula kalau saya jaga pemakanan saya." Intan yang membela dirinya.
"Haa ye la sayang.. nanti saya buat awak jadi gemuk pulak ye lepas beranak yang ni" kata Darwish dengan senyuman nakalnya.
"Yang ni tak keluar lagi ada hati nak tambah lagi satu.. bagi la saya rehat dulu" amarah kecil Intan lalu tangannya naik memukul lengan suaminya.
"Hahaha okay okay.. nanti bila anak kita ni dah mencecah usia 4 atau 5 tahun kita proses yang lain pulak eh"
"Ei sayang ni! Awak dengan miang awak tu memang tak boleh berpisah eh?"
"Dengan awak je sayang saya miangnya"
YOU ARE READING
Mr. Psycho Husband [✔︎]
RomansaDANISH HAZIQ terlalu mencintai LYDIA MARISSA sampaikan dia sanggup menculik gadis itu dan jadikan isteri tanpa restu ibu bapa mereka. Disebabkan dia terlalu taksub dan tergila-gilakan gadis itu dia sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan apa yang dia...